Friday, August 7, 2009

Dari aku

Huhu....training halal ni dah nak habis. Lepas ni masing-masing bawa haluan masing-masing. Yang dah dapat kerja akan mula kerja. Apai dan Ayien...buat kerja elok-elok. Jangan ponteng kerja. Jangan curi tulang. Time training tak pela nak ponteng sehari dua, nak curi tulang tidur dalam surau. Tapi time kerja jangan buat macam tu. Nanti rekod buruk...

Yang lain-lain pulak akan teruskan dengan praktikal selama tiga bulan. Mana tempat praktikal tak tahu lagi...Aku pun tak cari lagi. Tapi InsyaAllah kita semua akan dapat tempat praktikal. Harapnya lepas ni kita akan saling contact antara satu sama lain. Sedih pulak rasa nak tinggal korang semua. Tapi apa boleh buat, adat dunia. Ada pertemuan mesti ada perpisahan. Semoga pertemuan kita pertemuan yang dirahmati Allah dan perpisahan kita perpisahan yang diredhaiNya. Walaupun pertemuan kita singkat, tapi bagi aku cukup bermakna. Tak sia-sia aku datang jauh dari utara tanah air ke sini untuk belajar pasal Halal. Sebab aku dapat belajar bukan saja pasal halal tapi banyak lagi pengalaman yang aku dapat kutip dari korang semua. Terima kasih semua..

Kepada yang akan bergraduasi tak lama lagi...Tahniah sebab korang semua dah berjaya menghabiskan degree masing-masing. Tapi ini baru permulaan bukan penghabisan. Habis degree bukan bermaksud korang dah abis belajar sebab belajar itu ialah proses yang dilakukan sepanjang hayat. Dari buaian hingga ke liang lahad. Proses pembelajaran takkan habis sehingga kita habis(boleh faham x ayat aku ni???). Apa yang penting teruskan perjuangan..tak kira la nak jadi eksekutif halal yang cemerlang, gemilang dan terbilang ke, nak jadi engineer ke, nak jadi researcher ke..or else..pastikan niat kita jujur kerana Allah. Macam sembelih ayam, kalau niat kita bukan kerana Allah..kan ayam tu tak boleh dimakan. haha...aku pun dah terpesong..kadang-kadang pergi kelas bukan untuk nak belajar kerana Allah tapi kerana benda lain..nak itulah, inilah...aduh...

Harap-harap lepas ni, kalaupun tak dapat jumpa, kita akan still contact antara satu sama lain lagi..kepada liya: jgn lupa fotostat alamat yg dikutip tadi tu... dan kepada semua, aku minta maaf kalau ada buat salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap bicara...dan semua ter..ter lagi sama ada yang disengajakan ataupun tidak. Selaku manusia biasa, aku tak lari dari kesalahan, ego, berlagak, sombong, dan semua sifat mazmumah yang lain. So, walaupun belum raya..aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku doakan semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. Kita sama-sama berdoa agar masing-masing berjaya...AMIN...


No comments:

Post a Comment