Wednesday, October 21, 2009

Manusia dah gila

Semakin hari manusia semakin kejam. Semakin banyak kejadian yang tak diingini berlaku setiap hari. Aku pun tak tahu apa nak jadi dengan dunia ni. Dalam surat khabar Harian Metro hari ini, banyak dilaporkan kes-kes jenayah. Budak yang hanya berumur 3 tahun, masih kecil, xtau apa2..mati didera, dirogol dan diliwat. Astagfirullah hal'azim..manusia apa ni. Kejam!! Xde hati perut!! Binatang!!! Binatang pun lebih mulia daripada mereka ni. Sialan! celaka! Budak yang tak tahu apa2..mati dikerjakan korang. Korang ni manusia ke ape? Kalau xnak pun budak tu, bagila kat sape2..kalau xde sape2 nak..bg kt aku. Tapi janganlah diseksa budak tu sampai mati. Serius..kalau benda ni jadi depan aku, dan Allah bagi aku kekuatan untuk lawan korang..aku akan kerjakan korang sampai lumat. Celaka!!! Sialan!! Hanjing!! Kurap!!! Tugas mak sepatutnya melindungi anaknya. Bukan bersandiwara untuk melindungi lelaki kurap. Celaka!!! Sialan!! Hanjing!! Kurap!!!

Di Kelantan, seorang warga tua mati ditetak hanya kerana berebutkan seekor kerbau. Aku ulang...mati ditetak berebutkan seekor kerbau..diulangi...kerbau. Di Jempol, seorang pelajar yg berusia 14tahun(baru tingkatan 2) menetak ibu dan adiknya sehingga putus jari manis adiknya dan ibunya menerima beberapa jahitan di tapak tangan dan kepala..ditetaki. Di Pekan, Pahang seorang gadis dinodai bapa tirinya selama 7tahun!!! Celaka!!! Sialan!! Hanjing!! Kurap!!! Memalukan!! Di Terengganu pulak, seorang remaja perempuan nyaris dicabul abang ipar..ha..ini jenis abang ipar yang...Celaka!!! Sialan!! Hanjing!! Kurap!!! Kat Kedah, seorang murid perempuan dihentak dengan siku di belakang badan sehingga pengsan.BUdak2 lagi tu..baru darjah 6. Lelaki hentak dengan siku kat perempuan. Dari belakang pulak tu. Memang dayus!! penakut!! sial!! kalau gentleman, lelaki lawan lelaki la..ni berani pukul perempun je.. Memang lu ni pondan la bro!! Di Singapura, seorang ayah yang sepatutnya melindungi ahli keluarganya memukul dengan memijak-mijak anaknya yang berusia 23bulan sehingga mati. Baca baik2..!! memukul dengan memijak anaknya sehingga mati!! M. A. T. I. ..MATI!!! Sebab apa buat macam tu..hanya kerana budak tu maen dengan kotak rokok. Bro yang bodoh!! Islam dah mengharamkan rokok. Lu tengok sendiri...inilah hikmah Islam mengharamkan rokok. Pasal rokok, lu bunuh anak lu sendiri. Lu hilang sifat kasih sayang. Lu hilang tanggungjawab sebagai seorang ayah. Lu lupa diri. Lu tau nak pukul orang je...Kalau lu berani n kuat sangat..lu datangla cni..kita bergaduh anak jantan. Gua nak pukul lu sama macam lu pukul anak lu. Gua nak lu rasa apa yang dia rasa. Gua nak lu mati dengan penuh terseksa. Budak2 lu beranila pukul. BUat malu agama je. Kalau kuat sangat, pergila berjuang kat Palestine..pergi pukul askar Yahudi tu. Lu pukul anak lu sendiri buat ape. Bodoh!! Otak xde!!

Aku pun tak tahu. Kadang-kadang aku rasa sedih sangat2. Kenapa benda camni boleh jadi kat saudara2 aku. Padahal Islam dah cantik. Islam dah bagi panduan untuk setiap perkara. Kalau bangang sangat sampai tak boleh fikir pun, janganla jadi teruk sangat. Ini kes kecil je sampai nak bunuh-bunuh. Pasal kerbau pun nk gaduh ker? Pasal kotak rokok pun boleh sampai bunuh anak? Astagfirullah hal'azim..bila semua ni akan berakhir. Aku harap pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Jangan hanya berani nak kenakan hukuman terhadap mak cik yang jual belacan je. Owh..makcik yang jual belacan korang heret ke mahkamah. Hanya disebabkan 3ketul belacan yang kurang protein bharga rm2.50 yang dijual, korang denda dia sampai rm600. Tapi kalau kes bunuh ni korang xjalankan tugas seadil-adilnya, tunggulah pembalasan dari Allah. Sesungguhnya janji Allah adalah benar.

Sebab tu kebelakangan ni aku malas nak baca surat khabar ataupun tengok tv. Kalau 'main stream paper' mesti cerita banyak pasal politik. Seolah-olah hidup ni untuk politik je. Disebabkan nak jaga periuk nasi pihak-pihak tertentu, dimomokkan macam-macam ke dalam fikiran pembaca. Sorry beb, i'm not interested! Aku xnak pemikiran aku diracuni oleh mana-mana pihak. Kalau tengok berita kat tv pun lebih kurang sama je. Kalau bukan pasal politik, mesti pasal benda-benda yang negatif. Berapa orang mati sebab H1N1, mati kena tetak sebab bising bunyi eksos dan macam-macamlah..Nak tengok cerita-cerita cerekarama, cerita merapu pulak banyak sekarang ni..Yang ok pun aku rasa cerita Nur Kasih. Ada ciri-ciri keIslaman tu(ini bukan promotion k..) Aku rasa ada banyak lagi cerita-cerita yang baik cuma aku tak jumpa... Banyak aku jumpa citer sedih-sedih, kena tindas tapi tak pandai nak melawan(konon baik sangat la tu..), orang miskin, orang kampung yang hati busuk(termasuk orang bandar sekali), dengki, khianat dan 1001 perkara negatif lagi. Tu belum masuk cerita pasal orang gila dan orang bunian lagi. Aku pun tak tahu apa nak jadi dengan Malaysia ni.

Aku ada satu kepercayaan di mana setiap sesuatu yang berlaku adalah bermula dari pemikiran kita sendiri. Kita yang menetapkan sama ada kita gagal atau berjaya. Kita menentukan apa yang terjadi melalui fikiran kita. Sebab tu aku risau sangat-sangat kalau surat khabar, berita, cerekarama, majalah hiburan, dan yang sewaktu dengannya memomokkan kita dengan benda-benda yang tak baek. Sebagai contohnya kita lebih fokus kepada berapa orang yang mati akibat H1N1 daripada memfokuskan kepada berapa orang yang survive dari penyakit tu. Kita memfokuskan kepada keburukan parti politik tertentu dan mengagung-agungkan parti politik tertentu kerana kita nak lihat semua orang sokong parti yg diagung-agungkan. Adoi...bila semua ni nak habis. Aku sangat risau pemikiran kita semua dibentuk dan diracuni dengan benda yang tak baik kerana ia akan memberi kesan kepada hidup kita. Ini adalah hukum alam. Law of the attraction. Law of the universe. Dan benda ini terbukti. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Aku minta maaf kalau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Aku cuma memanifestasikan apa yang aku rasa. Aku cuma nak luahkan perasaan.. Kalau ada yang tak puas hati dengan tulisan aku ni..simpan jela dalam hati.Aku malas nak layan.






"Ya Allah, berikanlah kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat serta jauhkanlah kami semua dari azab api neraka." Ameen.
.


No comments:

Post a Comment