Friday, November 5, 2010

Kahwin

Wah...dah lama aku tak tulis dalam blog ni. Busy la katakan...(konon). Buat masa sekarang memang aku sibuk sikit dengan tugasan yang macam tak habis-habis tapi alhamdulillah akhirnya habis jugak. Buat masa ni, tinggal satu assignment je lagi. Lepas tu, boleh rehat kejap then fokus kat final exam pulak. Lepas final exam, rehat kejap pastu fokus untuk start semester baru pulak. Life is all about improvement. 

Kepada sesiapa yg baca blog aku, ingat tak aku pernah post pasal seorang perempuan yang aku minat. Ala..yang muka cam chinese look, tinggi2..and amik course sains waktu kat universiti dulu. Korang boleh rujuk tentang tu kat sini. Tapi yang aku nak bagitau sekarang ialah, dia dah jadi buah hati aku. Alhamdulillah syukur sangat2 pada Allah yang memperkenankan doa hambanya yang hina ni. Memang semuanya berjalan begitu pantas. Sekejap je masa berlalu. Hari ni masuk tujuh bulan tiga hari aku kenal dengan dia. Dah tujuh bulan aku bercinta dengan dia. (Sebenarnya aku tak tahu sejak bila kami berpacaran. Tup..tup..dia dah jadi buah hati aku). Sebab tu aku pelik bila orang tanya sejak bila kami berpacaran. Rupanya time tu aku baru sebulan kenal ngan dia. Hehe..tapi buah hati aku pun tak boleh salahkan aku sebab dia sendiri pun tak tau sejak bila kami berpacaran. =) Yang aku tau, aku jatuh cinta kat dia sejak kali pertama aku tengok dia. Cinta pandang pertama. Yang bestnya hari first aku tak perasan dia langsung. Hari kedua terperasan kehadiran dia, hari kedua jugak jatuh cinta. Maknanya cinta aku boleh jugak dipanggil Cinta hari kedua.

Sekarang aku betul2 dalam mood bahagia. Aku betul2 bersyukur kerana Allah bagi aku peluang untuk jumpa dan bercinta dengan dia. Aku tak tahu hubungan kami akan sampai ke mana. Aku mengharapkan agar hubungan kami berakhir di jinjing pelamin dan kami hidup bahagia selama-lamanya. Aku tak tahu macamana aku nak pinang dia sebab aku belum kerja lagi. Aku pun tak tahu macamana aku nak kahwin dengan dia sebab aku tak ada duit (walaupun dia tak kisah aku nak bagi berapa pun hantaran asalkan ikhlas). Touching beb bila perempuan cakap kat aku macamtu. Korang ingat senang ke nak cari perempuan macam buah hati aku ni.  Susah wa cakap lu. Cantik, baik hati, bijak, beragama, berketurunan baik2. Kalau korang dapat cari  sorang macam dia, tolong jaga elok2.

Aku pun tak tahu tentang masa depan aku dan dia. Aku tak tahu macamana kami nak hidup bersama nanti. Aku tak tahu macamana kami nak beli rumah nanti, nak beli kereta, nak berhutang sana berhutang sini..aku tak tahu apa2. Tapi aku tahu satu perkara. ALLAH akan tolong orang yang nak kahwin. Aku percaya kata-kata Nabi Muhammad S.A.W. bahawa Allah WAJIB tolong orang yang nak kawin. Janji Allah itu benar. Sebab tu kalau kita lihat pasangan2 yang nak kahwin, mesti ada 'rezeki yang tak disangka2'. Ada je Allah nak bagi ikut sini, ikut sana. Kadang2 dari arah yang kita tak jangka langsung. Jadi jangan risau pasal tu semua. Risau pasal niat kita dulu. Nak berpasangan sebab nak ikut trend ke or nak berpasangan sebab nak kahwin.

