Aku rasa dah jadi macam rutin untuk aku, setiap hujung minggu je aku akan update blog aku dengan aktiviti2 yang aku buat. Dah berapa minggu dah aku camni. Hujung minggu aku je mesti penuh. Penuh dengan aktiviti. Tapi dah ini yang aku inginkan dulu, inilah aku dapat. Jadi aku nak nasihat sikit kat sini. Hati-hati dengan fikiran kita kerana kita akan menarik apa yang kita fikirkan. Kalau benda tu je yang korang fikirkan, korang akan menarik benda tu walaupun benda tu benda yang korang tak nak/tak suka.
Hari Khamis keje cam biasa. Masuk kul 4.30 petang, balik kul 2.00 pagi keesokan harinya. Balik je aku terus tido. Nak qadha tidur semalam and nak simpan tenaga nak panjat Bukit Broga hari Sabtu pagi. Semalam aku tido lewat. Dalam kul 4.00 pagi baru tido. Dalam kul pukul 12 t/hari aku bangun. Bangun n gi keje cam biasa. Kul 2.00 pagi balik, sampai umah dekat kul 3.00pagi...siap2 barang nak g Broga then baru tdo. Dalam kul 4.00 pagi jgkla baru tdo. Kul 6.00 pagi lebih, Kak Alissa dah call2...(aku msg suh dia kejut tkut klu2 terlajak).
Pergh..tdo 2jam je. Pastu nak g panjat bukit lak tu. Takpe, ak blagak normal je time tu. Lagipun kawan aku pesan, jangan tunjuk kelemahan kita kat orang. Alhamdulillah, Bukit Broga dapat kujejaki. Cuma sampai peak 2 jela. Pastu ak tak dapat nk sambung. Kaki aku krem time nak naik dari peak 1 ke peak 2. Sebabnya aku lari waktu nak naik peak 2 tu. Aku ingatkan otot kaki aku dah panas lepas sampai peak 1, rupanya lepas rehat kat peak 1, otot aku dah sejuk balik. Tapi apapun aku dah berjaya sampai ke Broga tu. Lepas sampai Broga kitorang g mandi kat Sungai Tekala. Mandi sambil bercamping. Masing2 bawa makanan. Banyak pulak tu. Tak abis makanan tu.
Waktu mandi tu macam2 gaya renangan keluar. Gaya inilah, gaya itulah...macam2 stail boleh tengok. Orang2 Salam ni bukan just hebat dalam kesukarelaan, tapi hebat gak dalam renangan. Boleh buka kursus renangan lagi. Kuak lentang la, kuak kupu2, ntah apa2 kuak lagi sume kuar. Masing2 ada bakat terpendam. Tapi itulah...xblh nk mandi lama2. Kul 4.30 petang aku masuk keje. Kul 2 lebih aku dah kena balik. Tq helmi coz hantar aku. Kalau xde ko....(sambung sendiri).
Balik dari tu aku btul2 flat. Pas semayang zohor je..ak dah bbelah bagi..nak pegi keje ke x. Penat beb. Sempat la lelapkan mata utk 5minit. Lepas jam hp aku bunyi je, aku dah tak berani nak tutup mata. Sebab kalau aku tutup mata, coform aku akan ttdo. Dan kalau aku tertido, conform aku tak pegi keje. Aku msg trainer a.k.a mentor aku bgtau boleh tak aku amik anual leave. Aku betul2 penat time tu. Aku tau dia xkan bagi punya. Dia mesti ngomel sorang2 pastu diam wat bodo je. Tapi xpe, just inform. Takut bila ak bawa moto nanti..ngantuk..ttdo atas moto..klu jdi apa2 hal..at least aku dah inform. Ak gagahkan jugak pegi keje. Ak setkn otak ak bahawa ak orang yg hebat. Tdo dua jam tu bkn masalah bagi ak. Ak akan bjaya mngharungi hari itu dengan jayanya. Lagipun inikan kehidupan yang ak inginkan. Kehidupan yang sentiasa penuh dengan aktiviti dan of course bukannya aktiviti yang membuang masa.
Akhirnya memang terbukti aku orang yang hebat. Aku berjaya mengharungi segala-galanya dengan berjaya. Dan aku percaya semua orang yang ada di dunia ini adalah orang yang hebat. Kalau kita tak hebat, kita takkan berada di alam ini. Satu-satunya manusia yang boleh mengatakan kita tidak hebat adalah diri kita sendiri. Kita yang meletakkan limit / tahap diri kita. Kita sekat pencapaian yang ingin dicapai oleh diri kita. Kita membenarkan kata2 negatif yang dibisikkan oleh syaitan + diri kita + sekeliling.
Sekian saja dari aku untuk aktiviti kali ini. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment