Hari ini aku balik awal dari kebiasaan. Jadi, aku amik kesempatan ni untuk update blog aku. Kalau nak ceritakan pasal kehidupan aku dalam seminggu ni, memang banyak untuk ditulis. Cuma aku tak bercadang untuk tulis semuanya. Biarlah aku saja yang merasakan pengalaman yang Allah berikan padaku. Setiap saat, setiap waktu tersangatlah berharga jadi aku tak nak bazirkan masa aku.
Baru aku tahu kalau aku balik awal, keadaan jalan akan menjadi sangat sesak. Aku tak pernah balik awal macamni. Pukul 6.20 ptg dah sampai rumah. Selalunya lepas pukul 10 malam baru sampai rumah. Aktiviti yang aku buat..hehehe...biarlah rahsia. Cuma kebelakangan ni, aku merasakan yang aku bukan aku. Aku dapat rasakan yang aku banyak berubah walaupun hakikatnya aku kelihatan macam biasa. Aku seolah-olah tak kenal aku yang dulu. Aku yang hidup penuh dengan semangat. Aku yang hidup dengan penuh cita-cita. Aku yang hidup dengan penuh keinginan untuk berjaya, untuk menjadi Muslim yang hebat. Aku yang hidup dengan penuh visi. Sekarang semua tu seolah-olah lenyap. Seolah-olah itu bukan lagi kepentingan bagi aku.
Aku sekarang ni seolah-olah hidup dalam alam khayalan. Asyik memikirkan benda yang belum pasti dengan penuh keyakinan. Aku sekarang ni lebih menumpukan kepada keseronakan dan hiburan dari memikirkan masalah yang melanda ummah. Aku lebih suka membazirkan masa bergembira daripada membaca buku. Bukan aku kata aku tak boleh gembira. Cuma kalau berlebih-lebih itu kan tidak baik. Aku cuma takut perkara macamni buatkan aku lupa akan tujuan hidup aku. Untuk menjadi manusia yang hebat dalam segala bidang bukannya satu tugas yang mudah. Aku ingin buktikan kepada masyarakat dunia bahawa orang Islam sebenarnya adalah orang yang hebat. Mereka dilahirkan untuk menjadi hebat.
Aku tak tahu adakah perubahanku ini adalah disebabkan persekitaran ataupun tidak. Aku akui persekitaran memainkan peranan yang penting kepada seseorang tapi itu tak boleh dijadikan sebab untuk aku berubah menjadi begini. Datanglah sehebat mana pun persekitarannya tetapi andai kata kita tidak mahu berubah, kita akan tetap kita. Orang yang hebat ialah orang yang mampu mengubah persekitarannya dan bukannya diubah oleh persekitarannya. Aku rasa persekitaranku ok je. Alhamdulillah, setiap kali aku tersasar dari jalan menujuNya, Allah akan hantar seseorang untuk memperingati aku. Aku bersyukur sangat2. Cuma masalahnya, keinsafan itu hanya datang sementara. Tak kekal. Aku akan menyesal atas apa yang aku lakukan. Aku akan menangis meratapi diri membandingkan diri aku dengan pejuang2 Islam yang lain. Tetapi lepas tu, aku seolah2 tak pernah menyesal, tak pernah menangis. Aku lupa semuanya. Malah aku lupa pada Allah...
Aku ingin berubah... aku ingin syahid. Allah bantulah aku...aku perlukan bantuanMu.
No comments:
Post a Comment