Sunday, August 23, 2009

Kuasa Minda

Hari ini hari Ahad, 2 Ramadhan 1430 Hijriah bersamaan 23 Ogos 2009 Masihi. Hari untuk bersenang-lenang. Hari untuk berehat. Hari kedua dalam bulan Ramadhan yang mulia. Pada hari ini aku tidak mempunyai sebarang rancangan khusus. Selalunya setiap hari aku akan merancang apa yang aku akan lakukan sepanjang hari. Tapi hari ini aku hanya mampu merancang untuk mengulangkaji pelajaran Halal ku. Sebab lepas ni aku tak tahu akan ditempatkan di syarikat mana untuk praktikal. Jadi aku perlu lakukan sedikit sebanyak persediaan. Aku cuma berharap agar aku dapat mempelajari ilmu baru setiap hari.

Hari ini aku ingin berkongsi pengetahuan aku tentang satu perkara iaitu tentang minda manusia. Minda manusia ialah ciptaan Allah yang cukup hebat bagiku. 12% minda manusia ialah minda sedar manakala selebihnya ialah minda bawah sedar. Minda sedar ini berfungsi untuk mengeja, membaca, mengira, menulis dan sebagainya. Pendek kata perkara-perkara yang dikawal oleh kita terletak di minda sedar.

Minda bawah sedar pula berfungsi untuk mengawal perkara-perkara yang tidak dapat dikawal oleh kita seperti denyutan jantung, pernafasan dan sewaktu dengannya. Tetapi tahukah kita(dengan gaya seorang professor) bahawa minda separa sedar memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Kerana aku percaya bahawa setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia, segala sesuatunya adalah bermula dari minda manusia. Bukan hanya minda sedar tetapi juga minda bawah sedar.

Aku sering mendengar tentang kuasa minda tetapi aku sendiri sebenarnya tidak tahu apa itu kuasa minda. Yang aku tahu hanyalah visualisasi (iaitu membayangkan sesuatu di dalam kepala otak ku perkara yang akan terjadi..) dan kesannya sungguh menakjubkan. Aku bagi satu contoh. Sebelum aku menghabiskan pengajian di universiti, semasa di tahun akhir aku telah menetapkan di dalam mindaku bahawa aku ingin merantau ke Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajianku. Aku tidak tahu pekerjaan apa yang ingin aku lakukan dan di mana aku akan tinggal. Aku hanya bayangkan bahawa selepas menamatkan pengajian aku akan ke Kuala Lumpur berbekalkan simpanan sebanyak RM500 di dalam akaun bank. Kononnya aku nak simpan duit poket yang mak aku bagi tapi hampeh...

Di akhir semester, dekat-dekat nak habis pengajian, aku masih tak tahu mana hala tujuku di Kuala Lumpur. Aku masih tidak mempunyai simpanan. Kalau ada pun mungkin RM50(aku pun dah tak ingat berapa...) Tapi aku tetap yakin. Aku masih mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa impianku akan terlaksana. Dan keyakinanku tak pernah berkurang serta aku tak pernah pun terfikir bahawa aku akan gagal. Iyerla, kerja tak mintak, duit tak ada, rumah sewa tak cari..nak pergi Kuala Lumpur buat apa? Nak makan apa kat sana? Nak duduk mana? Tapi aku tak pernah pun terfikir semua persoalan tu. Aku just fikir " Kuala Lumpur...tunggu, aku datang sekarang.." (macam dalam filem pulak).

Bila aku habis belajar, aku duduk rumah dua minggu je. Lagipun aku rasa itulah masa paling lama aku berada di rumah. Sebelum ni aku tak pernah balik rumah se-lama tu. Selalunya bila cuti aku akan ke sana, ke sini...jarangla nak balik rumah. Bila sepupu aku datang rumah sebab cuti semester sebulan, mak aku pun bagitau aku tak pernah balik rumah lama-lama walaupun cuti semester. Balik sekejap-sekejap je. Time tu baru aku sedar sepanjang empat tahun pengajian di universiti aku jarang balik rumah. Kalau balik pun mesti tak lama. Minta maaf mak! Anakmu ini ingin menjadi insan berjaya dunia dan akhirat. Jadi harus berkorban..Allah huakbar. Nasib baik aku mendapat mak dan abah yang begitu memahami. Terima kasih. Pengorbanan kalian tidak akan aku lupai.

Berbalik pada kes tadi, selepas 2minggu di rumah, aku mendapat tawaran mengikuti 'Halal Training Development' di Damansara.Oops..sebelum tu..aku lupa nak beritahu. Di saat-saat akhir pengajianku di universiti, mak aku ada masukkan duit poket RM300 dalam akaun + duit kawanku yang berhutang denganku RM200. Bila dijumlahkan berapa kawan-kawan...???

Ya..pandai..RM500. Bukankah aku dah bagitau kuasa minda ni menakjubkan. Duit dalam akaun RM500, dapat tawaran training 'Halal' dan tempat tinggal kat rumah ayah saudara aku kat kajang. Kan dah setel semua masalah...:-) Kat penang pun ada training Halal ni. Dekat je dengan rumah aku. Jalan kaki pun boleh sampai. Tapi yang dekat Kuala Lumpur jugak yang aku dapat. Sebab tu bila ada pertanyaan kenapa join training halal ni, aku tak tahu nak jawab apa. Sebabnya aku dah set kepala hotak aku ni aka minda yang aku nak datang Kuala Lumpur dan training Halal ni merupakan asbab aku datang KL ni (elaun tu sebab sampingan ye..). Dan disebabkan aku datang sinilah aku boleh jumpa korang semua dan blog ni diwujudkan. Cuba kalau aku dapat yang dekat rumah aku, hampeh...sampai sudah aku rasa aku takkan buat blog.

Rupa-rupanya baru aku faham. Apabila kita setkan dalam minda bawah sedar ni, minda bawah sedar akan control tindakan yang akan dilakukan untuk mencapai matlamat yang dah disetkan tadi. Semuanya terjadi secara automatik. Macam contoh yang aku bagi tadi. Kalau nak lebih faham, pergi cari buku Law of Attraction tulisan Michael J. Loosier. Tak pun baca buku Think & Grow Rich tulisan Napoleon Hill.

Jadi aku nak menyerulah kawan-kawan sekalian dan diri aku sendiri, gunalah kuasa minda anda sebaik-baiknya. Kerana aku melihat banyak kepincangan, kemudharatan dan keburukan yang berlaku adalah disebabkan oleh minda. Cara berfikir yang tidak betul membuahkan fikiran yang tidak betul dan seterusnya melahirkan akibat yang tidak baik.

1 comment:

  1. huhu tul eyh naqib..
    keyla..aku nk set gak neh..
    or..ko ltak dlm blog neh nk tlg bg smangat kt aku eyh? hahah..thanx beb..

    ReplyDelete