Thursday, December 24, 2009

Khamis,24/12/09

Hari ini perasaan dan pemikiran aku bercampur baur. Ada gembira, ada sedih, ada rasa terkilan, ada rasa bersalah dan macam-macam perkara bermain dalam diri aku. Semuanya disebabkan persekitaran yang aku alami hari ini dan kelemahan diri aku sendiri.

Aku berasa gembira kerana semalam test mock call, aku tak ada fatal...alhamdulillah,segala pujian bagi Allah.

Aku berasa gembira kerana training hari ini begitu santai sekali..tq miss aed..

Tapi kegembiraan tu sedikit diragut oleh id yang telah diberikan kepada aku : NAQIN

Nama yg begitu cantik diberi oleh mak abah aku...ditulisnya naqin. Kalau ini disebabkan kesilapan ak sndri(silap isi borang ke) xpe la jugak. Tapi ini bukan silap aku...pekerja kt bahagian sumber manusia yg wat sume ni..ak xtau apa motif dia wat mcmni tp menurut penaklukan kwan2 aku..maybe dia salah type sbb huruf B dan N letaknye bsebelahan dlm keyboard komp. Kalau tak caya...tgk sendiri...maybe dia nak tekan B tp tertekan N sbb taip cepat sangat (ayat nak sedapkan hati aku). Apepn ak rsa Isnin ni ak kna jmpa bhgian Human Resource ni dn clarifykn btul2 yang nama aku takkan silap lagi lepas ni.

Kemudian...kegembiraan ak btambah sbb ada org belanja ak mkn cendol arini..tq arms..

Then..kebest-an itu bertambah bila time abis keje...kawan2 aku bgtau gaji dh masuk...(^_^)

On d way balik tu...hati ak dh bbelah bagi...smada nak balik rumah terus..or nak gi jumpa kawan aku..waktu bawa moto tu..hati aku tak tenteram. Tapi aku tahu..di persimpangan terakhir..aku kena buat keputusan dengan cepat..samaada belok ke kanan atau ke kiri.. Kalau aku belok ke kanan bermakna aku akan terus balik ke rumah. Tapi kalau aku belok ke kiri, bermakna aku akan pergi berjumpa dengan kawan aku. Waktu tu dalam hati aku ..hanya Allah yang tahu. Aku bercakap dengan diri aku sendiri. Aku yakinkan diri aku yang aku takkan rugi kalau aku pergi jumpa kawan dan aku akan rugi kalau aku balik rumah. Pertembungan antara bisikan baik dan bisikan tak berapa baik dalam diri aku..dimenangi oleh bisikan baik...alhamdulillah..bersyukur pada Allah.

Tapi yang menariknya...bila kita nak buat baek, mesti banyak dugaan yang datang. Bila kita nak buat jahat..senang je...Bila ak nak ikut bisikan baek..boleh pulak aku sesat dalam KL tu. Berpusing-pusing jugakla nak cari tempat. Jalan yang aku sesat tu pulak menghala ke rumah aku. Kalau la bisikan dalm hati aku tak berapa kuat...msti aku terus balik rumah. Tapi aku gagahkan jugak dan akhirnya sampaila aku ke destinasi yang hendak dituju. Syukur.

..................................................................................................................................................

Hari ini ak gi semayang kat Masjid Negara. Tergerak ati nak gi semayang kat masjid ni so aku pergilah...Masjid ni dibina pada tahun 1963 dan siap pada Ogos 1965. Masjid ni boleh menampung 15,000 orang dalam satu-satu masa. Masjid ni juga menjadi pusat untuk aktiviti pembelajaran dan sosial. Ada kelas pengajian agama dijalankan untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kalau sape2 nk kawen pun blh buat kat sini. Aku bertuah kerana baru beberapa kali datang ke Masjid Negara, aku dah dapat beberapa orang kawan baru...aku rasa dalam lebih kurang 4orang. Tadi salah seorang kawan baru aku siap bagi aku masuk office dia n guna komp dia lagi. Xke best camtu...baru kenal tp macam dh lama kenal..

Kat Masjid Negara ni ada beberapa orang sukarelawan terutamanya dari ABIM yang tugasnya ialah melayan pelancong yang datang. Yang bestnya, mereka ni akan menerangkan tentang kecantikan Islam kepada para pelancong. Itu yang menyebabkan aku suka datang ke Masjid ni. Aku boleh belajar banyak perkara. InsyaAllah aku pun nak jadi sukarelawan mcmtu jugak tp ilmu yang ada tak cukup...=P

Ada tiga orang lelaki yang jumpa aku hari ini. Ketiga-tiga lelaki ini ialah orang susah. Aku tak nak fikir diorang ni betul-betul susah ke tak sebab kalau aku fikir camtu dah macam bersangka buruk pulak. Tapi klu tak fikir mcmtu aku takut ditipu pulak. Tapi aku ingat lagi kata-kata mak aku..."Klu ada orang susah minta tolong, kita bantu dia. Kalau dia nak tipu, itu antara dia dan Allah.." hujah mak aku. Inilah satu-satunya hujah mak aku yang aku tak dapat nak counter attact balik. Tapi aku punya prinsip..aku tengok orang gak. Kalau dah tiap2 hari minta duit..badan sihat..itu bukan susah..tapi itu pemalas. Tapi ketiga-tiga lelaki yang aku jumpa ni memang menginsafkan aku.

Aku tak dapat nak bayangkan, apa aku akan buat kalau aku di tempat diorang. Lelaki pertama ni jenis senyap je..Datang kat aku dan tibe2 kuarkan kertas. Time tu aku duduk kat belakang masjid...tgh bca pamplet pasal masjid negara(sbb tu aku blh cite sikit sebanyak pasal masjid negara). Aku pun bacala kertas tu..tpi aku tak sempat nak baca sampai habis sbb aku tengok ada pelancong yang datang n kawan aku yang uruskan penerangan psl masjid ni takde. Aku bergegaslah nk ke tempat pelancong tu dengan harapan dapatla aku citer skit sbnyak psl masjid ni. Tapi aku dapat tngkapla isi surat tu minta duit...sbb apa aku pn dh xingat.

Orang kedua yang jumpa aku ialah seorang cina muslim. Nama dia Muhammad bin Cheah(klu xsilap aku). Dia duduk kat Pulau Pinang tetapi dia masuk Islam kat Perlis. Dia bagi salam kat aku, aku jawabla dengan ramahnya. Dia pun ceritalah pasal bapa dia halau dia sebab dia masuk Islam. Dia susah, duduk KL pn menumpang masjid kat Maluri. Dia nak cari duit tambang nak balik Perlis. Dia kata dia dah minta tlg Perkim tapi bila dia pergi sana, orang sana kata kalau dia nak minta duit, Perkim xde duit (Ini dia yang claim, kebenarannya Wallahualam). Aku tak sebelahi mana-mana pihak. Aku pun tolong ape yang patut. Aku call ustaz aku and tanya dia apa yang ptut aku buat. Ustaz aku suggestkan supaya aku jumpa imam Masjid tu dan minta tolong dia. Tapi office dah tutup. Nasiblah malam tu ada ceramah maal hijrah. Aku suruh dia makan malam n tdo kat Masjid Negara tu. Esoknya pergi daftar kelas agama sebab kawan aku kata klu muallaf ikut kelas agama, muallaf tu akan dapat RM25.

Aku just dpt tolong setakat menggunakan kudrat aku je...

Lepas maghrib (sebelum ceramah Maal Hijrah), aku pun berangkat untuk pulang. Di pertengahan jalan, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30-an tegur aku. Dia tunjukkan surat laporan polis. Dia kata dompet dan hp dia kena curi kat Masjid. Astaghfirullah...aku tak sangka kat rumah Allah pun orang sanggup curi. Dia kata dia baru datang dari Kelantan untuk keje baiki hp. Dia siap tunjukkan kaki dia yang melecet. Pastu siap nangis lagi. Dia nak minta duit nak balik Kelantan. Tapi aku kata aku tak ada duit. Aku offer dia guna hp aku untuk call sape2...kawan2 dia kat KL ke, orang rumah dia kat Kelantan ke..tp dia kata dia xigt. Semua no tu ada kat dalam hp yg kena curi tu.. Aku just dapat advicekn dia makan n tdo kat Masjid Negara dulu then esok pagi ikhtihar laen.

Dalam satu hari, dalam masa 4jam, banyak betul aku belajar...keinsafan, kesyukuran, kebaikan, dan keIslaman. Aku rasa bersyukur dan menyesal kerana tak dapat nak membantu mereka2 ni. Aku kena tanamkan azam untuk menjadi seorang hamba Allah yg jutawan yang mana aku akan dapat gunakan kekayaan aku untuk membantu saudara-saudaraku di seluruh dunia. Tetapi sekiranya harta yang aku ada itu akan membuatkan aku lebih sombong dan jauh dari jalannya, maka aku rela hidup susah asalkan aku dekat denganNya. Amin.








Wednesday, December 23, 2009

Prinsip dan perjuangan

Manusia memerlukan prinsip untuk hidup sebagai manusia. Prinsip inilah yang akan menentukan haluan hidupnya. Sebab itu dinamakan prinsip hidup. Prinsip hidup orang Islam ialah agamanya. Tanpa agama maka akan pincanglah hidupnya. Setiap orang ada prinsip hidup masing2. Namun prinsip hidup yang membawa kepada jalan yang lurus hanyalah Islam. Nabi Muhammad SAW meninggalkan kepada kita dua perkara yang mana kalau kita berpegang padanya maka kita tidak akan sesat selama-lamanya. Dua perkara itu ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Ia akan menjadi petunjuk jalan kepada kita untuk menjadi manusia yang berjaya.

Hidup ini adalah perjuangan. Kita tidak kalah apabila kita jatuh. Kita kalah apabila kita tidak bangkit dari kejatuhan itu. Ibarat seorang pemain tinju, perjuangan untuk mencapai kejayaan adalah tidak mudah. Kita terpaksa menahan asakan dan tumbukan yang bertubi-tubi. Tanpa semangat yang kental, adalah mustahil untuk meneruskan perjuangan. Seorang peninju itu tidak kalah apabila dia jatuh. Dia hanya kalah apabila tidak bangkit dari kejatuhan itu. Inilah hidup. Ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mampu menerima dugaan dan cabaran dalam hidupnya.

Tuesday, December 22, 2009

Cinta?

Cinta
Apa itu cinta
mengapa manusia gundah kerana cinta
mengapa manusia perlukan cinta
mengapa manusia sakit kerana cinta
mengapa manusia perlu hidup dengan cinta
mengapa cinta?

Cinta itu indah
tumbuh atas hati yang suci
bukanlah cinta namanya
sekiranya tiada keikhlasan di dalam hati
yang menenangkan jiwa yang gelisah
yang menguatkan jiwa yang hampir rebah

Cinta itu tak pernah hilang
dan ia juga takkan pernah padam
walau dua hati berpisah
cinta tetap kekal




p/s : Aku dedikasikan puisi yang tak seberapa ni untuk semua orang yang bercinta di muka bumi ini. Semoga kita semua sentiasa hidup dalam alam cinta.


Sunday, December 20, 2009

Kerja...

Aku baru je sampai dari Pulau Pinang masa aku tulis artikel ni...Sisa-sisa kepenatan masih ada dalam diri. Aku curi-curi masa tulis artikel ni sebelum aku bersiap untuk tdo sebab esok pagi aku kena gerak awal ke tempat kerja. Sebut pasal kerja, aku rasa banyak kerja lagi yang aku tak buat (selain daripada facebooking...). Selalunya kalau aku connected to internet, perkara pertama aku check ialaha facebook aku, then email then baru la kerja apa yang patut. Rasa macam dah addicted kat facebook pulak.