Sebab tu dari sekarang aku pasang niat nak kahwin. Kalau tengok kat facebook aku, banyak aku post pasal kahwin. Mana2 artikel pasal kahwin yang aku jumpa, aku postkan. Aku tak cari pun artikel sume tu, serius aku tak cari. Artikel tu seolah-olah datang kat aku sendiri. Seolah-olah tau aku nak kahwin then dia pun datang untuk bagi nasihat. Law of Attraction. Dan aku juga percaya, kalau kita niat then kita percaya dengan yakin bahawa kita akan dapat apa yang kita nak, maka kita akan dapat benda tu. Conform. Kalau tak dapat maknanya ada something wrong dengan pemikiran kita atau Allah nak bagi yang lebih baik kat kita. Jangan fikir pasal masa depan yang tak pasti. Benda belum jadi, kita dah fikir bukan2. Kalau fikir yang baik2 xpela jugak. Ini semua fikir yang negatif je, susahlah...ish3..change the way of thinking.

Aku nak kahwin dengan dia. Serius aku nak kahwin dengan dia... Aku percaya Allah akan bantu aku, InsyaAllah.


Kahwin boleh buka pintu rezeki. 


Friday, September 24, 2010

Blog!

Aku tak tahu kenapa, setiap kali bila nak memulakan perjalanan jauh...aku mesti tidur lambat. Tak pun tak tidur langsung. Maybe excited sangat kut. Tapi yang bestnya, walaupun tak tidur sangat or tak tidur langsung..biji mata ni ok je. Xde masalah pun. Steady je.

Aku tulis dalam blog ni pun sebab aku tak boleh tidur. Kalau nak diikutkan, banyak lagi assugnment tak siap. Tapi bila nak buat je mesti ada macam-macam halangan. Tapi halangan yang terbesar semestinya : MALAS!
Projek ada dua,group assignment ada satu, tutorial ada empat. Campur2 semua ni..boleh pengsan jugakla. Itupun sempat update blog ni lagi..=P

Untuk pengetahuan semua, aku ada satu lagi blog baru. Sekarang ni tengah setting2 and nak cari artikel untuk dimasukkan. Kenapa perlu ada dua blog? Hehe..macam lecturer aku cakap tadi, kita kena start research dengan pertanyaan...questioning.

Rancangan asal aku ialah aku nak jadikan blog aku tu macam blog2 yang lain. Iyerla, nak tulis apa aku lakukan seharian, dan sambil2 tu nak belajar mcamana nak jana pendapatan ribu-ribu ikut blog(konon nak buat macam orang lain buat). Tapi semakin banyak blog orang aku baca, semakin aku sedari yang privasi kita di blog semakin hari semakin berkurang. Aku tak nak apa yang berlaku pada diri aku seharian diketahui oleh seluruh manusia. Cukuplah sekadar perkara yang boleh diambil iktibar dari peristiwa yang berlaku ke atas diri aku. Selaku manusia, kita perlu ada prinsip yang dipegang. Agak-agak kalau kita tulis pasal agama or pasal boikot Israel...ada tak agensi pengiklanan yang nak advertise kat blog kita. Or agak2 ok tak kalau hari ini kita tulis pasal agama, tiba2 malam nanti kita tulis pasal konsert. Macam tak kena je. Banyak aku tengok blog2 yang 'famous', kebanyakan lebih menjurus kepada hiburan. Bukan tak ada blog2 yang bagus. Banyak jugak blog2 famous yang tak berunsur hiburan. Ada berkaitan agama,nasihat, panduan, maklumat dan sebagainya. Namun yang aku jumpa hiburan jua..ish3..maybe aku ni terlalu 'negative  thinking', maafkan aku.

By the way, aku rasa baik aku kekal seperti biasa. Biarlah blog aku biasa2 je tapi still tetap dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku guna blog ni untuk tambah sedikit sebanyak saham aku kat akhirat nanti. Dosa dah banyak sangat beb! Ini salah satu cara untuk aku mengimbangi dosa aku yang banyak tu. Harap2 aku tak lah guna ruangan blog ni untuk tambah dosa pulak.



Thursday, August 26, 2010

Kenapa manusia begitu kejam !!!

Aku sedang mengemas bilik. Tapi hati aku tak tenang. Sebelum aku kemas bilik aku ada terbuka satu video kat dalam facebook. Video seekor manusia yang tidak berakal, kejam, tidak berhati perut, bodoh, bangang, mangkuk ayun dan yang sewaktu dengannya. Video yang menunjukkan seekor minah bodoh ni..yang aku rasa dia ni sama ada bangsa cina, korea ataupun jepun. Minta maaf, aku tak peduli dia ni bangsa apa. Yang pastinya dia ni memang sial dan celaka. Awalnya cantik..tengok dia usap2 kucing yang comel tu. Lepas je dia letak kucing tu kat bawah, maka bermulalah aksi-aksi sialnya tu. Dipijak-pijaknya kucing tu dengan kasut tumit tingginya. Dipijaknya kaki kucing tu. Kucing tu mengerang kesakitan. Dipijaknya perut kucing tu. Kucing tu kelihatan tidak bermaya. Dipijaknya kepala kucing tu. Kucing tu makin terseksa. Ditusuknya kasut tumit tingginya ke dalam mata kucing tu. Astagfirullah..

Lepas tu aku terus tutup video tu. Aku dah tak sanggup lagi nak tengok. Aku nak share video tu pun aku rasa tak sampai hati. Aku rasa jijik. Masih ada lagikah manusia seperti minah celaka tu kat dunia ni. Dia tak boleh fikir ke betapa terseksanya kucing tu? Wahai minah bodoh yang celaka, kau tunggulah pembalasan. Allah itu Maha Adil. Kalau kau nak bunuh kucing tu, bunuh terus. Jangan diseksanya. Apa salah kucing tu? Memang kau ni manusia tak berhati perut. Dan aku masih tak faham kenapa perlu dibuat begitu? Apa manfaatnya?

Tiba2 aku terbayangkan saudara2 aku di Palestin. Adakah mereka diseksa sebegitu. Aku pernah tengok satu video di mana seorang saudaraku diseksa oleh askar Israel. Dipatah2kan tangan saudaraku itu seperti binatang. Malah diperlakukannya dengan hina sekali. Itu yang aku nampak. Yang aku tak nampak? Macamana dengan saudara2ku yang berada di dalam penjara . Adakah mereka akan mendapat layanan yang baik dari askar Israel? Aku tak percaya. Mesti mereka sedang diseksa dengan seberat-berat seksaan di dunia ini. Semoga Allah kuatkan hati mereka. Semoga Allah menerima kematian mereka sebagai mati syahid. Ingatlah bahawa kalian sekarang adalah tentera2 Allah. Kalian sekarang sedang mempertahankan kiblat pertama orang Islam. Kalian adalah benteng umat Islam. Kalian mempetaruhkan nyawa kalian demi agama ini dan Allah tak akan sia-sia kan kalian.

Aku kalau ingat2 balik video askar Israel membunuh rakyat Palestin, mesti aku rasa sebak. Tindakan mereka sama saja dengan tindakan minah bodoh yang aku tengok tadi. Ada satu keluarga yang sedang bercuti di tepi pantai (picnic) diserang dari udara oleh tentera Israel. Membunuh semua yang ada di situ. Sepasang suami isteri beserta anak-anak mereka dibunuh. Termasuklah anak mereka yang berusia setahun. Yang tinggal hanyalah seorang anak kecil perempuan berumur sepuluh tahun. Aku rasa askar Israel sekarang tengah berada dalam keadaan ketakutan. Ketakutan yang amat sangat. Ketakutan yang disebabkan oleh sesuatu faktor. Sebab itulah mereka tak dapat nak bezakan mana satu ancaman atau tidak. Mereka sangat takut sehinggakan mereka merasakan bahawa orang yang sedang berkhemah di tepi pantai adalah ancaman kepada mereka. Kanak2 yang berusia satu tahun pun adalah ancaman untuk mereka. Sebab itulah selagi boleh, mereka akan cuba untuk menghapuskan semua ancaman2 ini.

