Tuesday, May 25, 2010

Jatuh cinta?

Subuh dah masuk, tapi suasana kat sini masih sunyi. Masing-masing dibuai mimpi. Aku je tak boleh tdo. Aku rasa aku ada penyakit kut. Penyakit kus-kus. Silap aku gak sebab makan banyak sangat malam tadi. Balik je rumah, terus tertido. Sedar2 dah pukul satu pagi. Terus tak boleh tido. Mengantuk tu for sure ada tadi. Terutamanya dekat2 nak subuh. Time tu la mata terasa sangat berat. Macam ada minyak masak 5kg tergantung kat kelopak mata sampai mata susah nak buka. Nasib baiklah aku dapat tahan. Terima kasihlah kepada 'Price Watch' yang telah membantu aku untuk aku stay up hari ni. Dan terima kasih kepada seseorang yang sudi melayan aku walaupun dah tengah malam...pagi. Sape suruh balas msg tu. Laen kali kalau dah tdo jangan balas. Lepas baca tu, tido je. Then esok2 la balas. Degil nak balas jugak...ish3..

Daripada aku mengular tak tentu arah dalam internet ni, baik aku update blog. Tapi tak tahu nak update pasal apa lak. Takkan nak bagitau pasal kehidupan peribadi aku pulak. Owh, hari Sabtu pergi jogging kat Tasik Sri Permaisuri. Hari Ahad pergi makan ais kacang kat Shah Alam then....bla...bla...bla...(Takkan aku nak bagitau pasal ni pulak?) Baek kita bincang topik yang lebih berfaedah sikit.

Ada siapa-siapa tak kat sini yang pernah jatuh cinta. Wah, mentang-mentang aku dah jatuh cinta, asyik nak bincang pasal cinta je. Bukan apa, pernah tak korang terfikir kenapa kita dikatakan jatuh cinta? kenapa jatuh? kenapa tak terbang ke..melayang ke. Contohnya: terbang cinta; melayang cinta;tergelincir cinta. Aku tahu kedengarannya agak pelik. Jatuh cinta pun kalau tak ramai orang guna istilah ni, mesti pelik jugak. Soalan aku kenapa mesti jatuh? Kalau jatuh mesti sakit kan. Ada ke orang yang jatuh tapi tak sakit. Jatuh basikal = sakit, jatuh tangga = sakit, jatuh tempat tinggi = sakit. Moralnya jatuh = sakit.

Adakah ini bermaksud orang yang jatuh cinta itu akan sakit? Hmm..ada kebenarannya di situ. Laila dan Majnun, Romeo and Juliet, Beauty and The Beast...sumenye ada adegan sakit2 dalam tu..(walaupun hakikatnya aku hanya tengok cite Beauty and The Beast je...). Dan orang bercinta jugak kan sakit menahan rindu. Sakit menahan perasaan yang tak dapat diluahkan. Sakit bila melihat orang yang kita cintai mencintai orang lain. Kan semua tu sakit. Mungkin sebab tu dikatakan jatuh cinta. Sakit tak semestinya sakit fizikal. Sakit hati pun dikira sakit. Penyakit hati. Bagi aku orang yang jatuh cinta ni lebih kepada sakit di bahagian hati. Sakit fizikal dia tak kisah sangat. Lautan api sanggup diredah. Padahal kalau dibentangkan lautan api yang sebenar kat depan mata, mau mencecet lari.

Tapi kena ingat jugak. Orang yang jatuh ertinya dia akan bangun. Bangun ertinya gerak dan gerak ertinya maju. Maju ertinya menuju ke hadapan. Menuju ke hadapan ertinya kejayaan menanti. Makanya orang bercinta akan lebih maju, lebih ke hadapan, lebih advance. Sebab itu dikatakan oleh HAMKA:

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat."

Seharusnya tak kan ada orang yang kecewa, frust, tertekan, bunuh diri dan sewaktu dengannya kerana cinta. Bak kata HAMKA, cinta membangkitkan kekuatan. Seharusnya semua manusia di dunia ini hidup dalam alam cinta. Manusia boleh mencapai kemajuan yang sangat tinggi. Namun itu belum tentu menjanjikan kebahagiaan kepada manusia. Negara yang maju seperti Jepun masih lagi terdapat ramai orang yang membunuh diri kerana tekanan. Juga kerana mereka tidak mencintai nyawa mereka. Ataupun tekanan yang dihadapi melebihi cintanya kepada kehidupan. Apalah gunanya kemajuan itu semua andai tiada kebahagiaan yang dicapai.

Moral of d story here : Hiduplah dalam alam cinta. Dan cintailah sesuatu kerana Allah, nescaya hidup kita akan bahagia. Dan lagi satu, jangan ingat cinta ni hanya untuk gf/bf/pak we/mak we/awek/balak korang tu je. Cinta tu luas skopnya, jangan disempitkan. Cinta tu bukan karipap, dibahagikan kepada lima orang terus je habis. Tetapi cinta tu berkembang. Lagi diberi, lagi banyak kita dapat. Cuma jangan salah guna cinta untuk kepentingan diri dahla. Selamat bercinta....



No comments:

Post a Comment