Aku tergerak hati nak tulis pasal kahwin ni sebab aku tertengok sorang member aku kat dalam facebook yang tulis pasal kahwin. Dia tulis member2 dia dah nak kahwin dan yang dah kahwin pun ada gak. Kirenye artikel ni tribute untuk dia yang aku tak kenal tapi aku nak kenal; cuma tak dapat kenal disebabkan kesibukan aku mengejar aktiviti dunia(sibuk la sangat). Secara umumnya artikel ni untuk semua kawan-kawan aku yang belum kahwin. Dan juga untuk diriku yang bujang ini...(^_^)
Aku ada banyak kawan. Yang dah kahwin ada, yang belum kahwin pun ada. Yang dah bercerai dan yang nak bercerai pun ada. Macam-macam manusia ni. Hari Ahad malam, aku tengok TV, cite Halaqah. Tajuk dia "Isteri Idaman Hati". Menarik gak topik perbincangan tu. Penceramah tu kata, sebelum kahwin kita kena tahu apa itu asas perkahwinan. Asas perkahwinan yang sebenar ialah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan. Aku tak tahu dalam bahasa Arab dipanggil apa. Tapi kalau tak silap aku mawaddah dan sakinah (betulkan aku kalau aku salah). Itu adalah asas yang paling penting.
Yang kedua, niat untuk berkahwin itu hendaklah semata-mata kerana Allah. Aku cintakan dia kerana Allah. Aku kahwin dengannya hanyalah kerana Allah. Aku sayang padanya hanya kerana Allah. Tiada lain hanya Allah. Allah menjadi tujuan hidup kita. Bukannya berkahwin kerana nafsu. Orang yang berkahwin kerana nafsu, apa beza antara dirinya dengan binatang? Memang salah satu tujuan perkahwinan itu adalah untuk memenuhi naluri manusia normal yang mempunyai nafsu. Tetapi itu bukanlah tujuan perkahwinan yang sebenar. Manusia ialah makhluk yang tak pernah puas. Kepuasan itu hanya boleh dimiliki sekiranya manusia itu bersyukur kepada Allah.
Kenapa aku tulis pasal kahwin. Sebabnya aku dah tulis kat atas. Tapi sebab utama sebab tetiba saja idea pasal kahwin datang. Nanti aku tambah lagi isi pasal tajuk ni.
No comments:
Post a Comment