Sunday, May 2, 2010

Biar gambar bercerita...


Aku nak tulis macam2 untuk gambarkan perasaan aku masa ni...tapi aku percaya gambar boleh menceritakan seribu perkataan. Jadi aku biarkan gambar2 bercerita...



Dalam kete on d way ke Sungai Tekala...

Bergambar bersama si comel. Hmm..betul lah..gambar boleh menceritakan 1001 cerita.


Bergambar ramai2..tapi tak cukup ahli korum...

woi...ape korang wat tu...ritual ape ni...ish3...

Ini namanye si comey...(yg depan ye, bkn yg belakang tu...). Mak, comey x?

Kedahagaan yang melampau....kononnye...

Masih dalam perjalan mendaki Bukit Broga...sikit lagi nak sampai...

On d way naek bukit Broga...

Baru nak memulakan perjalanan...masing2 berposing.

Masing2 tak sabar nak daki...semua bersemangat...

Ni time baru sampai...

Berhenti rehat minum pagi sebelum memulakan ekspedisi mendaki...

p/s: Untuk pengetahuan semua, sekuel perjalanan bermula dari bawah ke atas ye. Terima kasih.

Saturday, May 1, 2010

Jatuh cinta!

Hari ini aku rasa amat gembira. Dapat bersama orang yang aku suka. Masa terasa begitu cepat berlalu bagaikan mencemburui akan saat2 gembira aku dan dia. Terasa macam mimpi. Mimpi yang menjadi kenyataan. Aku tak pernah rasa gembira macam ni. Memang seronok bila orang yang kita sukai, yang kita cintai, membalas perasaan kita. Rasa macam tak nak balik je tadi. Nak duduk je dekat dia, nak pandang wajah dia, nak renung mata dia, nak dengar suara dia. Kalau masa boleh dihentikan, nak je aku tahan masa tu daripada berlalu. Nak je aku tukar seluruh masa aku dengan saat tu.


Sukar untuk digambarkan perasaan gembira tu. Dapat bersama dari pagi sampai ke petang. Panas ke, penat ke...macam tak bawak sebarang kesan. Agaknya memang begini kut pe'el orang bercinta, sanggup buat apa sahaja asalkan dapat bersama orang yang dia cintai.

Mak, kalau mak baca blog ni, mak mesti tau yang anak mak tengah jatuh cinta sekarang ni (^_^).




Saturday, April 24, 2010

Minggu ni...

Minggu ni aku tak keje. So aku boleh berehat kat rumah. Tapi selalunye tak rehat pun. Mesti aku pergi sana sini. Jarang untuk aku duduk kat rumah. Pernah sekali tu hari sabtu ahad aku cuti. Aku duk rumah je. Tak pergi mana-mana pun. Mati kutu aku...rasa gelisah je. Bukan sebab tak best duduk rumah. Sebab tak biasa duduk rumah hari Sabtu Ahad. Rumah ni macam tempat persinggahan je. Balik untuk tido, makan(kalau kawan aku masak), dan basuh baju. Tak pun disebabkan rumah aku dah ada internet sekarang, so aktiviti tambahan aku ialah berfacebooking. Tapi selalunye aku fb sebelum tidur. Jarangla nak surf internet waktu2 lain. Balik rumah pun dekat kul 10malam, bilamasanye nak surf internet?

Hari ni aku ada program Yayasan Salam, Volunteeer Awareness Program-Working with the Blind. Habis tu aku ingat aku nak balik rumah terus. Nak kemas rumah. Lama dah tak kemas rumah. Almari pun tak beli lagi. Dari haritu nak beli tapi tak beli2. Bilik pun dah macam tongkang pecah. Baju pun tak abis basuh lagi. Ada yang dah basuh tapi tak sidai lagi. Time ni la mesin basuh tu nak buat hal. Dia tak tau ke baju aku tu tengah banyak. Aduyai...encik mesin basuh...tolonglah ok balik. Kalau ko tak nak ok balik, aku rasa aku kena jadi mekanik jap lagi.

Esok pegi insyaAllah aku dengan kawan-kawan aku nak panjat Bukit Broga. Ntah diorang ni boleh bangun ke tak, tak tahulah..=P harap2nya boleh la kan..

So penuh lagi hujung minggu aku. Aku kena selalu macam ni. Kalau tak, nanti aku akan sentiasa ingat family kat rumah. Dah lama tak jumpa mak abah aku. Minggu lepas dapat jumpa kejap je, lebih kurang 15minit. Itupun sebab mak abah aku sangup datang dari Tanah besar ke Pulau semata-mata nak jumpa aku. Sebab abah aku kata, kalau tak jumpa time tu, bila lagi nak jumpa. Asyik busy je. Ntah apa yang aku busy sangat pun tak tahulah.

Aku rindu kat family aku. Nasihat aku, korang dengarlah cakap mak abah. Jangan melawan. Kalau ada pun pendapat yang tak sama, gunakan 'hikmah' dalam percakapan. Jangan jadi macam aku. Mak aku tak bagi pergi satu tempat tu, tapi kalau kena pergi, aku pergi jugak. Aku wat cmtu bukan sebab aku nak lawan cakap mak aku. Tak ada niat langsung. Aku just tak nak mak aku risau. Kalau mak aku risau, gelombang kerisauan mak aku tu akan merebak dan sesuatu yang buruk pasti dan pasti akan berlaku. Dah sampai n kadang2 dah balik dari tempat tu, baru aku bagitau mak aku yang aku pegi tempat tu. Naluri seorang ibu memang sentiasa risau akan anaknya. Seorang ibu takkan nak apa2 jadi kat anaknya hatta digigit nyamuk sekalipun. So pandai2lah korang nak hidup. Jangan buat mak abah korang risau. Kalau buat diorang hepi takpe. Macam aku, aku bagitau mak abah aku perkara2 yang aku buat supaya diorang bangga dengan aku dan supaya diorang tahu apa anak dia buat kat sini. Kalau benda tu macam tak betul, abah aku akan tegur aku. At least kat situ aku takkan tersasar jauh sangat. Bab ppuan pun aku bagitau mak aku tau..Ha..ingat senang ke nak sembang bab ppuan kat mak abah. Tapi mak abah aku ok.

Itulah, aku tengah cuba nak memperkenalkan seorang ppuan ni kat mak abah aku. Harap2 mak abah aku setuju. Kalau tak setuju, terpaksalah aku kembali ke proses pencarian semula. Tapi aku hampir pasti dan yakin bahawa mak abah aku mesti setuju punye. Dengan sedikit kajian yang aku buat, kebarangkalian untuk berjaya tu adalah tinggi. Cuma kalau mak abah aku tak setuju, mesti ada sebab yang munasabah di sebaliknya. Setiap ibu bapa kan nak yang terbaik untuk anaknya. Lagipula redha Tuhan terletak pada redha ibu bapa. Aku takkan teruskan kalau ibu bapa aku tek setuju. Begitu jugak kalau ibu bapa pihak lagi satu tak setuju, aku takkan teruskan. Tapi itu tak bermakna aku akan berputus asa macam tu je. Nope. Give up is not in my dictionary.

OKlah kawan2..aku dah lewat. Nanti aku tulis lagi. Aku suka menulis tapi bila aku baca2 balik tulisan aku ni..cam kelakar pun ada, cam pelik pun ada. Aku tak tahu format sebenar menulis dan aku tak suka menulis dengan skema. Sebab tu cam tak tersusun je tulisan aku ni. Tapi takpe, janji aku menulis dah la. At least ada gak hasil daripada tak ada langsung. Jumpa lagi...

Assalammualaikum...

Thursday, April 8, 2010

Angau oh angau...

Aku kat cyber cafe sekarang. Jam dah menunjukkan pukul 11.33 malam, 8 April 2010. Dalam masa tak sampai 30 minit, akan masuk hari yang baru. Bermakna azam yang baru akan bermula.

Aku nama je abis keje kul 5.30 ptg. Tapi dekat kul 12.00pagi baru aku sampai rumah. Ntah apa yang disibukkan pun tak tahu. Mengalahkan Perdana Menteri. Mak aku call tadi pun dah bising2. Baru keje dah nak gi sana sini. Silap aku jugak bagitau mak aku yang aku nak ikut program kat Penang minggu depan kalau dapat cuti. Sepatutnya dah pergi baru aku cakap (macam apa yang aku buat sebelum ni..)

Sebenarnye aku tengah tunggu kehadiran seseorang. Seseorang yang telah berjaya membuka pintu hatiku....wah..!!! jiwang pulak rasa...ish3....aku rasa dah sampai masa untuk aku lebih serius memikirkan masa depan aku. Mungkin sebab umur pun makin bertambah, jadi perasaan untuk "mencintai dan dicintai" itu tak dapat dibendung lagi. Aku bukanlah mamat yang 'tangkap cintan', 'tangkap lentok', 'tangkap leleh', 'tangkap nangis' dan yang sewaktu dengannya. Aku juga bukan mamat yang muka nampak cam ganas tapi bila nyanyi lagu..jiwang je...tp ntah kenapa semenjak dua menjak ni...hati aku asyik berbunga riang je. Aku dah jadi macam kanak-kanak lak. Kanak2 yang melompat gembira bila dapat coklat. Mungkin aku ni dah terlampau angau kut. Ish3....

