Sekejap je hujung minggu berlalu...aku tak rasa macam cuti pun. Aktiviti aku sentiasa penuh. Nasib baek hari Isnin ni cuti, dapatlah rehat kejap. Tapi rehat pun xrehat sangatla..banyak benda nk kena buat.
Hari Jumaat aritu aku jumpa pelancong dari India. Kami bersembang pasal orang-orang yang hebat dari India macam Syeikh Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Naik. Tibe2 datangla sorang mamat ni menyampuk. Dia kata Syed Ahmad Deedat dan Dr. Zakir Naik ni ialah manufacturer dan kita orang2 biasa ni adalah si marketer. Dia kata masalah sebenar di Malaysia ni ialah ramai orang nak jadi manufacturer tapi tak nak jadi marketer.
Aduyai !
Aku bersembang pasal orang2 yang hebat dari India sebab aku nak build rapport dengan mamat dari India ni. Dia ni orang business. Dan dia juga menganggotai pertubuhan yang diwujudkan oleh Dr. Zakir Naik. Mana stau satu hari nanti aku nak belajar pasal agama di India, bolehla aku contact mamat dari India ni. Tapi bila datang mamat manufacturer & marketer (m&m) ni, betul2 potong stim.
Nasib baek mamat dari India tu pandai menjawab. Dia kata:
"Brother, the manufacturer is Allah." jawapan yang bagiku cukup ringkas dan padat daripada mamat India tu.
Bila difikir2kn balik...mana ada manufacturer yang tak nak pasarkan barang dia. Ada ke manufacturer yang nak buat barang then tak nak jual. Xpun dia buat barang tapi tak ambil tau langsung pasal macamana nk marketkan barang dia. Xkisahla kita ni sape. Kita ni marketer ke, kita ni manufacturer ke, kita ni nak jadi manufacturer sahaja..xnk jadi marketer..yang penting kita buat keje dakwah. Tuhan xkan tanya kita ni jadi marketer ke bukan, jadi manufacturer ke bukan. Tuhan hanya akan tanya apa yang kita buat untuk agama dia. Itu je. Tuhan takkan tanya kita apa yang orang laen buat. Pedulikan sekelompok kecil orang yang bfikir nak jadi itu ini..yang penting kita buat keje agama. Kat luar sana ramai lagi orang yang dahagakan agama. Diorang xmau tau kita ni manufacturer ke bukan. Diorang just nak tau apa yang kita boleh bantu. Dan kalau kita asyik berfikir pasal manufacturer or marketer ni...sampai bila2 pn xabis. Ni hanya isu picisan la brother..xpayah nk diperdebatkan.
Bila situasi macamni berlaku, aku terfikir satu kata2 hikmah yang pernah aku baca
"Kepandaian membuatkan manusia bercakap,
tetapi kebijaksanaan membuatkan manusia mendengar."
Abah aku pun pernah cakap...ikan yang selalu sangkut kat mata kail ialah ikan yang selalu buka mulutnya. Meaning lagi banyak manusia tu bercakap lagi terserlah kelemahan dirinya. Dulu aku ingat mamat yang menyampuk ni orang yang pandai(awal2 dulu la..). Tapi bila dah bercampur, baru aku tau hakikat yang sebenar. "Don't judge the book by its cover". Kadang2 cover dia cantik tapi hakikat sebenarnya isi buku tu biasa2 je.
......................................................................................................................................................
Hari sabtu pulak aku ada majlis makan2 kat Yayasan Salam. Pagi nak bertolak, moto aku rosak pulak. Hon xada, lampu signal belakang xde, spocket pun nak haus time tu. So amik masa jugakla nak tukar spocket n nak buka sna sni. Bila check2 balik ada satu wayar putus. Tapi nak buka moto tu..masyaAllah...si pomen tu cakap kalau masalah wiring moto kristar dengan honda wave mmang susah. Tapi yang aku tak puas hati ngan pomen melayu ni..diorang ni buat keje xsempurna. Buktinya hari ni aku kena pegi bengkel lagi sebab tayar belakang aku ni ada masalah. Wak lu betul...