Lepas ni aku kena fikirkan tentang rumah sewa, tentang aktiviti aku di masa lapang, kesukarelawanan, aktiviti belia dan banyak lagi. Aku pun dah mula kena fikir macamana nak bayar hutang ptptn dan nak kumpul duit nak pergi umrah tahun depan. Dari haritu lagi aku nak buat perancangan untuk tahun baru ni..tapi sampai sekarang aku tak buat-buat lagi...InsyaAllah..aku akan siapkan perancangan aku secepat mungkin. Macam PM nak bentangkan Plan ekonomi..bukan boleh buat dalam masa sehari dua. Kena perancangan yang teliti dan perlaksanaan yang teratur. Aku tak nak perancangan aku kali ini sama je dengan perancangan2 yang lepas...rancang bukan main hebat tapi dari segi perlaksanaannya kurang sikit.


"Sesiapa yang mampu menguasai dirinya, maka dia akan mampu menguasai orang lain..."

Sunday, December 13, 2009

Birthday vs Program

Hari ini hari Ahad,13 Disember 2009. Selamat hari lahir kepada diri aku sendiri yang jatuhnya pada hari semalam. Hari ini genap umur aku 2* tahun 1hari, 13 jam, 42 minit(mengikut jam komputer aku). Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah wish birthday aku dan mendoakan kesejahteraan aku samada melalui telefon mahupun fb.

Aku betul-betul mengantuk sekarang ni. Tapi aku rasa walau macamana mengantuk pun aku, aku kena siapkan posting kali ni gak. Aku kena buat rumusan pasal hidup aku dalam hujung minggu ni. Selalunya hujung minggu bagi kebanyakan orang ialah masa untuk berehat. Tapi aku pulak rasa hujung minggu ni seolah-olah tak cukup masa. Aku ada masa rehat hari ni je...tu pun lepas asar tadi. Aktiviti aku bermula lepas tamatnya kerja pada hari jumaat aritu. Abis je kerja, aku terus gerak ke untuk program Kursus Kepimpinan Berpesatuan bertempat di Kompleks Renang MPS. Program ni 2hari 1malam. Kawan aku minta tolong jadi MC @ Pengacara Majlis. Memandangkan dia kawan lama aku dan aku pun nak belajar jadi MC maka aku pun terima la. Rupa-rupanya seronok jugak jadi MC. Aku boleh kongsi pengetahuan aku dengan para peserta. Peserta pulak bermacam ragam. Ada yang semuda 6tahun dan ada gak yang setua 40tahun.

Pagi-pagi sabtu dalam kul 5.30pagi aku bertolak balik ke Kajang untuk ambil pakaian. Pakaian yang aku bawa cukup untuk malam tu je sebab tak bajet pun nak gerak terus. Bajet lepas kerja balik rumah dulu..rehat2..malam sikit baru nak gerak. Tapi lain dirancang, lain yang jadi. Dalam pukul 7.30 pagi aku gerak ke kompleks renang tu balik. Program tu habis tengahari. Objektif aku boleh dikatakan tercapai. Aku dapat belajar banyak benda. Tambahan pulak aku duduk sebilik dengan En. Zahid. Siapa En. Zahid tu..nanti2 aku terangkan...malam ni tak boleh..aku ngantuk sangat2. Apa yang aku boleh katakan, aku belajar banyak dengan En Zahid tu. Abis je program tu, aku teruskan aktiviti aku dengan menuju ke Hulu Langat.

Aku ke Hulu Langat adalah untuk menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Yayasan Salam. Program ni bertembung dengan program rakan aku tadi. Tapi disebabkan kawan aku yang contact aku dulu, minta aku tolong dulu..maka dialah yang menjadi prioritinya. Program ni berlangsung kat Lembah Azween Resort khas untuk para fasilitator BINGKAS (salah satu aktiviti dalam Yayasan Salam-untuk budak sekolah rendah). Dalam program ni dapatla jugak aku kongsikan pengetahuan aku yang tak seberapa ni tentang psikologi kanak2. Aku namakan asimilasi ni 'Psikologi Diri'. Aku reka je nama ni sebab aku pun tak tau benda ni org panggil apa. Bapa aku yang ajar pasal benda ni. Aku aplikasikan je. Tapi benda ni jugak boleh digunakan dalam slot parenting(untuk mak bapak budak2 sek rendah tu td).