Itu di Israel. Macamana dengan kita di Malaysia? Alhamdulillah, kita di sini aman damai. Kita hidup dalam dunia kita yang tersendiri. Kita tidak begitu mengambil berat persoalan yang berlaku di luar. Asalkan perut kita diisi, itu sudah cukup bagus bagi kita. "Kenapa perlu mengambil tahu hal2 luar sedangkan diri sendiri masih terkontang-kanting." Mungkin itulah persepsi dalam kotak pemikiran kita. Kita lupa bahawa apa yang berlaku di luar itu akan mempengaruhi kita. Kita lupa bahawa apa yang berlaku di luar itu akan juga ditanya oleh Allah kepada kita. Mengaku bersaudara, tetapi apa kita buat apabila saudara kita diseksa dan dibunuh? Adakah itu yang dikatakan bersaudara? Adakah itu tindakan yang wajar dilakukan oleh seorang saudara apabila saudaranya diseksa? Adakah dikatakan saudara apabila kita membantu pihak musuh untuk membunuh saudara sendiri? Mungkin kita tidak sedar, tetapi itulah yang kita lakukan. Kita langsung tiada inisiatif untuk membantu. Mungkin sebab kita ni saudara jauh agaknya...hmm...

Allah SWT berfirman," Celakalah para pengumpat dan pencela." Malah nabi sendiri tak bagi kita mengumpat. Bila seorang sahabat tanya, "apakah tidak dibolehkan mengumpat (bercakap belakang) walaupun apa yang kita cakapkan tu betul" (lebih kurang camtulah maksudnya). Nabi kata (lbih kurang),"itulah mengumpat, kalau kita cakap tak betul kat belakang, itu fitnah". Jadi pi mai pi mai, tang tu jugak. Mengumpat tetap tidak dibolehkan. Kalau mengumpat kat saudara sendiri lagi tak boleh. Umpama makan daging saudaranya sendiri. Jadi aku nak minta maaf kalau banyak kata-kata aku ni dikatakan mengumpat. Aku nak cakap depan2 tak boleh sebab aku tak kenal mereka2 tu. Jadi anggap je ini adalah usaha aku melalui medium yang ada. Kalau keajaiban boleh terjadi, harap2 minah tadi dan askar Israel boleh faham bahasa Melayu dan boleh faham apa yang aku nak sampaikan kepada mereka. Tolonglah berhenti dari berlaku zalim. Aku pernah dengar satu hadis qudsi di mana Allah SWT berfirman," Aku haramkan diriKu dari berlaku zalim...." Ada lgi ayat sambungannya tapi aku tak dapat nak ingat. Kalau aku silap tulis nnt jadi lain pulak. Tapi boleh difahami yang maksudnya, Allah dah haramkan diriNya sendiri dari buat zalim, maka kita pun tak boleh buat zalim. Last but not least, sentiasalah ingat saudara2 kita di Palestin. Bantulah mengikut apa yang kita mampu. Seorang pemimpin Palestin pernah kata dia akan persoalkan di akhirat nanti, di mana kita2 ini yang mengaku bersaudara tatkala mereka diseksa kerana mempertahankan kiblat pertama umat Islam. Waktu itu bersedialah kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan di mana tidak ada naungan pada hari pembalasan tersebut melainkan naungan dari Allah SWT. Aku tinggalkan korang dengan gambar yang boleh memberi inspirasi kepada kita semua...

"Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." - Surah Al-Baqarah, 154.

Semoga di pengakhiran nanti kita akan mampu tersenyum seperti itu...ameen.

p/s : Terima kasih kerana sudi membaca. Jiwa aku pun dah tenang dan aku nak sambung kemas bilik kejap. Jumpa lagi.

Tuesday, August 10, 2010

Isi masa lapang...