Nasib bek sempat gak g Yayasan Salam...minta maafla sebab xdapat nak tolong masak. Secara jujurnya Yayasan Salam ni kekurangan tenaga lelaki. Lebih banyak perempuan daripada lelaki(ikut pemerhatian aku). Jadi kepada lelaki2 di luar sana, aku nak mengajak korang sume join Yayasan Salam. Mana la tau klu2 korang jumpa jodoh korang dalam ni. Dan menurut pemerhatian aku..sukarelawan2 wanita ini adalah terdiri dari wanita2 yang comey2 belaka..serius aku tak tipu..klu la ak dah stabil, memang ak ngorat salah sorang volunteer wanita ni. Tapi memandangkan ak ada cita2 nk digapai..maka terpaksalah ak lupakan sementara hasrat murniku itu(harap2 xdela orang ngorat 'dia' lagi). Tapi motif sebenar yang aku nak sampaikan di sini ialah : Marilah kita beramai2 menjadi sukarelawan, membantu orang yang memerlukan. Yang laen2 tu macam dapat jalan sana sini, dapat kawan baru, dapat bakal jodoh korang yang berhati mulia...itu sume kire bonus. Sebab niat kita yang sebenar ialah untuk berbakti. Dan orang yang mempunyai niat yang tulus mcm tu, selalunya Tuhan akan tolong dan korang akan dapat lebih baek dari bonus tu. Klu xpcaya korang join n korang rasalah sendiri.
Lepas makan2 tu, ada meeting ckit psal SIG Komuniti Terpinggir. SIG ni ialah Special Interest Group. Ada kumpulan2 tertentu ditubuhkan di dalam Yayasan Salam yang memfokuskan kepada golongan2 sasar yang tertentu. Contohnya SIG yang mensasarkan golongan kanak2 dan golongan yang terpinggir. Banyak aktiviti2 dirancang untuk dilaksanakan sepanjang Tahun 2010. Boleh dikatakan penuhla aktiviti untuk sepanjang tahun ni walaupun tahun 2010 baru bermula.
Lepas meeting, ak ngan kawan2 aku pegi Klang. Kawan aku nak cari satu buku kat Jaya Jusco sana. Memamndangkn ak pn xpernah sampai JJ sana, ak pn follow je. Sebelum g JJ, kitorang g beli makan kat pasar malam kt Meru. Kawan ak sorang ni ngidam nk mkn makanan Jawa. Kitorang g beli maknan, then g JJ cari buku. Lepas g JJ, kitorang g Masjid kat Shah Alam tu n mkn kat sana. Rasa mcm bercamping dlm masjid lak.. Abis mkn, kitorang g makan ais kacang lak... Walapun waktu tu dah malam, bru lpas hujan lak..tapi disebabkan sorang kawan ak dari jauh (dari JB) ni ngidam nak makan ais kacang, so kitorang on je.
Korang tgk betapa bestnye jadi sukarelawan ni. Banyak tempat boleh pegi. Itu ak belum cite pasal kawan ak pegi Melaka n Gunung Kinabalu lagi. Yang sampai Palestin pun ada. And for your information, tahun ni Yayasan Salam (di bawah SIG Komuniti Terpinggir) ada membuat perancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Jadi klu korang nak dptkan bonus2 tu, joinlah secepat mungkin. Mana tahu klu2 korang adalah salah seorang yang menerima anugerah sukarelawan aktif untuk Tahun 2010 ni.
...................................................................................................................................................................
Hari Ahad - Majlis Penghargaan Sukarelawan. Aku betul2 xsangka nama aku tersenarai dalam senarai penerima anugerah sukarelawan aktif. Sebab aku baru je dalam sukarelawan salam ni. Tapi aku anggap ni sume rezeki dan pembakar semangat untuk ak lebih aktif dalam Yayasan Salam tahun ni.