Aku dah siap bagitau mak aku lagi yang aku suka ppuan tu. Aku cakap kat mak aku ppuan tu cantik, tinggi, muka cam chinese look skit, amik course science kat universiti...bla..bla..bla... (semua ni dengan harapan supaya mak aku merestuinya..). Aku tak menipu kerana hakikatnya memang sume tu ada pada ppuan yang aku suka ni. Aku siap suruh mak aku berdoa lagi sebab aku sgt2 percaya bhawa doa ibu sgt mustajap. Kalau mak aku berdoa, aku pasti aku mesti dapat punya(tp of course la semua ni dgn izin Allah). Kalau tak dapat, maknanya Tuhan dah tentukan sesuatu yang lebih baik dari itu. Tapi bukanlah disebabkan sume ciri2 itu aku suka dia. Kalau pasal cantik, banyak kawan aku yang cantik2...kat KL pn berlambak ppuan cantik. Tak caya tengok sendiri fb aku. Bkanlah psl cantik, tinggi, muka cam chinese look skit, amik course science, putih....etc...aku suka kat dia, bukan pasal tu. Aku suka kat dia sebab......sebab....(jap ak tengah fikir sbb apa ak suka kat dia...)

Aku tak dapat fikir...serius..

Aku rasa aku suka kat dia sbb dia cantik...tp itu bkn sbb utama..sbb ak ada kwn yg lgi cantik (tp ini tak menafikan kecantikan dia..)

Aku rasa aku suka kat dia sbb dia baek...dia mmg baek...tp kwn2 ak yg len pn bek jgak...

Kenapa aku suka kat dia???? Perasaan ni betul2 subjektif...


Wednesday, March 24, 2010

Monolog diri

Tengah dengar muzik untuk dapatkan kembali momentum diri yang mula menghilang. Kadang kala tak tahu kenapa diri rasa lemah je. Diri rasa malas. Kemahuan ada, tapi dikalahkan oleh sikap. Sikap tak nak menuruti kehendak kemahuan. Kalau sibuk, sibuk betul. Tapi kalau tak sibuk...otak pulak rasa macam 'sangkut'. Semuanya berkaitan dengan masa. Kalau aku boleh pindahkan masa, akan aku pindahkan masa ikut kesesuaian. Masa aku sibuk, aku akan tambahkan masa. Masa aku tak sibuk, aku kurangkan masa. Jadi aku taklah membazir masa. Dah la masa tak boleh dibeli. Setiap detik tu begitu beharga tapi aku boleh bazirkan masa tu macam tu je. Macam tak ada nilai. Macam sampah di tepi jalan. Pandang pun tak nak, kutip pun tak nak.

Aku tak suka bazirkan masa aku macam tu je. Tapi nak ubah sikap, nak ubah minda bukan satu perkara yang senang. Dan bukan juga satu perkara yang mustahil. Semuanya berbalik pada diri. Diri yang menentukan hala tuju jalan yang hendak dipilih. Kita boleh pilih jalan yang senang, kita juga boleh pilih jalan yang susah. Apa yang lagi penting, kita perlu pilih jalan yang lurus. Sebab jalan yang lurus adalah jalan yang paling dekat untuk sampai ke destinasi sekiranya jalan lurus yang kita ikuti itu adalah jalan yang betul.

Satu benda yang aku selalu perasan ialah emosi aku dan tingkah laku aku mempengaruhi orang yang berada di sekeliling aku. Kalau emosi aku down, emosi kawan-kawan aku pun akan down. Tak kiralah jauh mana pun kami berada, mesti ada yang sama macam aku. Bila emosi aku up, orang-orang sekeliling aku mesti ok punya. Jadi aku kena sentiasa pastikan emosi aku, mental aku, fizikal aku dan kerohanian aku semuanya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Barulah semua yang berada di sekeliling aku akan ok. Tapi aku tau keadaan tak semestinya 'ideal' kerana kita hidup di dunia dan bukannya syurga. Dan dunia selalunya tidak memberikan yang ideal kepada kita. Justeru itu kita perlu mencari yang terbaik kerana yang terbaik itu adalah sesuatu yang paling bernilai selepas ideal. Terbaik dalam menghadapi segala-galanya. Aku percaya kalau kita berusaha untuk mencari yang terbaik, Tuhan tak akan mensia-siakan usaha kita.

