Wednesday, March 24, 2010

Monolog diri

Tengah dengar muzik untuk dapatkan kembali momentum diri yang mula menghilang. Kadang kala tak tahu kenapa diri rasa lemah je. Diri rasa malas. Kemahuan ada, tapi dikalahkan oleh sikap. Sikap tak nak menuruti kehendak kemahuan. Kalau sibuk, sibuk betul. Tapi kalau tak sibuk...otak pulak rasa macam 'sangkut'. Semuanya berkaitan dengan masa. Kalau aku boleh pindahkan masa, akan aku pindahkan masa ikut kesesuaian. Masa aku sibuk, aku akan tambahkan masa. Masa aku tak sibuk, aku kurangkan masa. Jadi aku taklah membazir masa. Dah la masa tak boleh dibeli. Setiap detik tu begitu beharga tapi aku boleh bazirkan masa tu macam tu je. Macam tak ada nilai. Macam sampah di tepi jalan. Pandang pun tak nak, kutip pun tak nak.

Aku tak suka bazirkan masa aku macam tu je. Tapi nak ubah sikap, nak ubah minda bukan satu perkara yang senang. Dan bukan juga satu perkara yang mustahil. Semuanya berbalik pada diri. Diri yang menentukan hala tuju jalan yang hendak dipilih. Kita boleh pilih jalan yang senang, kita juga boleh pilih jalan yang susah. Apa yang lagi penting, kita perlu pilih jalan yang lurus. Sebab jalan yang lurus adalah jalan yang paling dekat untuk sampai ke destinasi sekiranya jalan lurus yang kita ikuti itu adalah jalan yang betul.

Satu benda yang aku selalu perasan ialah emosi aku dan tingkah laku aku mempengaruhi orang yang berada di sekeliling aku. Kalau emosi aku down, emosi kawan-kawan aku pun akan down. Tak kiralah jauh mana pun kami berada, mesti ada yang sama macam aku. Bila emosi aku up, orang-orang sekeliling aku mesti ok punya. Jadi aku kena sentiasa pastikan emosi aku, mental aku, fizikal aku dan kerohanian aku semuanya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Barulah semua yang berada di sekeliling aku akan ok. Tapi aku tau keadaan tak semestinya 'ideal' kerana kita hidup di dunia dan bukannya syurga. Dan dunia selalunya tidak memberikan yang ideal kepada kita. Justeru itu kita perlu mencari yang terbaik kerana yang terbaik itu adalah sesuatu yang paling bernilai selepas ideal. Terbaik dalam menghadapi segala-galanya. Aku percaya kalau kita berusaha untuk mencari yang terbaik, Tuhan tak akan mensia-siakan usaha kita.

Dekat luar hujan. Aku keseorangan kat rumah. Bapa aku macam biasa. Sibuk dengan aktiviti luar. Dengan parti politiknya, dengan JKK nya, dengan koperasinya. Kesibukan bapa aku ni sedikit sebanyak mempengaruhi aku. Lagipun berada dalam keadaan sibuk kan lebih baik. Masa tak terbuang macam tu je, banyak ilmu boleh dapat, banyak kenalan, banyak tahu...dan banyak lagi kelebihan(sebenarnya tak tahu nak tulis banyak apa lagi...;P )

"Orang yang kata dia tak ada masa sebenarnya bukanlah orang yang sibuk tetapi orang yang malas."

"Bangun pagi pergi kerja, malam makan, tidur. Bangun pagi pergi kerja, malam makan, tidur. Itu bukan manusia, itu lembu."-Hamka

Aku selalu ingat dua perkara ni. Sebab tu aku rasa rugi sangat kalau aku tak gunakan masa aku dengan sepenuhnya. Walaupun aku ni aktif. Tapi aku masih lagi rasa kekurangan. Kepuasan tu masih kurang. Aku tak tahu apa aku cari sebenarnya.

