Hari ini ustaz Asri(kumpulan Rabbani) meninggal. Hidup manusia sungguh singkat. Aku rasa macam baru jumpa je ustaz Asri walaupun dua tahun dah berlalu. Seorang demi seorang Allah tarik nyawanya. Aku??? Bila pulak Allah akan tarik nyawa aku. Aku pun tak tahu. Dan aku pun tak tahu sama ada aku dah bersedia untuk tinggalkan dunia ini atau belum. Sebab aku rasa amal yang aku lakukan masih tak cukup. Dosa aku lebih banyak dari pahala. Aku lebih gembira, lebih senang menghabiskan hidupku ini dengan penuh 'keasyikan dunia' yang sementara dari menumpu kepada 'kenikmatan akhirat' yang kekal selamanya. Diulangi kekal selamanya tanpa ada akhir. Selama-lamanya..
Dan secara jujurnya aku memang takut...
Betul la kata Nabi junjungan kita Muhammad SAW bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati. Bila kita asyik ingat akan kematian, kita akan buat lebih banyak amal. Kita akan kurangkan fikirkan keadaan kita di dunia ini dan akan sentiasa fikirkan keadaan kita di akhirat. Dan terbukti aku bukanlah orang yang bijak. Sebab aku lebih banyak mengingati hidup dari mengingati mati.
Janji Allah itu pasti benar. Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan aku tidak tahu adakah aku akan mati dalam keadaan beriman atau tidak. Adakah aku akan mati dalam keadaan Islam ataupun dalam keadaan kafir. Adakah aku akan menghuni taman-taman syurga atau lubang-lubang neraka di alam kubur nanti. Adakah aku akan dibangkitkan bersama orang-orang yang beriman ataupun orang yang ingkar. Adakah aku akan dihimpunkan di bawah naungan Allah ataupun tidak. Sungguh aku tidak tahu dan tidak ada seorang pun yang tahu melainkan Allah.
Aku pohon rahmat Allah supaya kasihanilah diriku. Aku pohon rahmat Allah supaya aku diberi pengakhiran yang baik...
Semoga kita semua diterima olehnya dalam keadaan beriman...AMIN.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment