Saturday, January 16, 2010

Kerja oh kerja...

Hari ni hari sabtu. Hari ni aku kerja. Aku tak suka betul kalau kena kerja hujung minggu. In fact, aku tak suka nak kerja tak tentu masa ni. Tapi 'you ask for it'. Disebabkan aku tak mempunyai matlamat yang khusus tentang kerja yang aku akan ceburi di masa hadapan, maka di sinilah aku sekarang. Menanti panggilan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi hanya melalui telefon.

Waktu aku di universiti dulu, benda ni pernah terlintas di fikiran aku. Aku pernah gak terfikir sama ada aku nak kerja office hour or aku nak kerja yang tak tentu masa ni. Disebabkan aku ni tak suka terikat dan tak suka diikat oleh waktu, maka pada waktu tu aku pun set otak aku yang aku tak nak kerja office hour. Aku lebih suka kerja yang tak mengikat aku. Kerja outdoor yang lebih bebas, kurang pengawasan dan yang sewaktu dengannya.

Alhamdulillah...aku dapat apa yang aku minta. Di sinilah aku berada sekarang. Kerja yang tak tentu masa. Hari sabtu ahad pun kena kerja. Aku setkan otak aku yang aku tak nak keje sabtu ahad tapi ini yang aku dapat. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh buku 'The Secreat'. Buku tu kata otak kita ni akan menarik apa saja yang kita fikirkan. Otak kita tak tahu sama ada kita nakkan sesuatu itu atau tidak. Dia hanya tahu menarik apa yang kita fikirkan. Otak kita ni tak dapat membezakan antara mahu dan tak mahu. Contohnya, aku asyik fikirkan 'aku tak nak kerja sabtu ahad'. Otak aku hanya mampu menafsirkan 'kerja sabtu ahad'. Dia tak dapat nak menafsirkan 'aku nak' or 'aku tak nak'. Inilah Hukum Tarikan.

Setiap sesuatu yang berlaku itu mesti ada sebab dan akibat. Aku pun punya alasan tersendiri kenapa aku tak nak kerja sabtu ahad. Aku datang ke Kuala Lumpur ni sebab aku nak join banyak aktiviti. Kat KL ni boleh dikatakan pusat aktiviti bagi aku. Kalau aku kerja kat Pulau Pinang, sah2 la aku susah nak join aktiviti pusat. Bukan nak dikatakan kat Penang tu tak ada program. Kat Penang pun berlambak program kalau aku nak join. Tapi kan ada pepatah yang menyebut 'jauh perjalanan, luas pemandangan'. Aku tak nak pemikiran aku ni jadi pemikiran yang statik, pemikiran yang tak berkembang.

Cuma bila aku kerja sabtu ahad ni, segala aktiviti hujung minggu aku ni akan terganggu. Matlamat sebenar yang aku nak capai bila aku sampai KL ni sedikit tergugat. Aku datang ke KL ni dengan dua tujuan. Pertama, aku nak bina kerjaya aku di sini(tapi disebabkan aku tak tahu apa kerjaya yang sesuai dengan jiwa aku, maka terdamparlah aku di sini). Kedua, aku nak join banyak aktiviti yang bercorak hujung minggu seperti aktiviti lasak, kerja amal, bermalas2an di hujung minggu, keluar jalan2 (pegi dating ke..), pegi shoping, etc. Buat pengetahuan semua, aku memang suka wat keje yang ada kaitan ngan customer service. Mungkin sebab tu aku ada kat sini. Then, yang lagi best, memang kerja aku sebelum ni hari biasa (office hour) je sebab aku ikut training. Dan memang hujung minggu aku, aku buat semua aktiviti2 yang disebutkan di atas. Semua tu memang aku dah dapat. Tapi aku tak tau kat mana aku silap setting otak aku ni yang menyebabkan pemikiran aku menarik benda yang aku tak nak.

Hari ni kawan2 aku akan pusing satu KL untuk edarkan pamplet2 berkenaan program amal Yayasan Salam. Aku nak join..tp aku kerja. Aku bersyukur pada Allah kerana telah memberi aku kerja ni. Tapi bila dah join, rasa mcam tak sesuai je. Padahal baru dua hari aku kerja. Mungkin aku culture shock kut. Iyerla, tak pernah2 kerja sabtu ahad tiba2 kena kerja. Pastu meganggu aktiviti aku pulak tu. B%$#*e tul... Mungkin betul kata kawan aku, first day tu rasa cam nak berhenti je..tapi lpas dua minggu insyaAllah ok. Dia pun mengalami perkara yang sama. Aku rasa semua orang yang baru masuk kerja ni, mesti mengalami perkara yang sama gak.

........ (berfikir sejenak)

Aku dah ambil keputusan. Aku akan stay dengan kerja ni. Tapi sekiranya kerja ni terlampau banyak meganggu aktiviti luar aku, maka aku akan berhenti kerja. Aku hidup di dunia ni bukan hanya untuk kerja. Bukan hanya untuk duit. Aku tau ada penyataan yang mengatakan

'Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit'

Aku tak menafikan penyataan tu mahupun mengiayakan. Sebab aku tahu duduk kat KL ni memang memerlukan seseorang itu untuk berduit. Gaji RM2000 pun belum tentu cukup untuk duduk kat KL ni. Tapi duit masih tak mampu membeli kebahagiaan yang kita dapat bila kita buat kerja amal. Aku teringat kata2 kawan aku. Dia kata orang Islam ni hidup susah pun xpe, hidup senang pun xpe. Tak ada masalah bagi orang Islam. Sebab dia tau itu semua hanya sementara dan sebab yang sebenar ialah kerana dia bersyukur kepada Allah. Dia tau semuanya datang daripada Allah. Jadi tak ada sebab untuk orang Islam tu merungut atau mengeluh.

Kepada kawan-kawanku di Yayasan Salam, selamat menjalankan kerja amal korang tu. Semoga korang diberkati Allah selalu. Kepada kawan2ku di tempat kerja, selamat bekerja. Kepada kawan2ku yang lain...(tak tahu nak tulis apa sebenarnya =P ) .. selamat berhujung minggu. Ingat2lah aku yang sedang kerja ni..


p/s: Kalau sape2 yg tau kt mana ada kerja kosong sebagai guru kat Kuala Lumpur ni, or sape2 yg ada org dlm ke..tlg bgtau aku ye..nak appy la..tq =P

No comments:

Post a Comment