Jangan baca!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Aku tak tahu apa yang aku perlu tulis sebenarnya. Aku tak ada idea. Aku just nak isikan masa ini dengan aktiviti yang sekurang-kurangnya memberikan manfaat pada aku. Dah tak boleh tidur, nak buat macamanakan. Mungkin disebabkan aku tertidur petang tadi. Ingatkan nak tidur kejap je sementara menanti Asar. Dekat pukul 7ptg baru terjaga. Itupun dengan kedudukan terbalik 180 darjah. Terlupa nak pesan kat buah hati suh dia kejut...=P

Untuk pengetahuan semua, aku dah ada buah hati. By the way, kenapa orang panggil kekasih@awek@balak@orang tersayang@etc sebagai buah hati? Pernah tak korang terfikirkannya...Aku tak suka nak panggil buah hati aku dengan panggilan awek sebab aku rasa panggilan tu macam merendahkan martabat orang perempuan. Kalau orang perempuan panggil kekasih dia sebagai balak, aku pun tak tahu itu merendahkan martabat lelaki atau tak...(sebab xde orang panggil aku 'balak' dia =P ) dan aku pun tak suka orang panggil aku balak seseorang. Seolah-olah balak ni hanyalah gelaran untuk orang yang sementara. Hanya singgahan kepada perempuan tu. Padahal setiap lelaki yang jujur bercinta, dia akan ingin segera menikah dengan perempuan tersebut. Dia akan menjaga perempuan itu dengan sepenuh hatinya, menerima apapun kondisinya dan dia tidak akan sekali-kali berniat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya. Dan dia juga akan pastikan perempuan itu bukanlah hanya singgahan semata-mata. Tapi terpulanglah, tak bolehla disebabkan aku tak suka, maka semua orang kat luar sana mesti tak suka. Terpulang kepada pendirian masing-masing.

Sebab tu aku panggil sayang aku sebagai buah hati. Tetapi selalunya aku panggil sayang je. Senang. Aku dengan sayang aku ni...tak tahulah sejak bila kami berpasangan. Aku jatuh cinta kat dia bila pertama kali aku lihat dia kat tempat kerja. Yang bestnya, 1st day tu aku tak perasan dia langsung. 2nd day baru perasan. Aku tak percaya pada cinta pandang pertama sebab aku rasa itu semua dalam cite2 Hindustan or cite2 Hollywood je. Tapi sekarang aku mesti percaya sebab aku sendiri dah alaminya. Hanya Allah yang tahu betapa seronoknya hati ni. Sayang, if you read this blog, I want to say thank you for being there for me. Thank you for coming into my life and make my life brighter than before. Tq so much.Mmmuuu....(ops..ops..dilarang sebelum akad nikah berlangsung ye...)

Ha3...berbalik kepada hubungan kami ni. Selaku orang Islam, aku percaya istilah 'couple' tak wujud dalam Islam. Yang ada hanyalah perkahwinan. Waktu aku kecik2 dulu, aku dah dengar istilah couple ni tapi aku tak tahu 'couple' tu apa. As time goes by, baru aku tahu, 'couple' tu boleh didefinisikan sebagai satu pasangan yang halal berkahwin yang terdiri dari seorang lelaki dan seorang perempuan yang menjalinkan hubungan yang khusus antara satu sama lain (atau dalam istilah bahasa Inggerisnya 'In a Relationship)- Kamus Dewan Bahasa Edisi Aku Sendiri Jilid 1. Secara mudahnya, couple tu hubungan antara 'balak' dan 'awek'. Lebih kuranglah...Aku tak pandai sangat bab ni, korang kn lagi pandai dari aku...so korang tafsirlah sendiri =) Apa pandangan Islam tentang 'couple' ni? Itu korang boleh check kat internet sendiri...berlambak. Tak larat nak baca.

Jadi, macamana hubungan aku dengan buah hati aku?