Ape yang best dalam Yayasan Salam ni ialah diorang sume ni otak gila2. Susahla nak cari otak yg skema2. Tapi gila2 diorang pn, keje jalan. Ak tengok keje mmg banyak..kadar ke'stress'an tu tinggi tapi diorang xde pun nk complain2..sume hepi je..ak xtau formula ape yg diorang pakai. Kebanyakan sukarelawan2 yang ada masalah peribadi, bila datang ke sini mesti happy. Aku tak tau sebab ape. Mungkin sbb sumenye niat nak bantu orang, Tuhan pun tolong hapuskan stress2 yang ada dalam diri. Bila kita tolong orang laen, kita akan rasa satisfaction, kepuasan yang tidak terhingga dalam diri. Di samping tu kita akan rasa bersyukur sangat2 sebab kita adalah antara insan2 yang bertuah. Kita tak perlu melalui masalah2 yang dihadapi oleh orang2 yang kita bantu. Kita akan rasa apalah sangat masalah kita jika nak dibandingkan dengan masalah2 masyarakat di luar sana tu. Sume ni akan membawa kepada muhasabah diri. Dan inilah menurut pendapatku akan membuatkan kita merasa lega yang sementara. Lepas balik rumah, klu kita tak bawa balik sume pengajaran ni..masalah peribadi tu..akan tetap menjadi masalah.
Bercakap tentang masalah, bagi aku masalah ini sesuatu yang normal. Orang yang xada masalah ialah orang yang tak normal. Yang penting ialah mcamana kita nak mengatasi masalah tu. Macam2 cara orang buat untuk mengatasi masalah. Tapi bagi aku, masalah tu terjadi berantung kepada cara kita melihat sesuatu perkara tu. Klu kita lihat sesuatu perkara yang terjadi itu sebagai masalah, maka perkara tu akan menjadi masalah. Masalah sebenarnya terbentuk dalam minda kita. Kita yang menentukan sama ada perkara tu adalah masalah atau bukan. Kalau kita tidak menganggapnya sebagai masalah, benda itu akan bertukar kepada peluang. Peluang untuk kita maju ke hadapan. Peluang untuk kita lebih mengenali hidup ini. Peluang untuk kita berjaya. Mana ada orang yang belajar naik basikal dan xpernah jatuh. Satu2nya orang yang tak pernah jatuh ialah orang yang tak pernah memanjat. Dan orang yang tak pernah memanjat xkan tau setinggi mana dirinya boleh pergi. Dia hanya akan mampu melihat orang lain lebih tinggi darinya, lebih maju. Jadi kita kena tanamkan dalam diri bahawa masalah sebenarnya datang sebagai proses pembelajaran kepada diri kita. Aku sendiri tak terlepas dari masalah. Tapi aku yakin aku dapat mengalahkan semua masalah tu.
Kadang2 masalah tu datang untuk mengingatkan siapa kita yang sebenarnya. Kadang2 kita sebagai manusia tak terlepas dari sikap bongkak, takbur dan sombong. Kita merasa diri kitalah yang maha hebat, maha sempurna, maha bagus dan segala maha2 yang ada. Kita lupa dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi. Kita lupa kepada Pencipta kita. Sebab tu masalah datang. Bila masalah datang, kita akan kembali padaNya. Meminta keampunanNya, meminta rahmatNya dan meminta belas kasihanNya. Meminta supaya masalah kita dapat diselesaikan. Bila masalah selesai, kita kembali lupa padaNYa. Itu boleh jadi salah satu sebab masalah selalu datang pada kita.
Namun, akan ada orang yang baek tapi still timbul macam2 masalah. Anggap je itu sebenarnya ujian dari Allah. Allah tak jadikan sesuatu masalah itu dengan sia2. Mesti ada sebab disebaliknya. Nak jadi baek pun bukan senang. Tapi kalau nak buat jahat mmg senang. Bila nak buat baek, macam2 masalah akan timbul. Berfikiran positiflah terhadap Allah. Sebab dalam hadith kursi, Allah SWT ada berfirman yang maksudnya,"Aku adalah menurut sangkaan hamba2-Ku". Kalau kita sangka baik dengan Allah, InsyaAllah semuanya akan jadi baik. End.
No comments:
Post a Comment