Thursday, August 26, 2010

Kenapa manusia begitu kejam !!!

Aku sedang mengemas bilik. Tapi hati aku tak tenang. Sebelum aku kemas bilik aku ada terbuka satu video kat dalam facebook. Video seekor manusia yang tidak berakal, kejam, tidak berhati perut, bodoh, bangang, mangkuk ayun dan yang sewaktu dengannya. Video yang menunjukkan seekor minah bodoh ni..yang aku rasa dia ni sama ada bangsa cina, korea ataupun jepun. Minta maaf, aku tak peduli dia ni bangsa apa. Yang pastinya dia ni memang sial dan celaka. Awalnya cantik..tengok dia usap2 kucing yang comel tu. Lepas je dia letak kucing tu kat bawah, maka bermulalah aksi-aksi sialnya tu. Dipijak-pijaknya kucing tu dengan kasut tumit tingginya. Dipijaknya kaki kucing tu. Kucing tu mengerang kesakitan. Dipijaknya perut kucing tu. Kucing tu kelihatan tidak bermaya. Dipijaknya kepala kucing tu. Kucing tu makin terseksa. Ditusuknya kasut tumit tingginya ke dalam mata kucing tu. Astagfirullah..

Lepas tu aku terus tutup video tu. Aku dah tak sanggup lagi nak tengok. Aku nak share video tu pun aku rasa tak sampai hati. Aku rasa jijik. Masih ada lagikah manusia seperti minah celaka tu kat dunia ni. Dia tak boleh fikir ke betapa terseksanya kucing tu? Wahai minah bodoh yang celaka, kau tunggulah pembalasan. Allah itu Maha Adil. Kalau kau nak bunuh kucing tu, bunuh terus. Jangan diseksanya. Apa salah kucing tu? Memang kau ni manusia tak berhati perut. Dan aku masih tak faham kenapa perlu dibuat begitu? Apa manfaatnya?

Tiba2 aku terbayangkan saudara2 aku di Palestin. Adakah mereka diseksa sebegitu. Aku pernah tengok satu video di mana seorang saudaraku diseksa oleh askar Israel. Dipatah2kan tangan saudaraku itu seperti binatang. Malah diperlakukannya dengan hina sekali. Itu yang aku nampak. Yang aku tak nampak? Macamana dengan saudara2ku yang berada di dalam penjara . Adakah mereka akan mendapat layanan yang baik dari askar Israel? Aku tak percaya. Mesti mereka sedang diseksa dengan seberat-berat seksaan di dunia ini. Semoga Allah kuatkan hati mereka. Semoga Allah menerima kematian mereka sebagai mati syahid. Ingatlah bahawa kalian sekarang adalah tentera2 Allah. Kalian sekarang sedang mempertahankan kiblat pertama orang Islam. Kalian adalah benteng umat Islam. Kalian mempetaruhkan nyawa kalian demi agama ini dan Allah tak akan sia-sia kan kalian.

Aku kalau ingat2 balik video askar Israel membunuh rakyat Palestin, mesti aku rasa sebak. Tindakan mereka sama saja dengan tindakan minah bodoh yang aku tengok tadi. Ada satu keluarga yang sedang bercuti di tepi pantai (picnic) diserang dari udara oleh tentera Israel. Membunuh semua yang ada di situ. Sepasang suami isteri beserta anak-anak mereka dibunuh. Termasuklah anak mereka yang berusia setahun. Yang tinggal hanyalah seorang anak kecil perempuan berumur sepuluh tahun. Aku rasa askar Israel sekarang tengah berada dalam keadaan ketakutan. Ketakutan yang amat sangat. Ketakutan yang disebabkan oleh sesuatu faktor. Sebab itulah mereka tak dapat nak bezakan mana satu ancaman atau tidak. Mereka sangat takut sehinggakan mereka merasakan bahawa orang yang sedang berkhemah di tepi pantai adalah ancaman kepada mereka. Kanak2 yang berusia satu tahun pun adalah ancaman untuk mereka. Sebab itulah selagi boleh, mereka akan cuba untuk menghapuskan semua ancaman2 ini.

