Monday, October 19, 2009

Proses Penyucian : Permulaan

Allah huakbar. Apa sebenarnya aku cari dalam hidup ini. Adakah hanya untuk hidup mewah semata-mata. Adakah untuk memenuhi masa yang ada sebelum aku dimasukkan ke dalam lubang kubur. Adakah untuk memenuhi tuntutan nafsu yang tak pernah habis. Apa sebenarnya yang aku cari. Apa sebenarnya yang aku hendak capai dalam hidup ni. Aku pun tak tahu. Aku hilang punca. Asyik sibuk dengan kehidupan dunia. Tapi hati tak tenang. Itu nak, ini nak, program ni nak join, program tu nak join tapi tak tahu apa sebenarnya aku cari dari semua tu. Haha..!! konflik diri yang tak pernah habis.

Aku perlu bermula dari permulaan. Mencari semula jalan yang hilang. Mencari kembali jalan pulang yang sebenar. Supaya hati tenang, supaya jiwa tenang, supaya aku dapat kembali dengan senyuman. Kembali menghadap Dia dengan penuh kegembiraan dan bukannya ketakutan. Taubat!!! Proses penyucian hati. Kerana dari situlah bermula segala-galanya. Hati yang bersih menzahirkan tindakan yang bersih. "Argh...sudah berapa kali kau nk bertaubat!!!" kata bisikan syaitan dalam hati aku. Aku pun tak tau..aku pun tak ingat berapa kali sudah aku ungkapkan kata-kata taubat namun perbuatan jahatku masih aku lakukan. Taubatku tak bermakna. Aku perlukan taubat yang sebenar. Bukan taubat adat yang diucapkan tanpa hati yang tulus.

Wahai hati yang kumiliki buat sementara waktu
Insaflah..sedarlah..engkau akan dihisab
engkau akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang engkau lakukan
sucikanlah kembali dirimu
agar kita bisa bersatu
menuju Allah dengan rasa gembira




No comments:

Post a Comment