Aku cintakan dia dan aku nak kawin dengan dia. InsyaAllah aku akan jaga hubungan ni dengan berlandaskan agama. Kalau nak ikutkan pandangan orang kat luar sana, kita semua takkan mampu. Lukman Al-Hakim pun sentiasa dikomen oleh orang, inikan pulak kita orang biasa. Kalau tengok kat internet, ada orang kata dibolehkan, ada yang kata tidak. Sekali lagi terpulang kepada diri masing2. Ada pro dan kontra. Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Aku dan buah hati aku, kitorang tak pernah 'couple'. Aku akui aku dan dia memang berpasangan. Aku memang betul2 in love dengan dia. Tahap gaban dah ni... Tapi aku tak suka gunakan istilah 'couple' tu. Istilah tu sesuai untuk budak2 sekolah je. Istilah tu bagi aku hanya untuk pasangan yang nak seronok2 je. Pasangan sementara, tak kekal. Aku dengan buah hati aku, kitorang nak kekal selama2nya..(I mean dalam ikatan yang sah). Betul x sayang? Just kadang2 kami terpaksa gunakan istilah tu untuk buat orang laen faham tentang hubungan kami. Yang aku tahu kami memang nak kahwin dan merancang untuk kahwin. Cuma mungkin masa untuk berkahwin itu belum sampai lagi. Jadi nak panggil apapun kat hubungan ni panggillah. Keputusan akhir terletak pada diri kita.. Dan keputusan terakhirku, aku cintakan dia. Nokhtah.

Monday, May 31, 2010

Kita & Mereka

Kita di Malaysia ini hidup dalam keadaan yang cukup bertuah. Segala-galanya ada, segala-galanya cukup. Jarang kita dengar orang Malaysia mati sebab tak cukup makan. Yang mati sebab terlebih makan banyak. Mati sebab penyakit darah tinggi, mati sebab penyakit jantung, penyakit kencing manis dan macam-macam jenis penyakit lagi. Semua tu disebabkan cara hidup rakyat Malaysia yang terlebih makan. Pergilah mana-mana pun hatta dalam kampung sekalipun, mesti kita akan berjumpa dengan kedai makan. Pendek kata, nak dapatkan makanan di Malaysia ni cukup senang. Kita tak perlu bersusah payah hanya untuk mendapatkan sesuap nasi. Orang yang paling malas sekalipun dapat hidup di Malaysia. Hanya dengan managih simpati orang awam, 'orang yang malas' dapat mengumpul aset di Malaysia yang tercinta ini. Malah ada yang mampu tinggal di hotel murahan.

Kita seharusnya bersyukur dapat hidup di negara yang bertuah ini. Dibandingkan dengan jiran-jiran negara kita, kita jauh lebih baik dari mereka. Mereka perlu bersusah payah bergadai nyawa untuk mendapatkan sesuap makanan tetapi kita tidak. Kita tidak perlu meredah samudera hanya untuk mendapatkan pekerjaan. Kita tidak perlu meninggalkan anak isteri. Kita tidak perlu berperang. Kita tidak perlu hidup dalam ketakutan setiap hari. Kita tidak perlu lakukan semua itu. Kita hanya perlukan sedikit usaha dan kesungguhan untuk berjaya. Juga kita perlukan sedikit kesedaran agar kita lebih bersyukur.

Saudara-saudaraku yang dikasihi,

Di samping kita bersyukur dapat hidup dalam keadaan yang aman damai dan harmoni, jangan kita lupakan kepada saudara kita yang kurang bernasib baik. Saudara-saudara kita di seluruh dunia sedang menanggung kesengsaraan yang amat sangat. Perhatikan sahaja saudara kita di Iraq, Afghanistan dan Palestin. Mereka dibunuh, diperkosa tanah airnya, diratah hasil buminya, disekat dari mendapat hak hidupnya. Mereka diperlakukan tak ubah seperti manusia yang hina, diperlakukan tak ubah seperti manusia yang tak bertamadun. Mereka tidak mempunyai hak seperti kita. Mereka masih dijajah walaupun dunia sekarang berada di alaf baru. Tanah air mereka dijadikan medan ujian untuk menguji senjata-senjata canggih. Tubuh badan mereka dijadikan 'tikus-tikus makmal' untuk menguji teknologi yang ada. Mereka tak ubah seperti binatang malah diperlakukan lebih teruk dari itu.

Kita ?

