Dah lama aku nak tulis pasal isu ni...Tapi setiap kali lepas balik rumah je, otak aku terus lupakan pasal ni sampailah jumaat yang seterusnya. Bila tiba hari jumaat terutamanya time orang nak khutbah, baru isu ni timbul balik. Bila aku balik rumah, isu ni pun hilang. Aku tak tahu dah berapa lama aku berada dalam keadaan macam ni...Aku rasa dah berbulan-bulan. Ntah-ntah dekat setahun sebab aku terfikirkan isu ni semasa aku final year student lagi. Isunya: khutbah jumaat.
Aku rasa khutbah jumaat di Malaysia ni perlukan reformasi besar-besaran...ini pendapat peribadi aku la...Nak setuju boleh, tak setuju pun boleh...aku tak kisah.
Al-kisahnya begini, setiap kali pergi sembahyang jumaat, apa yang aku nampak ialah manusia yang kemengantukan. Ada juga yang khusyuk mendengar tapi aku nampak. Seolah-olah datang sembahyang jumaat kerana terpaksa dan bukannya kerana ingin mendengar apa yang nak disampaikan. Tambah-tambah kalau sebelum tu makan bukan main banyak. Lagi la jadi pemangkin untuk tidur. Ini memang salah orang tu sendiri la...
Yang aku nak bincang kat sini ialah pak imam yang baca khutbah tu aka khatib. Minta maaf cakap: tak ada seni langsung. Tak tahu macamana nak tarik perhatian pendengar. Yang tahu hanyalah buka buku yang telah disediakan dan baca. Nasib baik buku tu ditulis dalam bahasa jawi. Aku rasa kalau buku tu ditulis dalam bahasa Melayu secara lengkapnya, aku pun boleh baca. Aku pun boleh jadi pembaca khutbah. Tak payah nak pergi kursus ni, kursus tu...asalkan tau sikit-sikit pasal rukun khutbah jumaat, pandai baca..dah boleh jadi pengkhutbah jumaat aka khatib.
Aku bukan nak merendah-rendahkan martabat pak imam aka khatib yang baca khutbah tu. Itu bukan sekali-kali maksud aku. Aku just nak pak imam tu berubah ke arah yang lebih baik. Setakat baca semua orang boleh baca - kata hati jahat aku. Ulama Nusantara HAMKA pernah juga ditanya berkenaan hal ini tapi dia menyarankan agar khatib memainkan peranan yang penting.
Meh aku senaraikan perkara-perkara yang aku rasa khatib kena berubah untuk mendapatkan khutbah jumaat yang efisien dan efektif.
1. Khatib hendaklah faham apa yang hendak disampaikan dan dia mengamalkan apa yang disampaikan. Jangan jadi seperti apa yang diperkatakan Allah dalam Surah Al- Baqarah ayat 44 yang bermaksud:
"Adakah patut kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan sedangkan kamu lupakan dirimu sendiri, sedangkan kamu membaca kitab, tidakkah kamu berfikir"
Hanya membaca dari buku atau teks yang telah disediakan tanpa memahaminya tidak akan membawa kesan yang baik pada pendengar.
2. Khatib hendaklah mempunyai ilmu dalam seni pidato, seni menarik perhatian pendengar dan yang seumpama dengannya. Khatib itu sendiri hendaklah mempunyai seni. Bukan hanya tahu bercakap tapi mesti tahu cara komunikasi yang berkesan.
3. Isu yang hendak disampaikan hendaklah isu yang sesuai dengan situasi semasa serta segar. DAN tidak melibatkan isu-isu politik. Kalau bukan isu semasa pun, isu yang dibawakan itu sesuai untuk didengar. Sebab selalunya yang aku lihat ialah khatib tu syok sendiri. Asyik-asyik nak salahkan remaja. Remaja macam inilah...macam itulah...macamlah orang tua tak ada buat salah langsung...Oops..
4. Yang keempat, kurangkanlah doa nak membodek orang-orang besar ni. Baca apa yang patut sudahlah...Kadang-kadang aku menyampah jugak.. Padahal aku tak nampak sangat peranan yang dimainkan. Kalau orang-orang ni memang berjuang untuk menegakkan agama, bangsa dan negara, takpela jugak. Tapi masalahnya orang-orang yang berjiwa besar (bukan orang-orang besar ye...) tak minta pun disanjung. Kita tengok Ahmadinejad, orang yang simple je. Pergi sembahyang jumaat, duduk je mana-mana pun. Xdela nak hampar karpet merah ke, putih ke, kuning ke, apa ke...oops..terlepas lagi..
5. Aku tak kisah kalau khatib nak baca khutbah panjang-panjang tp pastikan khutbah tu menarik. Kalau khatib sendiri membaca je (faham tak faham tak tahula..), jangan harap jemaah ni akan tertarik nak dengar sampai habis.
6. Kurangkan bidaah atau yang sewaktu dengannya. Bagi aku la kan, Islam ni mudah. Allah tak susahkan kita dalam perkara agama, itu janji Allah dan janji Allah itu benar. Cuma kita ni yang kadang-kala terlebih pandai nak tambah itu nak tambah ini.
Aku rasa cukuplah sampai sini. Kalau aku tulis banyak-banyak, orang kata aku anti pak imam aka khatib khutbah tu pulak. Tapi niat aku ialah aku nak lihat sistem kekhutbahan di Malaysia ni membawa implikasi yang baik kepada pendengar. Bukan hanya datang kerana terpaksa, mendengar kerana terpaksa dan seterusnya balik dengan perasaan suka (kerana dah habis khutbah) tapi datang dengan suka, mendengar dengan suka dan balik kerana terpaksa (kerana dah habis khutbah). Kadang-kadang aku terfikir, kalau Tuhan tak mewajibkan solat jumaat tu, agak-agak berapa ramai yang akan datang?
No comments:
Post a Comment