Sunday, November 29, 2009

Aku sayang abah

Aku bertuah kerana dikurniakan seorang abah yang begitu memahami. Abah aku merupakan abah yang paling baik kat dunia ni. Abah aku sanggup gamkan kasut aku yang terkoyak dan polish kasut tu sampai berkilat. Kasut tu boleh dikatakan dah koyak teruk. Al maklumlah kasut tu dah lima tahun aku pakai. Kasut dah nak sampai akhir hayat dia. Aku betul-betul terharu. Sedangkan benda tu aku boleh buat sendiri tetapi disebabkan aku terlalu sibuk melayan tetamu (mungkin disebabkan tetamu itu perempuan) maka aku abaikan je kasut tu. Lagipun aku fikir elaun dah nak masuk dan aku pun dah bagitau family aku yang aku nak beli kasut baru.

Tapi abah aku tak kisah. Dia sanggup gamkan kasut aku tu. Sanggup polish sampai cantik. Semata-mata nak bagi aku pakai sementara nak beli kasut baru. Tapi aku...lebih pentingkan orang lain dari family sendiri. Aku hanyut dalam perasaan aku sendiri. Aku terlampau ikutkan darah muda sehingga selalu abaikan keluarga. Bila ada cuti bukan teringat nak balik rumah. Aku lebih suka nak ikut program. Kononnya dengan progam tu aku boleh tambahkan ilmu pengetahuan aku, boleh tambahkan pengalaman aku. Boleh dikatakan program aku akan sentiasa penuh setiap hari. Kalau takde program, diri aku sendiri akan cari program untuk dibuat. Dari satu segi aku rasa itu memang membantu untuk aku menjadi insan yang lebih berkualiti. Tapi dari segi kekeluargaan, aku rasa cam kureng ckit. Aku jarang balik rumah. Alasannya: program.

Aku tak boleh teruskan hidup camni. Takut nnt bila aku dah bekerjaya, bila aku dah sibuk...aku akan gunakan alasan tu untuk tak balik rumah. Padahal dari rumahlah segalanya bermula. Kejayaan yang aku capai setiap hari pun adalah bertitik tolak dari rumah. Kalau bukan mak aku yang sentiasa mendoakan untuk aku, kalau bukan dengan restu abah aku yang sentiasa menyokong tindakan aku, aku takkan berjaya seperti ini. Aku kena berubah!!!

Aku takut aku menjadi kacang lupakan kulit. Aku takut aku akan mengabaikan keluargaku bila aku telah berjaya nanti. Aku takut kerana masa depan belum pasti...


Sunday, November 22, 2009

aku nk update blog...

Salam..aku tak dapat update blog wat sementara waktu..rumah ada internet problem..ish3..jumpa di lain masa..