Apa mampu kita lakukan untuk menolong mereka? Kita hanya mampu bersorak "mengecam sekeras-kerasnya" tindakan mereka itu. Kemudiannya apa? Kemudiannya kita kembali ke alam kita sendiri. Kita lupakan mereka. Kita hanya mengambil kesempatan ke atas ujian yang sedang menimpa saudara kita. Kita lebih senang untuk bergaduh sesama sendiri, membuktikan parti kita lebih Islamik berbanding yang lain daripada memikirkan apa yang boleh kita sumbangkan kepada saudara-saudara kita. Ingatlah saudara-saudaraku, mereka itu saudara kita. Kita akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti. Kita akan ditanya apa yang kita lakukan saat saudara kita diseksa.

Kita dalam kekenyangan manakala saudara kita kelaparan...

Kita sentiasa ketawa dalam hidup manakala mereka sentiasa menderita..

Suatu hari nanti apabila Allah bertanya kepada kita, "Apa yang telah kamu buat untuk membantu saudara-saudara kamu di Palestin, Iraq dan Afghanistan?"

Aku amat berharap agar aku dapat menjawabnya walaupun hanya sekadar menjawab, " Saya hanya mampu memboikot diri saya dari membeli McDonald."

p/s :

1) Ada orang kata aku ekstrem sebab aku boikot McDonald. Diorang kata kalau kita boikot, macamana pekerja Islam kat McDonald tu nak dapat duit untuk menyara keluarga. Aku tak berkesempatan nak menjawabnya. Kalau tak, nak je aku jawab," bumi Allah ni luas, carilah rezeki Allah di muka bumi ni. Orang Bangladesh, Nepal, Indonesia boleh je cari makan kat negara Malaysia yang bertuah ni, kenapa tidak kita?

2) Aku tak kisah sebenarnya apa orang kata. Aku lebih kisah apa Tuhan aku akan kata nanti. Aku takut Tuhan akan persoalkan kita orang Islam yang mengaku bersaudara tetapi hanya mampu melihat dan tak buat apa2 bila saudara kita diseksa.

3) Aku tak mengajak siapa2 pun untuk boikot mana2 company/syarikat makanan segera/jenama komputer tertentu/seluar/bisness/etc sape2 pun. Aku just nak kita semua luangkan sedikit masa untuk berfikir apa sumbangan kita tatkala saudara-saudara kita diseksa di sana.. Itu saja. Orang kata berfikir sesaat lebih baik dari solat seribu tahun. Wallahhu'alam.




Thursday, May 27, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Seorang teman di tempat kerja lama aku emailkan aku artikel ni. Bagi aku artikel ni sangat menyentuh hati. Aku tak tahu sebab apa artikel ni diberi tajuk seperti di atas. Dan aku tak berniat pun nak ubah tajuknya. Aku hanya ingin berkongsi artikel ni dengan semua orang. Semoga semua orang mendapat manfaat darinya.

_______________________________________________________________




Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang


__________________________________________________________________

Dan secara jujurnya aku memang menangis bila baca artikel ni....semoga Allah merahmati kita semua. Ameen.

Tuesday, May 25, 2010

Jatuh cinta?

Subuh dah masuk, tapi suasana kat sini masih sunyi. Masing-masing dibuai mimpi. Aku je tak boleh tdo. Aku rasa aku ada penyakit kut. Penyakit kus-kus. Silap aku gak sebab makan banyak sangat malam tadi. Balik je rumah, terus tertido. Sedar2 dah pukul satu pagi. Terus tak boleh tido. Mengantuk tu for sure ada tadi. Terutamanya dekat2 nak subuh. Time tu la mata terasa sangat berat. Macam ada minyak masak 5kg tergantung kat kelopak mata sampai mata susah nak buka. Nasib baiklah aku dapat tahan. Terima kasihlah kepada 'Price Watch' yang telah membantu aku untuk aku stay up hari ni. Dan terima kasih kepada seseorang yang sudi melayan aku walaupun dah tengah malam...pagi. Sape suruh balas msg tu. Laen kali kalau dah tdo jangan balas. Lepas baca tu, tido je. Then esok2 la balas. Degil nak balas jugak...ish3..

