Monday, August 24, 2009

Baru belajar


Aku baru belajar perisian yang diberi oleh G-da. Baru hari ini aku buka. This is my first trial. Lepas ni aku nak edit gambar laen lak. To Huda and Vicknesh...so sorry..aku tak ada gambar korang yang menegak. So, aku amik je gambar korang yang melintang. Enjoy..Selamat bersahur.

Sunday, August 23, 2009

Taazkirah Ramadhan I

Tadi lepas tarawikh ada sikit tazkirah. So aku nak share lah tazkirah tu dengan semua. Ustaz tu cakap syurga merindui empat jenis orang:

1) Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan
2) Orang yang membaca Al-Quran
3) Orang yang menjaga lidahnya
4) Orang yang memberi makan orang yng berpuasa

Tapi ada syarat-syaratnya, bukan senang camtu je. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan tu hendaklah berpuasa kerana Allah semata-mata. Bukan berpuasa kerana orang lain berpuasa dan bukan juga berpuasa kerana Ramadhan datang. Tapi berpuasa untuk mencari redha Allah. Bukan kerana benda lain. Ustaz tu bagi contoh, kalau dia ada sebuah stadium, sape-sape yang ada tiket akan dapat masuk satadium. Namun, sape-sape jugak yang rapat dengan tuan punya stadium akan dapat kebenaran untuk masuk ke dalam stadium secara percuma. Bukan itu saja, malahan dapat tempat duduk utama lagi. Orang yang ada tiket belum tentu dapat masuk stadium kalau tuan stadium itu tak benarkan aka tak redha. Dan kalau dapat masuk disebabkan tiket pun, tempat duduknya mungkin di bahagian belakang. Kita boleh umpamakan tiket ini sebagai pahala. Sebanyak mana pun pahala yang kita ada, kalau Allah tak redha maka kita tidak akan dapat masuk syurga Allah. Kalau Allah bagi kita masuk syurganya berdasarkan pahala, maka kita masuk kerana Rahmat Allah, kerana Allah kesian kat kita.

Yang kedua, baca Quran. Ada yang hanya setakat baca dan ada yang baca ikut tajwid. Ustaz kata nak baca Quran kena ikut aturannya. Xboleh baca mendatar je macam baca buku lain. Tapi jangan pulak guna alasan ini untuk tak baca Quran. Kalau tak tahu tak apa, dimaafkan. Disebabkan tak tahu nak dengung, tak tahu bila nak baca panjang, bila nak baca pendek terus tak baca Quran. Tak boleh la macam tu. Orang kata kalau nak bercakap dengan Allah, dirikan solat banyak-banyak. Kalau nak Allah bercakap dengan kita, baca Quran.

Yang ketiga, menjaga lidah. Berpuasa bukanlah hanya menahan diri dari sesuatu yang masuk ke dalam diri kita tetapi juga menahan diri dari perkara yang keluar dari diri kita iaitu perkataan-perkataan yang diucapkan. "Allah tidak berhasrat kepada puasa orang yang tidak menjaga lidahnya". So bersama-samalah kita menjaga mulut kita dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak baik, mengumpat, mencaci, memaki, mencela, mencarut dan sewaktu dengannya. Lagipun Allah dah mengingatkan kita di dalam Al-Quran bahawa "Celakalah pencela dan pengeji".

Kemudian memberi makan orang yang berpuasa. Aku tak ingat mana aku baca tapi yang aku tau orang yang memberi makan orang yang berpuasa ni, pahalanya sama dengan pahala orang yang berpuasa tu. Tak berkurang sedikit pun. Kira untungla..Pahala dia puasa + pahala orang puasa + Rahmat Allah = keuntungan.

Ustaz jugak menerangkan tentang Muslim dan Mukmin. Muslim ni ialah orang yang menganut agama Islam. Mukmin pulak ialah orang yang mengaku beriman. Dalam Quran tak kurang 80 ayat yang menyeru orang yang beriman. Kita sering menganggap bahawa menjadi seorang Muslim sudah mencukupi padahal Muslim itu hanya ragka luar(fizikal) semata-mata. Isinya ialah dengan menjadi seorang Mukmin.