Dekat luar hujan. Aku keseorangan kat rumah. Bapa aku macam biasa. Sibuk dengan aktiviti luar. Dengan parti politiknya, dengan JKK nya, dengan koperasinya. Kesibukan bapa aku ni sedikit sebanyak mempengaruhi aku. Lagipun berada dalam keadaan sibuk kan lebih baik. Masa tak terbuang macam tu je, banyak ilmu boleh dapat, banyak kenalan, banyak tahu...dan banyak lagi kelebihan(sebenarnya tak tahu nak tulis banyak apa lagi...;P )

"Orang yang kata dia tak ada masa sebenarnya bukanlah orang yang sibuk tetapi orang yang malas."

"Bangun pagi pergi kerja, malam makan, tidur. Bangun pagi pergi kerja, malam makan, tidur. Itu bukan manusia, itu lembu."-Hamka

Aku selalu ingat dua perkara ni. Sebab tu aku rasa rugi sangat kalau aku tak gunakan masa aku dengan sepenuhnya. Walaupun aku ni aktif. Tapi aku masih lagi rasa kekurangan. Kepuasan tu masih kurang. Aku tak tahu apa aku cari sebenarnya.

Zaman single dulu, bila tengok orang lain berpasangan, kita pun teringin nak macam tu jugak. Bila dah ada partner, minta doa supaya jadi single balik sebab rasanya single is better than couple. Hahaha...dulu zaman nakal2 (dulu la..) aku siap boleh pasang spare part lagi. Pastu Tuhan bayar cash kat aku. Terlepas seseorang yang betul2 aku bayangkan aku bawa dia balik jumpa atuk nenek aku. Iyerla, berpewatakan ustazah, cantik, alim, professional, putih, etc...pendek kata pakej lengkap. Tapi aku yang buat @$#%^. Tapi takpe, benda tu jadi satu pengajaran supaya aku aim kepada yang terbaik dan bukannya mengharap yang ideal. Dan pengajaran supaya aku tak sia-siakan orang di sekeliling aku kerana mana tahu salah seorangnya bakal menjadi teman hidup aku. Who knows? Kadangkala kita terlampau mencari sesuatu yang kita rasakan jauh padahal benda tu tersangatlah dekat dengan kita. Moral of the story : Jangan buat !@#$% kat orang kalau kita tak nak orang buat !@#$% kat kita.

Alhamdulillah...aku bersyukur dengan hidup aku sekarang. Walaupun sedikit kesunyian disebabkan aku keseorangan, tetapi kesunyian tu terubat oleh orang-orang yang berada di sekeliling aku. Selaku manusia biasa, aku tak boleh nak menafikan perasaan dalam diri untuk tertarik pada seseorang. Biasalah, Nabi Adam yang berada di syurga yang cukup nikmat pun masih terasa kesunyian, inikan pula aku di dunia ni. Namun aku bersyukur kerana Tuhan bagi aku peluang untuk aku bentukkan diri aku menjadi insan terbaik. Kawan-kawan, korang banyak membantu aku untuk menjadi terbaik dan untuk hidup kat kota Kuala Lumpur ni. Aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan kawan2 yang baik macam korang. Terima kasih kawan-kawan dari Yayasan Salam. Terima kasih kawan-kawan IOA. Terima kasih kawan-kawan MPAJ. Terima kasih kawan2 di Vads, HalaL Training. Terima kasih kawan2 di MBC.. Terima kasih kawan-kawan belia. Terima kasih semua. Korang semua menceriakan hidup aku. Tanpa korang dunia ni tak bererti sebegini. Aku sayang korang semua. MMmmuuuaaahhh.........!!!!!!!

Tuesday, March 23, 2010

Bulan Mac

Aku nak tulis pengalaman aku sepanjang bulan ni sebenarnya. Walaupun bulan ni aku tak kerja, aktiviti aku sentiasa penuh dan non-stop. Cumanya, aktiviti aku taklah sepenuh time aku kerja. Sebab kalau keje, of course 1/8 dari masa aku digunakan untuk keje. Tapi masa kerja tu aku gantikan dengan masa untuk aku berada di rumah. Paling lama aku berada di rumah dalam masa hampir lima tahun ni ialah dua minggu. Itupun lepas aku habis belajar dan habis hantar final project aku kat lecturer. Lepas dua minggu tu..aku kembali bz. Cuma sekarang aku free sikit. Itupun lepas tak tahu nak buat apa lepas balik dari Kelantan dan Terengganu.