Aku balik awl ckit dari program Yayasan Salam tu. Program sepatutnya habis tengahari. Tapi lepas minum pagi aku dah cabut. Sebelum minum pagi tu ada aktiviti outdoor ckit. Disebabkan aku tak bawa baju spare dan aku merancang untuk balik awal, maka aku ditugaskan untuk mengambil gambar2 yang menarik. Aku kena balik awal sebab lepas tu aku ada kenduri kat Negeri Sembilan. Kawan aku suh teman dia gi makan kenduri kawan dia kat sana. Kawan punya pasal, penat pun aku pegi gak. Ntah berapa kali aku menguap waktu dalam kete tu...aku pun tak tau. Abis kenduri terus aku balik. Dekat asar baru aku sampai rumah. Nak tidur tak boleh sebab time asar tak elok tidur. Lagipun dalam bilik aku, ada baby tdo atas katil. So tak bolehla aku tidur. Malam baru boleh rehat skit. Then nak dijadikan cite, kawan aku minta tolong harvestkan dia punya farm pulak (ni fb punya pasal la...). Xharvestkan takut merajuk lak.. Baek aku penat harvest tu dari penat nak pujuk. Orang perempuan ni sensitif, kalau tak kena cara pujuk..susah jugak beb.

Habisla aktiviti aku selama 3ari 2malam ni. Memang best.. Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah mendoakan diri aku. Aku sangat2 menghargainya. Ada yang hantar ikut fb dan ada yang message. Yang call pun ada. Aku sayang kamu semua. Semoga kita semua berada di bawah naunganNya dan semoga hubungan silaturrahim ini kekal selama-lamanya. Amin...


Sunday, December 6, 2009

Resolusi Tahun Baru

Hari ini hari Ahad, 6 hb Disemeber 2009. Kita dah sampai ke penghujung tahun 2009. Kejap je masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam je aku buat resolusi tahun baru. Tak tahu dah berapa banyak resolusi aku berjaya atau tak. Sebabnya aku tak konsisten dalam resolusi aku. Time 'semangat' aku datang, aku akan buat resolusi baru...tak kirala awl bulan ke, akhir bulan ke, siang malam..asalkan semangat aku datang..ada la resolusi baru aku.

Selalunya resolusi yang aku buat akan ada kaitan dengan perkara yang berlaku di sekeliling aku. Contohnya bila aku tengok orang susah, aku akan berazam untuk menjadi orang kaya supaya aku boleh sedekahkan harta aku dan tidak akan ada orang susah lagi.

Tapi disebabkan tahun baru datang lagi, aku akan buat resolusi baru lagi...InsyaAllah resolusi kali ini akan lebih terarah dan terfokus. Aku percaya walaupun aku tidak konsisten dalam menjalankan resolusi aku yang lalu tetapi disebabkan otak aku yang sentiasa berfikiran positif terhadap sesuatu perkara yang aku buat maka otak aku akan bekerja untuk merealisasikan impian aku.

Nanti aku akan membongkarkan resolusi aku untuk tatapan semua dan korang nilailah samada resolusi aku akan berjaya atau tidak..dan aku pun nantikan untuk melihat resolusi korang semua...

"Berhati-hatilah dengan pemikiranmu, ia akan menjadi perkataanmu,
Berhati-hatilah dengan perkataanmu, ia akan menjadi perbuatanmu,
Berhati-hatilah dengan perbuatanmu, ia akan menjadi kebiasaanmu,
Dan berhati-hatilah dengan kebiasaanmu kerana...
Ia akan menentukan masa depanmu."

Thursday, December 3, 2009

LOve

Hidup ini indah kalau ada perasaan cinta. Tiada yang mustahil di dalam mimpi dan di dalam cinta.

"I love you, not only for what you are, But for what I am when I am with you."

"I love her and that's the beginning of everything."

"It's so easy, To think about Love, To Talk about Love, To wish for Love, But it's not always easy, To recognize Love, Even when we hold it.... In our hands."

"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart."

"If you love me only in my dreams, let me be asleep forever."

"Kiss me and you will see stars; love me and I will give them to you."

"Love is a dream that comes alive when we meet."

"You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly."

"Love is the master key that opens the gates of happiness."