Kuasa Minda

Hari ini hari Ahad, 2 Ramadhan 1430 Hijriah bersamaan 23 Ogos 2009 Masihi. Hari untuk bersenang-lenang. Hari untuk berehat. Hari kedua dalam bulan Ramadhan yang mulia. Pada hari ini aku tidak mempunyai sebarang rancangan khusus. Selalunya setiap hari aku akan merancang apa yang aku akan lakukan sepanjang hari. Tapi hari ini aku hanya mampu merancang untuk mengulangkaji pelajaran Halal ku. Sebab lepas ni aku tak tahu akan ditempatkan di syarikat mana untuk praktikal. Jadi aku perlu lakukan sedikit sebanyak persediaan. Aku cuma berharap agar aku dapat mempelajari ilmu baru setiap hari.

Hari ini aku ingin berkongsi pengetahuan aku tentang satu perkara iaitu tentang minda manusia. Minda manusia ialah ciptaan Allah yang cukup hebat bagiku. 12% minda manusia ialah minda sedar manakala selebihnya ialah minda bawah sedar. Minda sedar ini berfungsi untuk mengeja, membaca, mengira, menulis dan sebagainya. Pendek kata perkara-perkara yang dikawal oleh kita terletak di minda sedar.

Minda bawah sedar pula berfungsi untuk mengawal perkara-perkara yang tidak dapat dikawal oleh kita seperti denyutan jantung, pernafasan dan sewaktu dengannya. Tetapi tahukah kita(dengan gaya seorang professor) bahawa minda separa sedar memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Kerana aku percaya bahawa setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia, segala sesuatunya adalah bermula dari minda manusia. Bukan hanya minda sedar tetapi juga minda bawah sedar.

Aku sering mendengar tentang kuasa minda tetapi aku sendiri sebenarnya tidak tahu apa itu kuasa minda. Yang aku tahu hanyalah visualisasi (iaitu membayangkan sesuatu di dalam kepala otak ku perkara yang akan terjadi..) dan kesannya sungguh menakjubkan. Aku bagi satu contoh. Sebelum aku menghabiskan pengajian di universiti, semasa di tahun akhir aku telah menetapkan di dalam mindaku bahawa aku ingin merantau ke Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajianku. Aku tidak tahu pekerjaan apa yang ingin aku lakukan dan di mana aku akan tinggal. Aku hanya bayangkan bahawa selepas menamatkan pengajian aku akan ke Kuala Lumpur berbekalkan simpanan sebanyak RM500 di dalam akaun bank. Kononnya aku nak simpan duit poket yang mak aku bagi tapi hampeh...

Di akhir semester, dekat-dekat nak habis pengajian, aku masih tak tahu mana hala tujuku di Kuala Lumpur. Aku masih tidak mempunyai simpanan. Kalau ada pun mungkin RM50(aku pun dah tak ingat berapa...) Tapi aku tetap yakin. Aku masih mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa impianku akan terlaksana. Dan keyakinanku tak pernah berkurang serta aku tak pernah pun terfikir bahawa aku akan gagal. Iyerla, kerja tak mintak, duit tak ada, rumah sewa tak cari..nak pergi Kuala Lumpur buat apa? Nak makan apa kat sana? Nak duduk mana? Tapi aku tak pernah pun terfikir semua persoalan tu. Aku just fikir " Kuala Lumpur...tunggu, aku datang sekarang.." (macam dalam filem pulak).

Bila aku habis belajar, aku duduk rumah dua minggu je. Lagipun aku rasa itulah masa paling lama aku berada di rumah. Sebelum ni aku tak pernah balik rumah se-lama tu. Selalunya bila cuti aku akan ke sana, ke sini...jarangla nak balik rumah. Bila sepupu aku datang rumah sebab cuti semester sebulan, mak aku pun bagitau aku tak pernah balik rumah lama-lama walaupun cuti semester. Balik sekejap-sekejap je. Time tu baru aku sedar sepanjang empat tahun pengajian di universiti aku jarang balik rumah. Kalau balik pun mesti tak lama. Minta maaf mak! Anakmu ini ingin menjadi insan berjaya dunia dan akhirat. Jadi harus berkorban..Allah huakbar. Nasib baik aku mendapat mak dan abah yang begitu memahami. Terima kasih. Pengorbanan kalian tidak akan aku lupai.

Berbalik pada kes tadi, selepas 2minggu di rumah, aku mendapat tawaran mengikuti 'Halal Training Development' di Damansara.Oops..sebelum tu..aku lupa nak beritahu. Di saat-saat akhir pengajianku di universiti, mak aku ada masukkan duit poket RM300 dalam akaun + duit kawanku yang berhutang denganku RM200. Bila dijumlahkan berapa kawan-kawan...???

