Sunday, September 27, 2009

Jika aku jatuh cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta...
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta...
izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut padaMU,
agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta palsu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta...
jagalah hatiku padanya,
agar aku tidak berpaling dari hatiMU.


Saturday, September 12, 2009

11 September

Artikel ni aku tulis dalam blog lama aku. Malangnya aku tak dapat nak log in ke blog lama aku sebab aku terlupa email dan password apa yang aku gunakan. Namun aku nak berkongsi pandanganku dengan semua sempena memperingati keruntuhan World Trade Centre lapan tahun yang lepas.

  1. Melihat kepada tarikh hari ini, terkenang kepada peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) telah jatuh ranap menyembah bumi hanya disebabkan dua buah kapal terbang penumpang yang tidak dapat dikesan oleh radar Amerika yang kononnya tercanggih di dunia. Bangunan yang menjadi kebanggaan para kapitalis dunia itu, hancur dimamah api.
  2. Masyarakat dunia terkejut dengan peristiwa ini dan rata-rata melahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap apa yang berlaku. Orang Islam adalah tidak terkecuali.
  3. Pertuduhan dibuat tidak beberapa lama selepas itu bahawa orang yang bertanggungjawab terhadap serangan itu ialah Osama bin Laden. Dan negara di mana Osama bin Laden ini bersembunyi harus diserang dengan sepenuhnya. Adalah sesuatu yang pelik bagaimana satu negara yang mundur dan miskin boleh merancang satu rancangan yang sedemikian kompleks sehinggakan ia tidak dapat dikesan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang diwarwarkan begitu hebat di seluruh dunia.
  4. Afghanistan diserang dan sejurus selepas itu Iraq pula diserang dengan alasan bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran. Kerajaan Amerika Syarikat khususnya dibantu oleh para bonekanya iaitu Britain dan Australia telah menggunakan istilah 'War Againts Terrorism' untuk menghalalkan tindakan mereka. Mereka juga menggunakan alasan bahawa mereka datang dengan membawa 'Keamanan'. Namun apa yang mereka bawa ke negara Afghanistan dan Iraq bukanlah van-van ambulans,ubat-ubatan mahupun makanan tetapi mereka membawa kereta-kereta kebal dan senjata-senjata perang untuk diuji kehebatannya di negara itu.
  5. Sehingga ke saat ini, kesengsaraan yang dialami oleh rakyat kedua-dua negara tersebut masih belum berakhir. Adalah dipercayai bahawa kesengsaraan yang dialami mereka adalah lebih teruk daripada kesengsaraan yang dialami sewaktu zaman pemerintahan Taliban dan Saddam Hussein. Pembunuhan, rogol, penindasan, pencabulan hak-hak asasi manusia begitu berleluasa di sana. Lihat sahaja gambar-gambar yang dikeluarkan suatu masa dahulu di mana manusia diperlakukan seperti anjing.
  6. Dunia mengutuk keras serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia. Namun dunia tidak berani bersuara apabila Afghanistan dan Iraq diserang. Adilkah dunia ini??? Selaku manusia, kita merasa sedih atas apa yang berlaku ke atas WTC. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menyerang dan menakluk negara lain atas apa-apa nama sekalipun.
  7. Kerana itulah Tun Dr. Mahathir Mohamed telah mencadangkan agar Bush, Blair dan Howard ini dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana tindakan tanpa menggunakan otak ini telah membawa keburukan kepada dunia. Beliau juga mencadangkan agar mereka ini dipanggil 'Penjenayah Perang' untuk mengiktiraf mereka atas usaha mereka mewujudkan perang di atas dunia ini. Dunia hidup dalam ketakutan sehinggakan kita takut kepada kasut yang dipakai oleh seorang manusia.
  8. Penjenayah perang perlu dihukum kerana mereka inilah pengancam keamanan dunia yang sebenarnya.

Thursday, September 3, 2009

My 1st & 2nd day

Hari ini hari kedua aku buat praktikal. First day just briefing sikit pasal syarikat, flow chart company, and jalan-jalan tengok kawasan production. Kerja yang dibuat first day ialah kerja di bahagian production dan di bahagian admint. Hehe..kejenye ialah..tanya Arifah nanti..=P

Second day menarik gak..Aku ditempatkan di bahagian R&D. Hari ini aku belajar pasal bahan kimia. Macam-macam jenis bahan kimia ada. Semua bahan kimia ni digunakan untuk membuat sample product macam lotion, sabun, makanan dan sebagainya. Dan aku ditugaskan untuk mengenali semua bahan kimia ini dan seterusnya membancuhnya menjadi produk. Esok tugasan aku bersambung di bahagian R&D. Sambung buat sample tadi yang tak siap lagi. Productnya ialah deep cleanser. So sape-sape yang nak pencuci muka lepas ni, boleh jumpa aku...=S

Wahai kawan-kawanku yang lain, apa dah jadi kat korang sume??? Aku nak tau gak..

Tuesday, September 1, 2009

Merdeka!!!

Semalam 31 hb Ogos 2009, hari Kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52. Sambutan memang cukup meriah. Di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, Pulau Pinang, deretan kereta tersadai di jalanan semata-mata untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang diadakan di bahagian Pulau pada detik 12.00 pagi 31 Ogos 2009.

Apa yang membimbangkan ialah melihat anak muda Malaysia terutamanya anak gadis yang beragama Islam berpeleseran di waktu malam. Pada detik-detik seperti inilah 'satu sejarah' boleh tercipta. Dengan hanya berbekalkan alasan ingin merayakan detik kemerdekaan negara, maka maruah dan harga diri yang dipertahankan selama ini boleh dipertikaikan. Semoga Allah melindungi diri kita semua dari perkara yang tidak diingini. AMIN.

Apa itu merdeka? Apakah maksud kemerdekaan yang sebenar? Menurut As-Syahid Syed Qutb, di dalam bukunya yang bertajuk Petunjuk Sepanjang Jalan kemerdekaan yang sebenar ialah memerdekakan diri dari sebarang bentuk perhambaan melainkan perhambaan kepada Allah semata-mata. Memerdekakan diri dari sebarang perhambaan seperti pangkat, harta benda, wang ringgit, berhala dan sebagainya. Berhala di sini bukanlah hanya bermaksud patung-patung yang disembah tetapi berhala juga membawa maksud segala apa yang disembah melainkan Allah SWT. Ini termasuklah pangkat darjat, wang ringgit dan sebagainya.

Sekiranya kita berjaya memerdekakan diri kita dari ini semua, maka itulah erti kemerdekaan yang sebenar. Selamat menyambut hari kemerdekaan negara dan berjuanglah untuk mencapai erti kemerdekaan yang sebenar.