Daripada aku mengular tak tentu arah dalam internet ni, baik aku update blog. Tapi tak tahu nak update pasal apa lak. Takkan nak bagitau pasal kehidupan peribadi aku pulak. Owh, hari Sabtu pergi jogging kat Tasik Sri Permaisuri. Hari Ahad pergi makan ais kacang kat Shah Alam then....bla...bla...bla...(Takkan aku nak bagitau pasal ni pulak?) Baek kita bincang topik yang lebih berfaedah sikit.

Ada siapa-siapa tak kat sini yang pernah jatuh cinta. Wah, mentang-mentang aku dah jatuh cinta, asyik nak bincang pasal cinta je. Bukan apa, pernah tak korang terfikir kenapa kita dikatakan jatuh cinta? kenapa jatuh? kenapa tak terbang ke..melayang ke. Contohnya: terbang cinta; melayang cinta;tergelincir cinta. Aku tahu kedengarannya agak pelik. Jatuh cinta pun kalau tak ramai orang guna istilah ni, mesti pelik jugak. Soalan aku kenapa mesti jatuh? Kalau jatuh mesti sakit kan. Ada ke orang yang jatuh tapi tak sakit. Jatuh basikal = sakit, jatuh tangga = sakit, jatuh tempat tinggi = sakit. Moralnya jatuh = sakit.

Adakah ini bermaksud orang yang jatuh cinta itu akan sakit? Hmm..ada kebenarannya di situ. Laila dan Majnun, Romeo and Juliet, Beauty and The Beast...sumenye ada adegan sakit2 dalam tu..(walaupun hakikatnya aku hanya tengok cite Beauty and The Beast je...). Dan orang bercinta jugak kan sakit menahan rindu. Sakit menahan perasaan yang tak dapat diluahkan. Sakit bila melihat orang yang kita cintai mencintai orang lain. Kan semua tu sakit. Mungkin sebab tu dikatakan jatuh cinta. Sakit tak semestinya sakit fizikal. Sakit hati pun dikira sakit. Penyakit hati. Bagi aku orang yang jatuh cinta ni lebih kepada sakit di bahagian hati. Sakit fizikal dia tak kisah sangat. Lautan api sanggup diredah. Padahal kalau dibentangkan lautan api yang sebenar kat depan mata, mau mencecet lari.

Tapi kena ingat jugak. Orang yang jatuh ertinya dia akan bangun. Bangun ertinya gerak dan gerak ertinya maju. Maju ertinya menuju ke hadapan. Menuju ke hadapan ertinya kejayaan menanti. Makanya orang bercinta akan lebih maju, lebih ke hadapan, lebih advance. Sebab itu dikatakan oleh HAMKA:

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat."

Seharusnya tak kan ada orang yang kecewa, frust, tertekan, bunuh diri dan sewaktu dengannya kerana cinta. Bak kata HAMKA, cinta membangkitkan kekuatan. Seharusnya semua manusia di dunia ini hidup dalam alam cinta. Manusia boleh mencapai kemajuan yang sangat tinggi. Namun itu belum tentu menjanjikan kebahagiaan kepada manusia. Negara yang maju seperti Jepun masih lagi terdapat ramai orang yang membunuh diri kerana tekanan. Juga kerana mereka tidak mencintai nyawa mereka. Ataupun tekanan yang dihadapi melebihi cintanya kepada kehidupan. Apalah gunanya kemajuan itu semua andai tiada kebahagiaan yang dicapai.

Moral of d story here : Hiduplah dalam alam cinta. Dan cintailah sesuatu kerana Allah, nescaya hidup kita akan bahagia. Dan lagi satu, jangan ingat cinta ni hanya untuk gf/bf/pak we/mak we/awek/balak korang tu je. Cinta tu luas skopnya, jangan disempitkan. Cinta tu bukan karipap, dibahagikan kepada lima orang terus je habis. Tetapi cinta tu berkembang. Lagi diberi, lagi banyak kita dapat. Cuma jangan salah guna cinta untuk kepentingan diri dahla. Selamat bercinta....