Zaman single dulu, bila tengok orang lain berpasangan, kita pun teringin nak macam tu jugak. Bila dah ada partner, minta doa supaya jadi single balik sebab rasanya single is better than couple. Hahaha...dulu zaman nakal2 (dulu la..) aku siap boleh pasang spare part lagi. Pastu Tuhan bayar cash kat aku. Terlepas seseorang yang betul2 aku bayangkan aku bawa dia balik jumpa atuk nenek aku. Iyerla, berpewatakan ustazah, cantik, alim, professional, putih, etc...pendek kata pakej lengkap. Tapi aku yang buat @$#%^. Tapi takpe, benda tu jadi satu pengajaran supaya aku aim kepada yang terbaik dan bukannya mengharap yang ideal. Dan pengajaran supaya aku tak sia-siakan orang di sekeliling aku kerana mana tahu salah seorangnya bakal menjadi teman hidup aku. Who knows? Kadangkala kita terlampau mencari sesuatu yang kita rasakan jauh padahal benda tu tersangatlah dekat dengan kita. Moral of the story : Jangan buat !@#$% kat orang kalau kita tak nak orang buat !@#$% kat kita.

Alhamdulillah...aku bersyukur dengan hidup aku sekarang. Walaupun sedikit kesunyian disebabkan aku keseorangan, tetapi kesunyian tu terubat oleh orang-orang yang berada di sekeliling aku. Selaku manusia biasa, aku tak boleh nak menafikan perasaan dalam diri untuk tertarik pada seseorang. Biasalah, Nabi Adam yang berada di syurga yang cukup nikmat pun masih terasa kesunyian, inikan pula aku di dunia ni. Namun aku bersyukur kerana Tuhan bagi aku peluang untuk aku bentukkan diri aku menjadi insan terbaik. Kawan-kawan, korang banyak membantu aku untuk menjadi terbaik dan untuk hidup kat kota Kuala Lumpur ni. Aku bersyukur sangat-sangat dikurniakan kawan2 yang baik macam korang. Terima kasih kawan-kawan dari Yayasan Salam. Terima kasih kawan-kawan IOA. Terima kasih kawan-kawan MPAJ. Terima kasih kawan2 di Vads, HalaL Training. Terima kasih kawan2 di MBC.. Terima kasih kawan-kawan belia. Terima kasih semua. Korang semua menceriakan hidup aku. Tanpa korang dunia ni tak bererti sebegini. Aku sayang korang semua. MMmmuuuaaahhh.........!!!!!!!

Tuesday, March 23, 2010

Bulan Mac

Aku nak tulis pengalaman aku sepanjang bulan ni sebenarnya. Walaupun bulan ni aku tak kerja, aktiviti aku sentiasa penuh dan non-stop. Cumanya, aktiviti aku taklah sepenuh time aku kerja. Sebab kalau keje, of course 1/8 dari masa aku digunakan untuk keje. Tapi masa kerja tu aku gantikan dengan masa untuk aku berada di rumah. Paling lama aku berada di rumah dalam masa hampir lima tahun ni ialah dua minggu. Itupun lepas aku habis belajar dan habis hantar final project aku kat lecturer. Lepas dua minggu tu..aku kembali bz. Cuma sekarang aku free sikit. Itupun lepas tak tahu nak buat apa lepas balik dari Kelantan dan Terengganu.

Bulan Mac ni memang menarik. Aku banyak travel semenanjung Malaysia. Dua minggu pertama aku duduk kat rumah teman adik aku bercuti. Lepas tu aku pergi melaka untuk sehari. Lepas melaka, aku gerak pegi Terengganu untuk panjat gunung. Balik dari Terengganu, aku rehat di rumah sewa aku kat KL untuk sehari dan keesokkanya aku terus bergerak ke Perak. Habis program kat Perak, aku balik Pulau Pinang. Lepas ni? Tak tahu lagi. Ada beberapa aktiviti dan program dalam susunan untuk dipilih.

