Monday, May 31, 2010

Kita & Mereka

Kita di Malaysia ini hidup dalam keadaan yang cukup bertuah. Segala-galanya ada, segala-galanya cukup. Jarang kita dengar orang Malaysia mati sebab tak cukup makan. Yang mati sebab terlebih makan banyak. Mati sebab penyakit darah tinggi, mati sebab penyakit jantung, penyakit kencing manis dan macam-macam jenis penyakit lagi. Semua tu disebabkan cara hidup rakyat Malaysia yang terlebih makan. Pergilah mana-mana pun hatta dalam kampung sekalipun, mesti kita akan berjumpa dengan kedai makan. Pendek kata, nak dapatkan makanan di Malaysia ni cukup senang. Kita tak perlu bersusah payah hanya untuk mendapatkan sesuap nasi. Orang yang paling malas sekalipun dapat hidup di Malaysia. Hanya dengan managih simpati orang awam, 'orang yang malas' dapat mengumpul aset di Malaysia yang tercinta ini. Malah ada yang mampu tinggal di hotel murahan.

Kita seharusnya bersyukur dapat hidup di negara yang bertuah ini. Dibandingkan dengan jiran-jiran negara kita, kita jauh lebih baik dari mereka. Mereka perlu bersusah payah bergadai nyawa untuk mendapatkan sesuap makanan tetapi kita tidak. Kita tidak perlu meredah samudera hanya untuk mendapatkan pekerjaan. Kita tidak perlu meninggalkan anak isteri. Kita tidak perlu berperang. Kita tidak perlu hidup dalam ketakutan setiap hari. Kita tidak perlu lakukan semua itu. Kita hanya perlukan sedikit usaha dan kesungguhan untuk berjaya. Juga kita perlukan sedikit kesedaran agar kita lebih bersyukur.

Saudara-saudaraku yang dikasihi,

Di samping kita bersyukur dapat hidup dalam keadaan yang aman damai dan harmoni, jangan kita lupakan kepada saudara kita yang kurang bernasib baik. Saudara-saudara kita di seluruh dunia sedang menanggung kesengsaraan yang amat sangat. Perhatikan sahaja saudara kita di Iraq, Afghanistan dan Palestin. Mereka dibunuh, diperkosa tanah airnya, diratah hasil buminya, disekat dari mendapat hak hidupnya. Mereka diperlakukan tak ubah seperti manusia yang hina, diperlakukan tak ubah seperti manusia yang tak bertamadun. Mereka tidak mempunyai hak seperti kita. Mereka masih dijajah walaupun dunia sekarang berada di alaf baru. Tanah air mereka dijadikan medan ujian untuk menguji senjata-senjata canggih. Tubuh badan mereka dijadikan 'tikus-tikus makmal' untuk menguji teknologi yang ada. Mereka tak ubah seperti binatang malah diperlakukan lebih teruk dari itu.

Kita ?

Apa mampu kita lakukan untuk menolong mereka? Kita hanya mampu bersorak "mengecam sekeras-kerasnya" tindakan mereka itu. Kemudiannya apa? Kemudiannya kita kembali ke alam kita sendiri. Kita lupakan mereka. Kita hanya mengambil kesempatan ke atas ujian yang sedang menimpa saudara kita. Kita lebih senang untuk bergaduh sesama sendiri, membuktikan parti kita lebih Islamik berbanding yang lain daripada memikirkan apa yang boleh kita sumbangkan kepada saudara-saudara kita. Ingatlah saudara-saudaraku, mereka itu saudara kita. Kita akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti. Kita akan ditanya apa yang kita lakukan saat saudara kita diseksa.

Kita dalam kekenyangan manakala saudara kita kelaparan...

Kita sentiasa ketawa dalam hidup manakala mereka sentiasa menderita..

Suatu hari nanti apabila Allah bertanya kepada kita, "Apa yang telah kamu buat untuk membantu saudara-saudara kamu di Palestin, Iraq dan Afghanistan?"

Aku amat berharap agar aku dapat menjawabnya walaupun hanya sekadar menjawab, " Saya hanya mampu memboikot diri saya dari membeli McDonald."

p/s :

1) Ada orang kata aku ekstrem sebab aku boikot McDonald. Diorang kata kalau kita boikot, macamana pekerja Islam kat McDonald tu nak dapat duit untuk menyara keluarga. Aku tak berkesempatan nak menjawabnya. Kalau tak, nak je aku jawab," bumi Allah ni luas, carilah rezeki Allah di muka bumi ni. Orang Bangladesh, Nepal, Indonesia boleh je cari makan kat negara Malaysia yang bertuah ni, kenapa tidak kita?

2) Aku tak kisah sebenarnya apa orang kata. Aku lebih kisah apa Tuhan aku akan kata nanti. Aku takut Tuhan akan persoalkan kita orang Islam yang mengaku bersaudara tetapi hanya mampu melihat dan tak buat apa2 bila saudara kita diseksa.

3) Aku tak mengajak siapa2 pun untuk boikot mana2 company/syarikat makanan segera/jenama komputer tertentu/seluar/bisness/etc sape2 pun. Aku just nak kita semua luangkan sedikit masa untuk berfikir apa sumbangan kita tatkala saudara-saudara kita diseksa di sana.. Itu saja. Orang kata berfikir sesaat lebih baik dari solat seribu tahun. Wallahhu'alam.




No comments:

Post a Comment