Apa yang aku cari dalam hidup aku ni sebenarnya? Kebebasan? Kepuasan? Harta kekayaan? Apa sebenarnya yang aku cari. Aku pun tak tahu apa yang sebenarnya yang aku cari dalam hidup ni. Aku rasa macam terlampau banyak perkara yang aku nak gapai dalam hidup ni. Dan akibat terlampau banyak perkara yang aku nak gapai, aku jadi blurr...aku hilang arah, aku hilang tujuan. Aku tak tahu jalan mana aku nak ikut.
Cara yang terbaik ialah kembali ke permulaanya. Kembali ke pangkal jalan. Masalahnya, mana pangkal jalan aku? Aku rasa aku berada di jalan yang betul.
Oh Tuhan! Bantulah hambamu ini...
************************************************************************************
ha!!! aku dah tahu mana silapnya..
Kebiasaannya, manusia akan berusaha dan kemudiannya berdoa kepada Tuhan. Tapi kadangkala manusia lupa, yang akan menentukan kejayaan atau tidaknya seseorang itu adalah Allah dan bukannya usahanya. Konsep qada' & qadar. Usaha memang memainkan peranan yang penting. Tanpa usaha kita takkan berjaya. Tetapi bukanlah usaha yang menentukan keberjayaan sesuatu perkara. Allah yang menentukannya.
Seperti azan. Pertama kita membesarkan Allah. Maksudnya, apapun yang kita buat, Allah tetap nombor satu. Allah tetap tujuan kita. Kedua, kita membuat penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Maksudnya kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah. Tunduk dan patuh hanya pada perintahnya. Ketiga kita membuat penyaksian bahawa Muhammad (SAW) itu persuruh Allah. Maksudnya di sini, jalan yang diikuti haruslah jalan yang telah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Keempat, Marilah menuju solat. Kepentingan solat dalam hidup kita. Setelah Allah menjadi maksud hidup kita, selepas kita menyerah diri padaNya dan mengikuti jalan yang telah ditunjuk oleh kekasihNya, solat perkara yang amat perlu dititik beratkan. Apapun solat dulu. Kalau solatnya sempurna, InsyaAllah segala-galanya akan jadi baik. Selepas solat diseru untuk menuju kejayaan. Nak capai kejayaan kenalah berusaha. Selepas kita berusaha, kita kembali berserah kepada Allah. Allah yang Maha Besar. Allah huakbar! Allah yang menentukan segala-galanya. Tiada Tuhan melainkan Allah. Dia tahu mana yang lebih baik untuk hambanya.
************************************************************************************
Dari awal lagi dah salah. Bukan semuanya yang aku lakukan adalah kerana Allah. Ada perkara yang aku lakukan hanya kerana duit. Ada perkara yang aku lakukan hanya untuk kepuasan diri. Ada perkara yang aku lakukan hanya kerana aku inginkan kebebasan. Tujuan pun dah lari, memanglah aku blur...Arah tujuan yang nak digapai tu tak jelas. Macamana nak sampai kalau tak ada arah tuju. Bagaikan memandu kereta tapi tak ada arah nak dituju. Buat bazir minyak je.
Dan kesalahan kedua ialah aku tak berserah sepenuhnya kepada Allah. Aku selalu merasakan bahawa usahaku yang membawa aku kepada kejayaan dan bukannya Allah yang menentukan. Bila usaha itu gagal barulah nak kembali kepada Allah. Barulah yakin bahawa Allah yang menentukan segalanya.
Patutlah jiwa tak tenang. Aku rasa tak perlulah aku sambung dengan yang seterusnya. Kalau aku sambung lagi, lagi banyaklah aib aku yang akan terbongkar.
Korang fikirlah sendiri.
No comments:
Post a Comment