Dalam perancangan aku, aku ingat aku nak sambung belajar. Keje pn nak jugak kalau dapat. Aku baru pegi interview kt satu badan kerajaan di Kuala Lumpur. Dan aku harap dan percaya bahawa aku akan dapat, InsyaAllah. Cuma selaku manusia, kita haruslah merancang dengan sebaiknya dan selebihnya berserahlah kepada Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Doakan aku kawan-kawan supaya aku tahu apa yang aku cari dan aku tahu apa yang aku cita-citakan.

Hang Jebat

Aku baru je lepas tengok cite Hang Tuah kat TV2. Tiba2 rasa terharu lak lihat pengorbanan Hang Jebat untuk menuntut bela di atas kematian sahabatnya Hang Tuah. Hang Jebat sanggup mati di tangan sahabatnya sendiri. Aku pun tak faham dengan si Tuah ni, terlampau taat kepada raja sampai sanggup membunuh sahabatnya sendiri. Aku rasa ini disebabkan oleh kepercayaan ataupun fahaman yang dipegang oleh si Tuah yang mana dia anggap 'Pantang orang Melayu menderhaka'.

Aku tak dapat fikirkan reason yang lebih baik untuk Tuah sentiasa taat kepada Raja. Nak katakan Raja tu berdaulat..dia kan ada Taming Sari. So, nak takut apa? Aku tau Raja dulu-dulu memang berdaulat. Tetapi daulatnya itu adalah disebabkan oleh 'peliharaannya'. Bukannya dia berdaulat kerana dia seorang yang suci ataupun anak tuhan. Raja pun manusia biasa macam kita gak. Cuma mungkin fahaman animisme dan fahaman agama Hindu masih menular lagi di dalam diri masyarakat zaman dahulu. Sebab tu raja dianggap sebagai seseorang yang tidak boleh disentuh dan berkuasa penuh. Dan oleh sebab itulah raja-raja ini menggunakan kuasa pemerintahan yang ada padanya dengan sewenang-wenangnya. Tapi kan, kalau raja tu berdaulat, kenapa nak takut bila Jebat mengamuk dalam istana. Tak payah lari pun takpe. Jebat bukan boleh buat apa-apa pun kalau raja tu betul-betul 'berdaulat'.

Seiring dengan perubahan zaman, pemikiran manusia turut berubah. Pada hari ini Raja-raja tidak lagi dianggap sebagai seorang yang suci dan tidak boleh disentuh. Raja pun boleh kena saman dan boleh diambil tindakan mahkamah. Malah Raja hari ini juga menggunakan mahkamah untuk membersihkan arang yang telah diconteng di muka mereka. Namun apa yang aku ingin perkatakan di sini bukanlah perihal raja melainkan perihal Hang Jebat sebagai pembela kebenaran. Kalau suatu masa dahulu, masyarakat melabelkan Hang Jebat sebagai penderhaka, masyarakat sekarang melabelkan Hang Jebat sebagai wira. Kalau suatu masa dahulu masyarakat melabelkan Hang Tuah sebagai Wira, masyarakat hari ini tidak lagi melabelkannya demikian. Zaman berubah dan pemikiran manusia turut berubah.

Seperti kata Adi Putra, 'Gunakan ilmu itu sebagai pembela keadilan dan penegak kebenaran.' Jebat telah mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya di Gunung Ledang itu dengan baik.

'Kalau suatu masa nanti orang bertanyakan kenapa Jebat menderhaka, pasti orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil.'

'Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung kudaki, kudaki juga.'

Di manakah kita boleh mencari orang seperti ini. Yang sanggup menuntut bela di atas kematian kawannya secara tidak adil. Yang sanggup menentang raja semata-mata kerana inginkan keadilan. Yang sanggup dicaci oleh sejarah ratusan tahun sebelum sejarah mengiktirafnya sebagai wira. Yang sanggup mati kerana mempertahan pendirian. Yang sanggup memberikan kerisnya sendiri kepada kawan yang dibelanya supaya dengan keris itu dapatlah dibunuh dirinya sendiri.

Aku betul-betul kagum dengan Jebat.