Ya..pandai..RM500. Bukankah aku dah bagitau kuasa minda ni menakjubkan. Duit dalam akaun RM500, dapat tawaran training 'Halal' dan tempat tinggal kat rumah ayah saudara aku kat kajang. Kan dah setel semua masalah...:-) Kat penang pun ada training Halal ni. Dekat je dengan rumah aku. Jalan kaki pun boleh sampai. Tapi yang dekat Kuala Lumpur jugak yang aku dapat. Sebab tu bila ada pertanyaan kenapa join training halal ni, aku tak tahu nak jawab apa. Sebabnya aku dah set kepala hotak aku ni aka minda yang aku nak datang Kuala Lumpur dan training Halal ni merupakan asbab aku datang KL ni (elaun tu sebab sampingan ye..). Dan disebabkan aku datang sinilah aku boleh jumpa korang semua dan blog ni diwujudkan. Cuba kalau aku dapat yang dekat rumah aku, hampeh...sampai sudah aku rasa aku takkan buat blog.

Rupa-rupanya baru aku faham. Apabila kita setkan dalam minda bawah sedar ni, minda bawah sedar akan control tindakan yang akan dilakukan untuk mencapai matlamat yang dah disetkan tadi. Semuanya terjadi secara automatik. Macam contoh yang aku bagi tadi. Kalau nak lebih faham, pergi cari buku Law of Attraction tulisan Michael J. Loosier. Tak pun baca buku Think & Grow Rich tulisan Napoleon Hill.

Jadi aku nak menyerulah kawan-kawan sekalian dan diri aku sendiri, gunalah kuasa minda anda sebaik-baiknya. Kerana aku melihat banyak kepincangan, kemudharatan dan keburukan yang berlaku adalah disebabkan oleh minda. Cara berfikir yang tidak betul membuahkan fikiran yang tidak betul dan seterusnya melahirkan akibat yang tidak baik.

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Di samping kita sibuk bekerja dan sibuk melakukan kerja seharian, jangan kita lupa untuk mencari dan mencuri peluang melakukan amal kebajikan sebanyak-banyaknya di bulan ini. Bulan yang hanya datang setahun sekali. Bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Pada bulan Ramadhan, syaitan-syaitan akan diikat. Yang tinggal hanyalah syaitan di dalam diri kita iaitu nafsu. Kepada yang ingin berubah, maka ini adalah kesempatan yang terbaik. Gunakan bulan ini untuk kita sama-sama berusaha membentuk peribadi yang mulia. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah dan inilah masanya untuk kita melangkah berubah ke arah yang diredhaiNya.

Selaku manusia kadangkala kita alpa dan lalai. Kita bangga dengan diri kita. Kita bangga dengan bentuk badan dan rupa kita yang menarik. Kita riak dengan kepandaian yang kita ada, dengan pencapaian yang kita dapat. Kita sombong dengan manusia yang tak sehaluan dengan kita. Kita bongkak dengan kelebihan yang kita ada. Kadangkala kita tidak tahu yang kita memiliki sifat dan sikap yang tidak baik. Sekaranglah masa yang terbaik untuk kita bermuhasabah kembali.

Semoga Ramadhan kali ini mengembalikan kita pada fitrah yang sebenar. InsyaAllah.

Wednesday, August 19, 2009

Koordinasi otak kiri dan kanan

Semasa anda duduk, putarkan kaki kanan anda mengikut arah putaran jam.

Dalam masa yang sama cuba tulis nombor 6 menggunakan tangan kanan anda... ..
Kaki anda akan bertukar putaran jam secara spontan, atau tersangkut...

Kenapa?? tak percaya ?? THERE IS A LOT OF THINGS WE DON'T KNOW ABOUT OURSELVES !!

Laki-laki sejati

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu ?
Ibuku menjawab, Nak...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca...

Kempen Boikot Colgate, Coca-cola Dan Starbucks

Kempen Boikot Colgate, Coca-cola Dan Starbucks Coffee Diteruskan


MELAKA, (Bernama) -- Aman Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan meningkatkan kempen pada bulan Ramadan ini untuk memboikot tiga produk barangan pengguna dari Amerika Syarikat (AS) yang diketahui menjadi penyokong kuat Israel.