Itu di Israel. Macamana dengan kita di Malaysia? Alhamdulillah, kita di sini aman damai. Kita hidup dalam dunia kita yang tersendiri. Kita tidak begitu mengambil berat persoalan yang berlaku di luar. Asalkan perut kita diisi, itu sudah cukup bagus bagi kita. "Kenapa perlu mengambil tahu hal2 luar sedangkan diri sendiri masih terkontang-kanting." Mungkin itulah persepsi dalam kotak pemikiran kita. Kita lupa bahawa apa yang berlaku di luar itu akan mempengaruhi kita. Kita lupa bahawa apa yang berlaku di luar itu akan juga ditanya oleh Allah kepada kita. Mengaku bersaudara, tetapi apa kita buat apabila saudara kita diseksa dan dibunuh? Adakah itu yang dikatakan bersaudara? Adakah itu tindakan yang wajar dilakukan oleh seorang saudara apabila saudaranya diseksa? Adakah dikatakan saudara apabila kita membantu pihak musuh untuk membunuh saudara sendiri? Mungkin kita tidak sedar, tetapi itulah yang kita lakukan. Kita langsung tiada inisiatif untuk membantu. Mungkin sebab kita ni saudara jauh agaknya...hmm...

Allah SWT berfirman," Celakalah para pengumpat dan pencela." Malah nabi sendiri tak bagi kita mengumpat. Bila seorang sahabat tanya, "apakah tidak dibolehkan mengumpat (bercakap belakang) walaupun apa yang kita cakapkan tu betul" (lebih kurang camtulah maksudnya). Nabi kata (lbih kurang),"itulah mengumpat, kalau kita cakap tak betul kat belakang, itu fitnah". Jadi pi mai pi mai, tang tu jugak. Mengumpat tetap tidak dibolehkan. Kalau mengumpat kat saudara sendiri lagi tak boleh. Umpama makan daging saudaranya sendiri. Jadi aku nak minta maaf kalau banyak kata-kata aku ni dikatakan mengumpat. Aku nak cakap depan2 tak boleh sebab aku tak kenal mereka2 tu. Jadi anggap je ini adalah usaha aku melalui medium yang ada. Kalau keajaiban boleh terjadi, harap2 minah tadi dan askar Israel boleh faham bahasa Melayu dan boleh faham apa yang aku nak sampaikan kepada mereka. Tolonglah berhenti dari berlaku zalim. Aku pernah dengar satu hadis qudsi di mana Allah SWT berfirman," Aku haramkan diriKu dari berlaku zalim...." Ada lgi ayat sambungannya tapi aku tak dapat nak ingat. Kalau aku silap tulis nnt jadi lain pulak. Tapi boleh difahami yang maksudnya, Allah dah haramkan diriNya sendiri dari buat zalim, maka kita pun tak boleh buat zalim. Last but not least, sentiasalah ingat saudara2 kita di Palestin. Bantulah mengikut apa yang kita mampu. Seorang pemimpin Palestin pernah kata dia akan persoalkan di akhirat nanti, di mana kita2 ini yang mengaku bersaudara tatkala mereka diseksa kerana mempertahankan kiblat pertama umat Islam. Waktu itu bersedialah kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan di mana tidak ada naungan pada hari pembalasan tersebut melainkan naungan dari Allah SWT. Aku tinggalkan korang dengan gambar yang boleh memberi inspirasi kepada kita semua...

"Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." - Surah Al-Baqarah, 154.

Semoga di pengakhiran nanti kita akan mampu tersenyum seperti itu...ameen.

p/s : Terima kasih kerana sudi membaca. Jiwa aku pun dah tenang dan aku nak sambung kemas bilik kejap. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment