Setelah beberapa hari berfikir, maka sampailah aku ke tahap membuat keputusan. Aku tak boleh terus berfikir tanpa ada apa2 keputusan. Kerana sajauh mana pun fikiran aku pergi, akhirnya akan sampai kepada keputusan jugak. Aku tak boleh lari dari keputusan. Maka setelah ditimbang baik buruknya, kesan2 yang bakal aku hadapi, tentangan-tentangan dan peluang2 yang akan muncul maka keputusannya ialah aku perlu berhenti.
Keputusan nampak macam drastik dan tak bertimbang rasa. Tapi aku tak boleh bertangguh lagi. Aku tak boleh sekat kebebasan aku lagi. Aku tak boleh biarkan jiwa aku tak tenang hanya kerana memikirkan perkara ni sahaja. ‘Freedom of choice’ kata adik aku. Bila adik aku kata macam tu baru aku sedar yang pemikiran aku dah tak freedom bila aku asyik fikirkan perkara tu saja.
Matlamat asal aku datang ke Kuala Lumpur dah terganggu. Bila matlamat a.k.a tujuan aku dah lari, aku rasa hidup pun dah tak seceria dulu. Aku nak buat sesuatu pun, fokus aku dah lari. Nasib baiklah aku ada kawan-kawan yang begitu memahami, begitu mengambil berat. Sekurang-kurangnya taklah terasa sangat. Terima kasih korang. Kalaulah tak de korang…tak tahulah..tak dapat aku nak bayangkan…hehe..welcome to the club…
Haha…teringat masa aku balik kampung. Masa tu aku tak pergi kerja sebab balik tengok mak aku sakit. Yang bestnya, bila aku tak pegi keje..korang pun tak pegi keje. Sorang sakitlah, sorang cuti..pastu sorang lagi ponteng. Key word kat sini…klu sorang tak pegi keje, sume tak pegi keje. Harap2 bila aku berhenti keje, korang takla berhenti keje. Sebab aku bhenti keje pun…sama macam korang dulu2. Sorang tu…dulu keje wartawan…pastu sebab keje tak tentu masa (macam aku keje sebelum ni), terus berhenti sebelum dapat keje lain. Yang sorang lagi dah dapat keje elok2 sebagai cikgu, pergi letak jawatan semata-mata dapat tawaran pergi Sarawak untuk ikut program. Tak ke keje gila tu. Aku rsa sebab gila2 kita dipertemukan. Malam2 jiwa kacaulah…malam2 nak makan abc la..nk pegi bagan lalangla..port Dickson la…ntahla..mcam2 korang ni..Kalau xde aku nak jaga korang..mesti mak korang susah hati..(^_^)
Esok kawan2 aku yang keje ni cuti. Tapi aku tak cuti. Aku ada misi yang perlu dilaksanakan. Mak aku call pagi tadi. Mak aku ni macam tau2 je aku ni berhenti keje. Time aku berhenti keje, time tu mak aku call. Tengok, betapa kuatnya naluri mak aku ni. Pastu mak aku call bagitau yang kalau aku nak sambung belajar (Master), mak aku sanggup support. Aku memang seronok dengar. Tapi risau pun ada gak. Perasaan aku bercampur baur. Aku teringat kata-kata kawan aku. ‘Saya risau sebab mak ayah letakkan harapan yang tinggi.’ Aku pun tak tau aku mampu menggapai harapan tu ataupun tak.
Doakan aku kawan2….
salam...
ReplyDeleteencik jebat...meh la bersama2 stdy balik... harapan mak ayah tu memang kite tak le lari la... tapi takpe... asalkan ade niat yang tulus ikhlas... mudah2an akan dipermudahkan olehNya... ameen...