Tengah dengar muzik untuk dapatkan kembali momentum diri yang mula menghilang. Kadang kala tak tahu kenapa diri rasa lemah je. Diri rasa malas. Kemahuan ada, tapi dikalahkan oleh sikap. Sikap tak nak menuruti kehendak kemahuan. Kalau sibuk, sibuk betul. Tapi kalau tak sibuk...otak pulak rasa macam 'sangkut'. Semuanya berkaitan dengan masa. Kalau aku boleh pindahkan masa, akan aku pindahkan masa ikut kesesuaian. Masa aku sibuk, aku akan tambahkan masa. Masa aku tak sibuk, aku kurangkan masa. Jadi aku taklah membazir masa. Dah la masa tak boleh dibeli. Setiap detik tu begitu beharga tapi aku boleh bazirkan masa tu macam tu je. Macam tak ada nilai. Macam sampah di tepi jalan. Pandang pun tak nak, kutip pun tak nak.
Aku tak suka bazirkan masa aku macam tu je. Tapi nak ubah sikap, nak ubah minda bukan satu perkara yang senang. Dan bukan juga satu perkara yang mustahil. Semuanya berbalik pada diri. Diri yang menentukan hala tuju jalan yang hendak dipilih. Kita boleh pilih jalan yang senang, kita juga boleh pilih jalan yang susah. Apa yang lagi penting, kita perlu pilih jalan yang lurus. Sebab jalan yang lurus adalah jalan yang paling dekat untuk sampai ke destinasi sekiranya jalan lurus yang kita ikuti itu adalah jalan yang betul.
Satu benda yang aku selalu perasan ialah emosi aku dan tingkah laku aku mempengaruhi orang yang berada di sekeliling aku. Kalau emosi aku down, emosi kawan-kawan aku pun akan down. Tak kiralah jauh mana pun kami berada, mesti ada yang sama macam aku. Bila emosi aku up, orang-orang sekeliling aku mesti ok punya. Jadi aku kena sentiasa pastikan emosi aku, mental aku, fizikal aku dan kerohanian aku semuanya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Barulah semua yang berada di sekeliling aku akan ok. Tapi aku tau keadaan tak semestinya 'ideal' kerana kita hidup di dunia dan bukannya syurga. Dan dunia selalunya tidak memberikan yang ideal kepada kita. Justeru itu kita perlu mencari yang terbaik kerana yang terbaik itu adalah sesuatu yang paling bernilai selepas ideal. Terbaik dalam menghadapi segala-galanya. Aku percaya kalau kita berusaha untuk mencari yang terbaik, Tuhan tak akan mensia-siakan usaha kita.
Dekat luar hujan. Aku keseorangan kat rumah. Bapa aku macam biasa. Sibuk dengan aktiviti luar. Dengan parti politiknya, dengan JKK nya, dengan koperasinya. Kesibukan bapa aku ni sedikit sebanyak mempengaruhi aku. Lagipun berada dalam keadaan sibuk kan lebih baik. Masa tak terbuang macam tu je, banyak ilmu boleh dapat, banyak kenalan, banyak tahu...dan banyak lagi kelebihan(sebenarnya tak tahu nak tulis banyak apa lagi...;P )
"Orang yang kata dia tak ada masa sebenarnya bukanlah orang yang sibuk tetapi orang yang malas."
"Bangun pagi pergi kerja, malam makan, tidur. Bangun pagi pergi kerja, malam makan, tidur. Itu bukan manusia, itu lembu."-Hamka
Aku selalu ingat dua perkara ni. Sebab tu aku rasa rugi sangat kalau aku tak gunakan masa aku dengan sepenuhnya. Walaupun aku ni aktif. Tapi aku masih lagi rasa kekurangan. Kepuasan tu masih kurang. Aku tak tahu apa aku cari sebenarnya.
Zaman single dulu, bila tengok orang lain berpasangan, kita pun teringin nak macam tu jugak. Bila dah ada partner, minta doa supaya jadi single balik sebab rasanya single is better than couple. Hahaha...dulu zaman nakal2 (dulu la..) aku siap boleh pasang spare part lagi. Pastu Tuhan bayar cash kat aku. Terlepas seseorang yang betul2 aku bayangkan aku bawa dia balik jumpa atuk nenek aku. Iyerla, berpewatakan ustazah, cantik, alim, professional, putih, etc...pendek kata pakej lengkap. Tapi aku yang buat @$#%^. Tapi takpe, benda tu jadi satu pengajaran supaya aku aim kepada yang terbaik dan bukannya mengharap yang ideal. Dan pengajaran supaya aku tak sia-siakan orang di sekeliling aku kerana mana tahu salah seorangnya bakal menjadi teman hidup aku. Who knows? Kadangkala kita terlampau mencari sesuatu yang kita rasakan jauh padahal benda tu tersangatlah dekat dengan kita. Moral of the story : Jangan buat !@#$% kat orang kalau kita tak nak orang buat !@#$% kat kita.
Alhamdulillah...aku bersyukur dengan hidup aku sekarang. Walaupun sedikit kesunyian disebabkan aku keseorangan, tetapi kesunyian tu terubat oleh orang-orang yang berada di sekeliling aku. Selaku manusia biasa, aku tak boleh nak menafikan perasaan dalam diri untuk tertarik pada seseorang. Biasalah, Nabi Adam yang berada di syurga yang cukup nikmat pun masih terasa kesunyian, inikan pula aku di dunia ni. Namun aku bersyukur kerana Tuhan bagi aku peluang untuk aku bentukkan diri aku menjadi insan terbaik. Kawan-kawan, korang banyak membantu aku untuk menjadi terbaik dan untuk hidup kat kota Kuala Lumpur ni. Aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan kawan2 yang baik macam korang. Terima kasih kawan-kawan dari Yayasan Salam. Terima kasih kawan-kawan IOA. Terima kasih kawan-kawan MPAJ. Terima kasih kawan2 di Vads, HalaL Training. Terima kasih kawan2 di MBC.. Terima kasih kawan-kawan belia. Terima kasih semua. Korang semua menceriakan hidup aku. Tanpa korang dunia ni tak bererti sebegini. Aku sayang korang semua. MMmmuuuaaahhh.........!!!!!!!
Salam ziarah
ReplyDeleterajinnya tulis panjang-panjang. best gak cerita kau, terlepas awek yang cukup lengkap pakej nya. takpe, Allah tau apa yang terbaik untuk kita.. :)
Salam Ukhuwah ..
ReplyDeletewah ada package yg tiptop terlepas sudah adusss .. takper insyaALLAH sesuatu yg terjadi tuh ada hikmahnya ..