Penyelaras Aman Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir berkata tiga produk itu ialah Colgate, Coca-Cola dan Starbucks Coffee.

"Kita mahu boikot ke atas tiga barangan ini ditingkatkan kepada semua lapisan masyarakat terutama pelajar kerana pengeluar dan pemilik tiga barangan ini dari AS diketahui memberi sokongan kuat ke atas rejim Zionis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Forum Globalisasi yang dianjurkan oleh Universiti Multimedia di sini Khamis.

Beliau berkata usul memboikot tiga produk itu telah bermula sejak dua bulan lepas dan ia membawa impak kepada pengeluaran dan pengedaran produk itu di negara ini.

"Saya telah dihubungi oleh pengeluar Coca-Cola yang menyatakan mahu mengadakan pertemuan berhubung usaha kita memboikot barangan mereka," katanya.

Aman Malaysia, Persatuan Pengguna Islam dan Yayasan Kerjaya Malaysia ialah antara beberapa NGO yang telah menyuarakan secara rasmi memboikot ketiga-tiga produk berkenaan.

Beliau berkata sumbangan masyarakat dengan beralih kepada produk lain akan membawa impak besar dalam keamanan sejagat sebagaimana yang dicita-citakan.

Bujang vs Dara (Just for fun)

Perbezaan lelaki dan perempuan time kenduri kahwin.

Lelaki (Bujang)

1.mandi
2.pakai baju,siap2
3.start kereta,motor
4.sampai tempat kenduri,jumpa tuan umah
5.makan
6.pas makan rileks jap,hisap rokok
7.balik umah
8.sampai kat umah



1.mandi
2.berkemban
3.keringkan rambot
4.bukak almari,pilih baju
5.bawak keluar semua baju ,bentang atas katil
6.pilih mana nak yang dipakai.
7.senarai pendek baju hendak dipakai
8.amik baju kebaya
9.letak balik
10.amik baju kurung
11.letak balik
12.wat pilihan lagi
13.cakap dalam hati"baju mana yang menarik perhatian"
14.dah sah pilihan,baju kurung
15.pilih tudung plak
16.hidup kan seterika
17.nyanyi2 sementara seterika panas
18.telefon berbunyi
19.angkat telefon"eh korang dah nak sampai?jap la.aku x siap lagi"
20.cepat2 seterika baju,tdung.
21.member sampai
22.call member"jap wei!5 minit lagik!korang tunggu dalam keta"
23.pakai,baju,pakai tudung,
24.amik beg tangan,alat mekap sekali
25.masuk dalam kereta
26.mula bertekak dengan member
27.keluarkan cermin
28.keluarkan alat mekap
29.mekap kan dulu
20.sampai je kat simpang
21.patah balik,seterika lupa off
22.sampai umah
23.member mintak pinjam toilet
24.dah abis sume,naik keta balik
25.sampai plaza tol
26.jalan jem
27.mule merungut,panas,mekap dah cair
28.kuatkan air cond
29.sembang2 hal perkahwinan
30.sampai kat umah orang kawen
31.salam dengan tuan umah
32.pergi makan
33.cedok lauk ayam skit
34.letak sendok balik
35.cedok gulai skit.
36.letak sendok balik
37.mule cite kat member cakap diet
38.amik laok skit,
39.amik buah skit
40.makan
41.abis makan
42.borak2 kosong ngan member
43.mate usha pompuan lain
44.mule bandingkan pakain mane yang cantik
45.tunggu pengantin
46.pengantin sampai
47.cepat2 pergi tangkap gambar
48.tunggu pengantin bersanding
49.pengantin abis bersanding
50.cepat2 naik pelamin,tangkap gambar
51.mule berangan
52.member marah,suh turun,die plak nak tangkap gambar
53.member tangkap gambar pulak
54.ikot pengantin masok bilik
55.mule cakap "wah!!cantiknye"
56.duduk atas katil pengantin
57.tangkap gambar lagik
58.mule berangan lagik
59.tgk adiah sekeliling
60.tarik pengantin,ajak tangkap gambar
61.dah tangkap gambar
62.gesel pipi ngan penganti pompuan
63.tunggu pengantin bagik cenderahati
64.dapat cenderahati
65.mintak bunga telor plak
66.dapat bunga telor
67.kasik adiah
68.salam ngan pengantin
69.sampei depan pintu
70.kasot ilang
71.cepat2 amik kasot orang
72.mule naik keta
73.mengumpat lam keta"laok x sedap,pengantin mekap tebal sangat,pelamin x lawa".
74.gelak2
75.mule berangan balik.nak wat perkahwinan besar2
76.sampai umah!!!