Bulan Mac ni memang menarik. Aku banyak travel semenanjung Malaysia. Dua minggu pertama aku duduk kat rumah teman adik aku bercuti. Lepas tu aku pergi melaka untuk sehari. Lepas melaka, aku gerak pegi Terengganu untuk panjat gunung. Balik dari Terengganu, aku rehat di rumah sewa aku kat KL untuk sehari dan keesokkanya aku terus bergerak ke Perak. Habis program kat Perak, aku balik Pulau Pinang. Lepas ni? Tak tahu lagi. Ada beberapa aktiviti dan program dalam susunan untuk dipilih.

Dalam perancangan aku, aku ingat aku nak sambung belajar. Keje pn nak jugak kalau dapat. Aku baru pegi interview kt satu badan kerajaan di Kuala Lumpur. Dan aku harap dan percaya bahawa aku akan dapat, InsyaAllah. Cuma selaku manusia, kita haruslah merancang dengan sebaiknya dan selebihnya berserahlah kepada Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Doakan aku kawan-kawan supaya aku tahu apa yang aku cari dan aku tahu apa yang aku cita-citakan.

Hang Jebat

Aku baru je lepas tengok cite Hang Tuah kat TV2. Tiba2 rasa terharu lak lihat pengorbanan Hang Jebat untuk menuntut bela di atas kematian sahabatnya Hang Tuah. Hang Jebat sanggup mati di tangan sahabatnya sendiri. Aku pun tak faham dengan si Tuah ni, terlampau taat kepada raja sampai sanggup membunuh sahabatnya sendiri. Aku rasa ini disebabkan oleh kepercayaan ataupun fahaman yang dipegang oleh si Tuah yang mana dia anggap 'Pantang orang Melayu menderhaka'.

Aku tak dapat fikirkan reason yang lebih baik untuk Tuah sentiasa taat kepada Raja. Nak katakan Raja tu berdaulat..dia kan ada Taming Sari. So, nak takut apa? Aku tau Raja dulu-dulu memang berdaulat. Tetapi daulatnya itu adalah disebabkan oleh 'peliharaannya'. Bukannya dia berdaulat kerana dia seorang yang suci ataupun anak tuhan. Raja pun manusia biasa macam kita gak. Cuma mungkin fahaman animisme dan fahaman agama Hindu masih menular lagi di dalam diri masyarakat zaman dahulu. Sebab tu raja dianggap sebagai seseorang yang tidak boleh disentuh dan berkuasa penuh. Dan oleh sebab itulah raja-raja ini menggunakan kuasa pemerintahan yang ada padanya dengan sewenang-wenangnya. Tapi kan, kalau raja tu berdaulat, kenapa nak takut bila Jebat mengamuk dalam istana. Tak payah lari pun takpe. Jebat bukan boleh buat apa-apa pun kalau raja tu betul-betul 'berdaulat'.

Seiring dengan perubahan zaman, pemikiran manusia turut berubah. Pada hari ini Raja-raja tidak lagi dianggap sebagai seorang yang suci dan tidak boleh disentuh. Raja pun boleh kena saman dan boleh diambil tindakan mahkamah. Malah Raja hari ini juga menggunakan mahkamah untuk membersihkan arang yang telah diconteng di muka mereka. Namun apa yang aku ingin perkatakan di sini bukanlah perihal raja melainkan perihal Hang Jebat sebagai pembela kebenaran. Kalau suatu masa dahulu, masyarakat melabelkan Hang Jebat sebagai penderhaka, masyarakat sekarang melabelkan Hang Jebat sebagai wira. Kalau suatu masa dahulu masyarakat melabelkan Hang Tuah sebagai Wira, masyarakat hari ini tidak lagi melabelkannya demikian. Zaman berubah dan pemikiran manusia turut berubah.

Seperti kata Adi Putra, 'Gunakan ilmu itu sebagai pembela keadilan dan penegak kebenaran.' Jebat telah mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya di Gunung Ledang itu dengan baik.

'Kalau suatu masa nanti orang bertanyakan kenapa Jebat menderhaka, pasti orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil.'

'Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung kudaki, kudaki juga.'

Di manakah kita boleh mencari orang seperti ini. Yang sanggup menuntut bela di atas kematian kawannya secara tidak adil. Yang sanggup menentang raja semata-mata kerana inginkan keadilan. Yang sanggup dicaci oleh sejarah ratusan tahun sebelum sejarah mengiktirafnya sebagai wira. Yang sanggup mati kerana mempertahan pendirian. Yang sanggup memberikan kerisnya sendiri kepada kawan yang dibelanya supaya dengan keris itu dapatlah dibunuh dirinya sendiri.

Aku betul-betul kagum dengan Jebat.