Wednesday, March 3, 2010

Setia pada yang Satu

Aku tak boleh tido. Mungkin sebab aku dah 'terlebih' tdo ptg tadi..sbb tu aku tak dapat tdo. Jam dah menunjukkan pukul 3.36 pagi waktu tempatan. Nasib baik kat rumah aku ni ada internet. Dapat jugakla aku keliling dunia maya hanya dengan menggunakan hujung jari aku saja tanpa perlu bergerak ke mana-mana. Padahal esok pagi banyak benda aku kena buat. Aku kena settlekan borang ini, kena poskan borang itu, kena baiki hp, baca buku, memasak, etc..tp disebabkan malam ni aku tdo lewat..aku tak tau aku akan start buat semua tu pukul berapa esok pagi. Harap2nya awal pagi aku dh boleh bangun settlekn semua tu(harap2nye lah..)

Dalam melayari alam maya ni, aku jumpa balik kawan lama aku..si rhemi gonzalez..(sori rhemi tetibe sdap plak letak gonzalez blakang nma ko). Lama betul kitorang tak jumpa. Tibe2 terasa rindu kat kawan2 lama. Pastu teringat pulak kat kawan aku (welcome to d club) yang jiwa kaco kat kl skarang ni. Sian dia tanpa aku sbgai penasihat di sisi =) Then teringat pulak kat budak2 Nur Salam...lama tak jumpa diorang. Sambil teringat kat kawan2, sambil tu tangan aku menari2 kat diorng punya fb punya kawan(berbelit-belit pulak!). Macam2 jenis orang kita boleh jumpa. Dan selaku lelaki normal, aku boleh katakan bermacam2 ppuan aku boleh lihat kat dlm fb kwan2 aku ni...=P kesemuanya lawa2 dan cantik2 belaka. Rambang mata jugaklah...

Aku sedar tentang satu perkara. Makin ramai perempuan cantik dalam Malaysia ni (^_^)

Tapi jangan ingat aku ni kaki perempuan pulak. Walaupun aku ni banyak kawan perempuan, tapi aku takla sejahat tu. Aku seorang lelaki yang sangat gentleman(gntleman la sangat...). Kalau tak percaya, tanyalah kawan2 perempuan aku. Mesti diorang cakap aku ni jenis setia pada yang satu. Betul aku tak tipu. Setia pada yang satu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Satu tempat satu !!! (^_^)"

Jumpa lagi.

p/s : Sebenarnye tak tau nak tulis ape time tak dapat tdo ni. So..keluarla entry merapu ni. Daripada aku mmbuang masa, lebih baek aku menulis. Dapat juga mengasah bakat penulisan aku. Lain kali aku akan keluarkan entry yg lagi bernas.

Wassalam...



Monday, March 1, 2010

Masalah vs Peluang

Hidup ini indah kalau kita tahu macamana nak mencorakkannya.

Seringkali dalam hidup kita akan bertemu dengan pelbagai ragam masalah. Dan kadangkala masalah datang bertimpa-timpa tanpa ada nokhtah. Sehinggakan apabila tidak ada masalah yang mendatang, kita akan merasakan perkara itu seperti sesuatu yang tidak normal.

Sebutkan saja siapa yang tidak pernah ada masalah dalam hidupnya? Pemimpin? artis? orang agama? sebutkan siapa saja pasti kita tidak akan pernah ketemu orang yg tidak pernah mempunyai masalah dalam hidupnya. Yang kita ketemu hanyalah orang yang pandai menyembunyikan masalahnya dan berlagak seolah-olah masalah tidak pernah menimpa dalam hidupnya.

Menurut pandangan peribadi aku, masalah itu bergantung kepada cara kita melihatnya. Sekiranya kita melihatnya dari satu sudut iaitu sudut masalah, maka ia akan menjadi masalah. TETAPI..sekiranya kita mengubah sudut pandangan kita..kita melihatnya dari sudut RUANG & PELUANG, maka ianya tidak akan lagi menjadi masalah sebaliknya ia akan menjadi batu loncatan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.