Cinta & Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana, berjalanlah kemudian jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting, sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itu lah cinta...

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

Guru: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

Tamat.

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .



Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa
Muhammad wa'alaa aalii Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )



-Sharing is caring-

Sunday, August 16, 2009

Filem

Aku baru je tengok cerita orang putih kat televisyen. TV2. Tajuk cite nye apa...aku pun tak tahu. Aku buka then tengok je. Macam best jugak. Kisah perjuangan seorang ayah yang terencat akal untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya. Kisah kasih sayang, pengorbanan, kesabaran dan ketabahan seorang ayah untuk mendapatkan kembali haknya.

Cerita ni sesuai untuk ditonton oleh semua orang yang mempunyai perasaan hati nurani yang terdalam. Sesuai untuk semua peringkat umur. Kalaulah filem Malaysia macam filem yang aku tengok ni, alangkah indahnya. Aku bukanlah anti filem atau anti cerita2 Malaysia, malah baru-baru ni aku baru saja tengok cerita SETEM kat panggung. Memang best cerita tu. Filem yang berkualiti. Tak rugi tengok kat panggung. Cuma berapa banyak sangat cerita yang berkualiti camtu. Kalau tengok kat tv pun, cerita merapu yang banyak. Cerita-cerita yang baik tak banyak. Kalau ada pun mesti diselitkan jugak sakit hati, dendam, sifat-sifat buruk orang Malaysia terutamanya orang Melayu. Diulangi, sifat-sifat buruk orang Malaysia terutamanya orang MELAYU!!!

Memangla mana-mana bangsa pun ada sifat buruk masing-masing...Tapi janganlah dipromosikan sifat buruk tu. Owh!!!kononnya nak bagi penonton sedar bahawa sifat buruk tu tak baik, bawa kesan negatif,etc dan seharusnya ditinggalkan. Betul la tu..tp xde cara lain ke bang...??? Masalahnya...sifat buruk tu yang lebih ditonjolkan berbanding kebaikan. Cerita orang putih tadi pun ada sifat buruk tapi tak la menonjol sangat. Sifat buruk dia, menyerah kalah selepas berkali-kali mencuba dan gagal. Tapi dia sedar dan berubah. Kalau cerita Malaysia??? mesti ada adegan sakit hati, dengki, orang gila, orang miskin, menangis (tak tahulah menangis sedih or menangis meratapi nasib diri), ditindas, tak tahu melawan, naif, kampung, kolot, percaya benda-benda karut, mudah terpengaruh, suka bawa mulut dan lain-lain lagi. Orang kalau betul-betul nak membangunkan bangsa, momokkan penonton dengan sifat-sifat baik. Tak payahlah nak tunjukkan sangat sifat buruk tu. Ni sifat buruk yang dilebihkan, sifat baik ciput je...tu pun kat hujung filem je. Tu belum lagi cerita bab-bab hiburan...Kalau cerita bab-bab hiburan lagi menarik..aku pinjam kata-kata kawan aku "Kalau semua orang nak jadi artis, siapa nak jadi saintis???"

Nanti aku ulas pasal ni lagi. Tujuan aku nak tulis pasal cerita tadi je...tetiba termelencong ke tempat lain pulak.

Apa-apa pun, sokonglah produk buatan Malaysia. Belilah produk buatan Malaysia. Tengoklah cerita/filem buatan Malaysia - tetapi pastikan yang asli...

...dan berkualiti. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan....

Saturday, August 15, 2009

Lelaki Wanita I

"Tunjukkan aku lelaki mana yang tidak tertarik akan kecantikan seorang wanita, akan aku tunjukkan padamu lelaki yang tidak normal."

"Di sebalik kejayaan seorang lelaki, terdapat wanita di belakangnya. Dan disebalik kejatuhan seorang lelaki, terdapat juga wanita di belakangnya."

"Laki-laki sama laki-laki yang bergaduh kerana seorang wanita adalah laki-laki yang rendah mutunya."

