Aku penat.
Asyik berlarian ke sana sini.
Mencari sesuatu yang tak pasti.
Mencari identiti diri.
Hidup dalam dunia yang penuh pancaroba.
Dunia manusia yang penuh dengan kesombongan.
Dunia yang mementingkan diri sendiri.
Aku inginkan kedamaian.
Aku inginkan ketenangan.
Berilah aku petunjuk.
Agar dapat aku lalui jalan yang lurus.
Jalan yang ditempuh oleh orang-orang yang berjaya.
Jalan yang membawa aku ke syurga.
Jauhkan aku dari pengaruh duniawi.
Pengaruh yang melupakan aku kepada PenciptaKu.
Hilangkan penatku ini.
Agar dapat kutempuh perjalanan ini
Agar dapat aku terus berjuang
dan terus berjuang
sehingga aku gugur sebagai seorang syahid
ataupun aku pulang dengan kejayaan
dan aku tidak akan kalah
sekali-kali tidak
kerana telah dijamin padaku
kekalahan tidak wujud.
tidak ada putus asa
tidak ada nangis sedu sedan
yang ada hanyalah
Dia.
No comments:
Post a Comment