"Wanita itu tidak dijadikan dari kepala untuk disanjung, tidak juga dari kaki untuk dibuat alas. Tetapi wanita itu dijadikan dari rusuk, dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat di hati untuk dikasihi."

"Kerisauan wanita berakhir apabila mendirikan rumah tangga tetapi kerisauan lelaki bermula setelah berumah tangga."

-Sharing is Caring-

Friday, August 14, 2009

Khutbah Jumaat

Dah lama aku nak tulis pasal isu ni...Tapi setiap kali lepas balik rumah je, otak aku terus lupakan pasal ni sampailah jumaat yang seterusnya. Bila tiba hari jumaat terutamanya time orang nak khutbah, baru isu ni timbul balik. Bila aku balik rumah, isu ni pun hilang. Aku tak tahu dah berapa lama aku berada dalam keadaan macam ni...Aku rasa dah berbulan-bulan. Ntah-ntah dekat setahun sebab aku terfikirkan isu ni semasa aku final year student lagi. Isunya: khutbah jumaat.

Aku rasa khutbah jumaat di Malaysia ni perlukan reformasi besar-besaran...ini pendapat peribadi aku la...Nak setuju boleh, tak setuju pun boleh...aku tak kisah.

Al-kisahnya begini, setiap kali pergi sembahyang jumaat, apa yang aku nampak ialah manusia yang kemengantukan. Ada juga yang khusyuk mendengar tapi aku nampak. Seolah-olah datang sembahyang jumaat kerana terpaksa dan bukannya kerana ingin mendengar apa yang nak disampaikan. Tambah-tambah kalau sebelum tu makan bukan main banyak. Lagi la jadi pemangkin untuk tidur. Ini memang salah orang tu sendiri la...

Yang aku nak bincang kat sini ialah pak imam yang baca khutbah tu aka khatib. Minta maaf cakap: tak ada seni langsung. Tak tahu macamana nak tarik perhatian pendengar. Yang tahu hanyalah buka buku yang telah disediakan dan baca. Nasib baik buku tu ditulis dalam bahasa jawi. Aku rasa kalau buku tu ditulis dalam bahasa Melayu secara lengkapnya, aku pun boleh baca. Aku pun boleh jadi pembaca khutbah. Tak payah nak pergi kursus ni, kursus tu...asalkan tau sikit-sikit pasal rukun khutbah jumaat, pandai baca..dah boleh jadi pengkhutbah jumaat aka khatib.

Aku bukan nak merendah-rendahkan martabat pak imam aka khatib yang baca khutbah tu. Itu bukan sekali-kali maksud aku. Aku just nak pak imam tu berubah ke arah yang lebih baik. Setakat baca semua orang boleh baca - kata hati jahat aku. Ulama Nusantara HAMKA pernah juga ditanya berkenaan hal ini tapi dia menyarankan agar khatib memainkan peranan yang penting.

Meh aku senaraikan perkara-perkara yang aku rasa khatib kena berubah untuk mendapatkan khutbah jumaat yang efisien dan efektif.
1. Khatib hendaklah faham apa yang hendak disampaikan dan dia mengamalkan apa yang disampaikan. Jangan jadi seperti apa yang diperkatakan Allah dalam Surah Al- Baqarah ayat 44 yang bermaksud:

"Adakah patut kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan sedangkan kamu lupakan dirimu sendiri, sedangkan kamu membaca kitab, tidakkah kamu berfikir"

Hanya membaca dari buku atau teks yang telah disediakan tanpa memahaminya tidak akan membawa kesan yang baik pada pendengar.

2. Khatib hendaklah mempunyai ilmu dalam seni pidato, seni menarik perhatian pendengar dan yang seumpama dengannya. Khatib itu sendiri hendaklah mempunyai seni. Bukan hanya tahu bercakap tapi mesti tahu cara komunikasi yang berkesan.

3. Isu yang hendak disampaikan hendaklah isu yang sesuai dengan situasi semasa serta segar. DAN tidak melibatkan isu-isu politik. Kalau bukan isu semasa pun, isu yang dibawakan itu sesuai untuk didengar. Sebab selalunya yang aku lihat ialah khatib tu syok sendiri. Asyik-asyik nak salahkan remaja. Remaja macam inilah...macam itulah...macamlah orang tua tak ada buat salah langsung...Oops..

4. Yang keempat, kurangkanlah doa nak membodek orang-orang besar ni. Baca apa yang patut sudahlah...Kadang-kadang aku menyampah jugak.. Padahal aku tak nampak sangat peranan yang dimainkan. Kalau orang-orang ni memang berjuang untuk menegakkan agama, bangsa dan negara, takpela jugak. Tapi masalahnya orang-orang yang berjiwa besar (bukan orang-orang besar ye...) tak minta pun disanjung. Kita tengok Ahmadinejad, orang yang simple je. Pergi sembahyang jumaat, duduk je mana-mana pun. Xdela nak hampar karpet merah ke, putih ke, kuning ke, apa ke...oops..terlepas lagi..

5. Aku tak kisah kalau khatib nak baca khutbah panjang-panjang tp pastikan khutbah tu menarik. Kalau khatib sendiri membaca je (faham tak faham tak tahula..), jangan harap jemaah ni akan tertarik nak dengar sampai habis.

6. Kurangkan bidaah atau yang sewaktu dengannya. Bagi aku la kan, Islam ni mudah. Allah tak susahkan kita dalam perkara agama, itu janji Allah dan janji Allah itu benar. Cuma kita ni yang kadang-kala terlebih pandai nak tambah itu nak tambah ini.

Aku rasa cukuplah sampai sini. Kalau aku tulis banyak-banyak, orang kata aku anti pak imam aka khatib khutbah tu pulak. Tapi niat aku ialah aku nak lihat sistem kekhutbahan di Malaysia ni membawa implikasi yang baik kepada pendengar. Bukan hanya datang kerana terpaksa, mendengar kerana terpaksa dan seterusnya balik dengan perasaan suka (kerana dah habis khutbah) tapi datang dengan suka, mendengar dengan suka dan balik kerana terpaksa (kerana dah habis khutbah). Kadang-kadang aku terfikir, kalau Tuhan tak mewajibkan solat jumaat tu, agak-agak berapa ramai yang akan datang?



Thursday, August 13, 2009

...

Hari ini ustaz Asri(kumpulan Rabbani) meninggal. Hidup manusia sungguh singkat. Aku rasa macam baru jumpa je ustaz Asri walaupun dua tahun dah berlalu. Seorang demi seorang Allah tarik nyawanya. Aku??? Bila pulak Allah akan tarik nyawa aku. Aku pun tak tahu. Dan aku pun tak tahu sama ada aku dah bersedia untuk tinggalkan dunia ini atau belum. Sebab aku rasa amal yang aku lakukan masih tak cukup. Dosa aku lebih banyak dari pahala. Aku lebih gembira, lebih senang menghabiskan hidupku ini dengan penuh 'keasyikan dunia' yang sementara dari menumpu kepada 'kenikmatan akhirat' yang kekal selamanya. Diulangi kekal selamanya tanpa ada akhir. Selama-lamanya..

Dan secara jujurnya aku memang takut...

Betul la kata Nabi junjungan kita Muhammad SAW bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati. Bila kita asyik ingat akan kematian, kita akan buat lebih banyak amal. Kita akan kurangkan fikirkan keadaan kita di dunia ini dan akan sentiasa fikirkan keadaan kita di akhirat. Dan terbukti aku bukanlah orang yang bijak. Sebab aku lebih banyak mengingati hidup dari mengingati mati.

Janji Allah itu pasti benar. Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan aku tidak tahu adakah aku akan mati dalam keadaan beriman atau tidak. Adakah aku akan mati dalam keadaan Islam ataupun dalam keadaan kafir. Adakah aku akan menghuni taman-taman syurga atau lubang-lubang neraka di alam kubur nanti. Adakah aku akan dibangkitkan bersama orang-orang yang beriman ataupun orang yang ingkar. Adakah aku akan dihimpunkan di bawah naungan Allah ataupun tidak. Sungguh aku tidak tahu dan tidak ada seorang pun yang tahu melainkan Allah.

Aku pohon rahmat Allah supaya kasihanilah diriku. Aku pohon rahmat Allah supaya aku diberi pengakhiran yang baik...

Semoga kita semua diterima olehnya dalam keadaan beriman...AMIN.

Al-Fatihah.

Jalan-jalan di KLCC





















Monday, August 10, 2009

Kalau

Kalau kebaikan dibalas kebaikan, itu biasa...

Kalau kebaikan dibalas kejahatan, itu zalim...

Kalau kejahatan dibalas kejahatan, itu dendam...

tetapi...

Kalau kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

-Sharing is caring-

huhu...hari terakhir

Hari ini hari terakhir training halal. Lepas ni masing-masing akan sibuk dengan praktikal. Keputusan telah dibuat bahawa kumpulan Phileo telah berjaya menjadi kumpulan terbaik manakala kumpulan Bright Smile pula mendapat tempat kedua. Hadiah disampaikan oleh wakil HDC. Sesi bergambar diadakan untuk mengabdikan kenangan bersama. Esok kami semua akan berkumpul di KLCC untuk menghabiskan masa bersama buat kali terakhir sebelum meneruskan praktikal.

Bermacam-macam ragam boleh dilihat tadi. Ada yang menangis, ada yang berpelukan(sayangnya aku tak boleh join.....:P) dan ada yang minta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan. .Aku pun tak nak melepaskan peluang meminta maaf kepada semua. Memang touching gak la tadi...

Bila tengok kawan-kawan hug tadi, teringat pulak aku kat Free Hug Campaign. Kepada yang tak tahu lagi apa itu free hug campaign, silalah taip Free hug campaign kat dalam youtube dan tengoklah sendiri. Lihat bagaimana seorang anak muda dari Australia mencetuskan perubahan di seluruh dunia hanya dengan 'hug'.

Jumpa esok kawan-kawan.

Friday, August 7, 2009

Dari aku

Huhu....training halal ni dah nak habis. Lepas ni masing-masing bawa haluan masing-masing. Yang dah dapat kerja akan mula kerja. Apai dan Ayien...buat kerja elok-elok. Jangan ponteng kerja. Jangan curi tulang. Time training tak pela nak ponteng sehari dua, nak curi tulang tidur dalam surau. Tapi time kerja jangan buat macam tu. Nanti rekod buruk...

Yang lain-lain pulak akan teruskan dengan praktikal selama tiga bulan. Mana tempat praktikal tak tahu lagi...Aku pun tak cari lagi. Tapi InsyaAllah kita semua akan dapat tempat praktikal. Harapnya lepas ni kita akan saling contact antara satu sama lain. Sedih pulak rasa nak tinggal korang semua. Tapi apa boleh buat, adat dunia. Ada pertemuan mesti ada perpisahan. Semoga pertemuan kita pertemuan yang dirahmati Allah dan perpisahan kita perpisahan yang diredhaiNya. Walaupun pertemuan kita singkat, tapi bagi aku cukup bermakna. Tak sia-sia aku datang jauh dari utara tanah air ke sini untuk belajar pasal Halal. Sebab aku dapat belajar bukan saja pasal halal tapi banyak lagi pengalaman yang aku dapat kutip dari korang semua. Terima kasih semua..

Kepada yang akan bergraduasi tak lama lagi...Tahniah sebab korang semua dah berjaya menghabiskan degree masing-masing. Tapi ini baru permulaan bukan penghabisan. Habis degree bukan bermaksud korang dah abis belajar sebab belajar itu ialah proses yang dilakukan sepanjang hayat. Dari buaian hingga ke liang lahad. Proses pembelajaran takkan habis sehingga kita habis(boleh faham x ayat aku ni???). Apa yang penting teruskan perjuangan..tak kira la nak jadi eksekutif halal yang cemerlang, gemilang dan terbilang ke, nak jadi engineer ke, nak jadi researcher ke..or else..pastikan niat kita jujur kerana Allah. Macam sembelih ayam, kalau niat kita bukan kerana Allah..kan ayam tu tak boleh dimakan. haha...aku pun dah terpesong..kadang-kadang pergi kelas bukan untuk nak belajar kerana Allah tapi kerana benda lain..nak itulah, inilah...aduh...

Harap-harap lepas ni, kalaupun tak dapat jumpa, kita akan still contact antara satu sama lain lagi..kepada liya: jgn lupa fotostat alamat yg dikutip tadi tu... dan kepada semua, aku minta maaf kalau ada buat salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap bicara...dan semua ter..ter lagi sama ada yang disengajakan ataupun tidak. Selaku manusia biasa, aku tak lari dari kesalahan, ego, berlagak, sombong, dan semua sifat mazmumah yang lain. So, walaupun belum raya..aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku doakan semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. Kita sama-sama berdoa agar masing-masing berjaya...AMIN...